Ketahui 5 Sebab Mengapa Anda Gagal Mengurangkan Berat Badan

By | June 9, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jom kurus sebelum raya.. 🙂

 

Bila anda meneliti gambar di atas, anda sudah pasti dapat mengetahui di mana kedudukan anda. Jika anda belum pasti, mari kita buat kiraan, berdasarkan rumus BMI di bawah ,

Body Mass Index (BMI)

Tahukah anda, BMI atau nama panjangnya, Body Mass Indeks adalah indeks jisim badan di mana ianya merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Kita perlu mengetahui berapa BMI kita, agar kita dapat menentukan pengambilan makanan yang sesuai untuk badan kita. (rujukan : Kementerian Kesihatan Malaysia). Lebih-lebih, lagi bagi mereka yang ingin menambah atau menurunkan berat badan.

BMI terbahagi kepada beberapa klasifikasi (bacaan dalam Kg/m2)

18.5 atau kurang = Kurang berat badan

18.5 – 24.9 = Berat Normal (Berat unggul)

25 – 29.9 = Terlebih berat

Lebih daripada 30 = Obesiti

Jika kedudukan BMI anda berada di dalam lingkungan 25 ke atas, iaitu BMI melebihi berat unggul, maka anda harus mula memikirkan diet yang sesuai untuk anda. Kebiasaanya, berat badan dipengaruhi oleh pengambilan kalori dan metabolisma badan anda.

Apabila anda telah mula mengamalkan diet yang anda rasa ia memang sesuai untuk anda, sudah pasti anda mengharapkan hasil yang sangat memberangsangkan. Namun begitu, tidak semua kaedah atau diet yang anda ambil, membantu anda mendapat bentuk tubuh seperti yang anda inginkan.

Anda perlu ketahui 5 sebab mengapa diet atau kaedah yang anda gunakan, membuat anda gagal mengurangkan berat badan.

1. Kita tidak suka perubahan

  • Tiada siapa yang sukakan perubahan, contohnya menukarkan sarapan lazat yang telah anda biasa nikmati setiap hari selama bertahun-tahun.
  • Adalah sangat sukar untuk mengubah habit. Lebih-lebih lagi, jika ia melibatkan perubahan secara drastik kepada perubahan cara pengambilan makanan dan gaya hidup anda.
  • Walaupun untuk jangka masa yang pendek, anda rela melakukan perubahan tersebut, namun kebanyakan ramai orang yang gagal untuk berubah pada jangka masa yang panjang. Ini disebabkan mereka berasa bosan, bila tidak dapat melakukan habit yang lama.
  • Nasihat saya : Lakukan perubahan tersebut secara perlahan-lahan. Buatkan perubahan dari segi menu pengambilan harian secara perlahan-lahan. Ia adalah penting untuk progress dan perubahan pada jangka masa yang panjang.

2. Tiada Kesabaran

  • Semua kita inginkan hasil yang cepat, mendadak..Tetapi Ingat : Perubahan yang mendadak bukanlah satu perkara yang baik. Ini kerana, mungkin ia telah mengambil masa 5-10 tahun untuk menambahkan berat badan anda, namun untuk mendapatkan hasil perubahan dalam masa 12 minggu, adalah mustahil. Walaupun ia masih dapat di terima, namun perubahan mendadak adalah satu perubahan yang tidak praktikal sama sekali.
  • Nasihat saya : Bersabarlah.. Tidak semua perubahan yang kita inginkan dapat dihasilkan dalam masa yang singkat, lebih-lebih lagi, jika kita tiada disiplin dan ilmu pengetahuan bagi menjayakannya. Jika anda berjaya sekali pun, bagaimana pula dengan cara amalan pengambilan makanan serta senaman yang anda? Adakah ia kembali seperti sebelum berat menurun atau meneruskan amalan yang telah sedia ada. Oleh sebab itu, perubahan yang mendadak, memerlukan disiplin yang tegar untuk berjaya, tetapi, jika tiada disiplin, perubahan mendadak itu tidak akan memberi kesan yang baik pada tubuh anda, kerana anda mungkin akan kembali kepada tabiat lama. Jadi, lebih baik lambat nampak hasil, yang penting, apa yang anda amalkan itu adalah perubahan sepanjang hayat.

3. Matlamat tidak realistik

  • Kebanyakan kita terpengaruh oleh iklan di dalam Tv atau di dalam majalah. Ramai yang ingin kelihatan menarik seperti model. Adakah ini munasabah? Ia adalah bergantung kepada selera masing-masing.. Namun perubahan seperti ini, adalah memerlukan masa yang panjang.
  • Nasihat saya : Tetapkan matlamat anda sebagai sesuatu yang praktikal. Biarlah ia sesuai dengan kehidupan, umur dan gaya hidup anda. Lebih baik, memulakan dengan matlamat yang sederhana, dan pastikan anda menjayakan matlamat tadi dan teruskan usaha anda. InsyaALLAH, anda mungkin akan mendapat hasil yang lebih memberangsangkan, tanpa anda menyedari.. 🙂

4. Tiada Panduan

  • Sama seperti memandu di tempat baru tanpa peta (panduan). Ramai yang ingin diet, namun mereka tiada panduan diet yang sesuai serta senaman yang perlu di lakukan. Oleh sebab itu, ramai yang sekadar “cuba jaya“.. Kalau nasib baik, maka diet tersebut boleh membantu menurunkan berat badan.
  • Nasihat saya: Setiap usaha yang anda ingin lakukan, perlukan panduan. Kalau tiada ahli keluarga atau kawan yang sesuai, anda boleh mendapatkan panduan daripada orang yang berkelayakkan, panduan buku, melalui internet atau melalui ebook.

5. Kurang Pengetahuan

  • Kurang pengetahuan ini lebih kurang sama dengan no. 4 di atas. Untuk setiap usaha yang anda ingin lakukan, anda perlu ada pengetahuan mengenainya. Anda tidak boleh bergantung kepada “nasib”. Seumpamanya, anda ingin mengurangkan kalori dalam pengambilan makanan seharian anda, namun anda tiada pengetahuan bagaimana cara pengiraan kalori bagi setiap makanan yang anda perlu ambil, malahan anda juga tidak mengetahui, berapa banyak kalori yang perlu dan sesuai untuk anda ambil.
  • Sesetengah orang akan mengunjungi gim setiap hari, namun masih gagal dalam usaha mereka untuk mencapai azam mereka. Ini kerana, mereka tiada pengetahuan tentang “bagaimana” dan melakukan senaman di gim yang bercanggah dengan matlamat mereka.
  • Malahan, ada yang ingin mengambil jalan yang singkat, iaitu dengan mengambil supplemen yang kini banyak di jual di TV, majalah serta internet. Untuk setiap pembelian yang anda ingin lakukan, anda perlu mendapatkan info daripada orang yang menjual tentang bagaimana ia digunakan, serta mendapatkan testimonial daripada orang yang pernah menggunakannya. Keberkesanan bagi setiap supplemen terhadap setiap individu adalah tidak sama. Jadi, adalah perlu bagi anda untuk mengetahui tentang perkara ini.
  • Nasihat saya : Dapatkan maklumat melalui buku yang tepat untuk mencapai matlamat anda dan sumber yang boleh dipercayai di internet. Hubungi rakan-rakan, jika anda mengetahui mereka ada mengambil supplemen seperti yang anda inginkan. Ingat..Knowledge is POWER!

Berminat untuk memiliki Set Kurus Terbaik Shaklee? Cara pengambilan vitamin dan tips-tips untuk menurunkan berat badan akan di berikan kepada mereka yang hanya melalui kami sahaja. 🙂


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 28 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge