Cara Mudah Membuat Sendiri Nursing Cover

By | May 28, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bagi ibu yang masih bf baby ni, mesti mudah nak rasa kekok, kalau menyusu baby di tempat awam. Lebih-lebih lagi, kalau tempat tu, jumlah lelaki lebih ramai dari perempuan.

Saya mula kenal dengan nursing cover ni, masa bf anak kedua. Sebab anak pertama dulu, nenek dia yang jaga, jadi, kuranglah bawa anak jalan-jalan. Lagipun masa tu, masih kerja.

Lepas bersalin anak kedua, saya bulatkan tekad untuk berhenti kerja. Sambil tu, saya merancang nak serius dalam membuat bisnes online Shaklee. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan urusan saya untuk resign.

Bila dah resign ni, secara automatik, anak sulung pun saya jaga sendiri juga, termasuk baby baru. Ikut jelah, ke mana husband kerja. Mula-mula bosan juga, sebab dah terbiasa bekerja, tapi lama-lama seronok juga.

Bila dah mula jaga anak sendiri, barulah saya mula nak tahu apa jenis pakaian yang melindung aurat saya ketika menyusukan bayi di tempat awam. Mula-mula rancang, nak beli je, lebih senang. hahaa..

Tapi, saya ni jenis berkira-kira juga kalau nak keluarkan duit. Saya pernah survey harga nursing cover ni, harganya tak lah mahal sangat sebenarnya, cuma dalam RM50-RM60 je. Tapi, bila saya lihat bentuk nursing cover, terus saya fikir nak buat sendiri. Sebab harga kain tak lah mahal mana pun.

Harga pun, kurang dari RM15. Memang jimat sangatlah. hehe.. Inilah nursing cover yang saya buat sendiri. Saya buat ni, masa anak saya umur 1 tahun. Sekarang ni, anak saya dah umur 2 tahun lebih, walaupun dia dah wean off, saya masih simpan untuk adik dia pula. hehee

Masa saya buat ni, saya tak de ambil gambar setiap langkah nak buat, tapi, tak pe, saya akan tetap nak share dengan ibu-ibu semua cara nak buatnya, k. 🙂

DYI Modern Nursing Shawl (SEW ONE LINE!) | The Coterie Blog | Coterie [koh-tuh-ree] A group of people who associate closely.

Bila di pakai, ia akan menjadi seperti dalam gambar kat atas ni. Secara tak langsung, belakang ibu pun tertutup juga. Ibu boleh je mengintai baby yang tengah menyusu melalui lubang kat leher tu. Kalau baju ibu terangkat bahagian belakang, semasa menyelak baju nak menyusu pun, tak perlu risau, sebab nursing cover ni tutup bahagian belakang dan depan sekaligus. InshaAllah, orang tengok pun, takkan tahu yang ibu tengah breastfeeding baby. hehheee..

Kalau jenis ibu yang bertubuh besar tu, mungkin perlu beli kain yang jenis bukaan 45 x 60. Mula-mula, beli kain dalam ukuran 2 meter. Jenis kain ni, saya lebih suka pilih jenis cotton, sebab tak panas sangat untuk baby berlindung di dalam.

Nak pilih apa-apa jenis kain ni terpulang pada ibu-ibu semua. Mungkin ada yang nak lebih bergaya ke, nak jenis plain je ke..

Cara nak buat, ibu-ibu boleh ikut langkah-langkah seperti dalam gambar kat bawah ni. Serius, caranya terlalu mudah je. Nak jahit guna tangan pun boleh.

Saya tak jual nursing cover yer.. Cuma nak share je cara yang tersangat mudah nak buat sendiri. hehee.. Kalau masih tak berapa faham, jangan segan-segan nak tanya, k. Saya gembira untuk membantu. 🙂

 

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 2,169 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge