Penyusuan Bayi Dengan Susu Formula, Pilihan Terbaik Atau Sebaliknya?

By | May 26, 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua ..

Kini, terdapat pelbagai jenis susu formula yang telah diperkenalkan.. Malahan, kewujudan susu formula khas untuk bayi dan kanak-kanak, seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. Banyak sehingga membuat para ibu, merasa keliru, untuk memilih yang satu adalah baik untuk bayi mereka.

Malahan, di dalam TV juga turut mempromosikan kebaikan setiap susu formula, tidak kira apa jenamanya, yang pastinya, semuanya akan memberitahu kita, yang susu formula ini bagus untuk anak anda.

Saya pasti, anda sebagai ibu, memang cuba untuk memberi sesuatu yang terbaik untuk anak kesayangan anda. Di sebabkan ini, kita boleh lihat, ada ibu yang sanggup mengepam susu badan, sebelum menghantar anak mereka ke tempat asuhan.

Ini sering di lakukan oleh ibu-ibu yang berkerjaya. Manakala, bagi si ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa, walaupun berkesempatan untuk menjaga sendiri bayi mereka, sudah pasti ada yang mengalami masalah susu merundum..

Apabila ini berlaku, apa yang muncul di fikiran kita, adalah untuk membeli susu formula, demi memastikan bayi kita sentiasa kenyang.

Jika anda memberikan susu formula kepada bayi anda, kenal pasti, adakah beberapa perkara berikut berlaku pada bayi anda?

1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema, demam).

2. Kesihatan ibu terjejas – risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari.

3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.

4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan.

5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang.

6. Mudah tercemar.

7. Kegemukkan.

8. Mudah mendapat cirit-birit.

Ciri-ciri di atas sebenarnya adalah keburukan apabila kita memberi susu formula kepada bayi kita.

Jadi, sebagai seorang bakal ibu atau anda yang sedang mencari susu formula untuk bayi anda, tanya pada diri sendiri, adakah anda inginkan ini terjadi kepada permata hati anak anda…

Sudah pasti jawapannya, Tidak, bukan? Seelok-eloknya, apabila berlaku masalah susu merundum, kita sebagai ibu jangan mudah berputus asa. Cuba cari jalan, bagaimana cara untuk menambahkan kuantiti susu anda.

Kelmarin, ada sedikit perkongsian dari Dr. Muhaya mengenai Ibu menyusu di dalam tv channel Al-Hijrah. Mungkin ada juga ibu-ibu yang menonton juga. Saya nak memetik sedikit dari perkongsian yang beliau buat.

Menurut Dr. Muhaya, kebanyakkan ibu hamil lebih fokus kepada proses kelahiran, penyusuan semulajadi. Ia adalah tindakan yang betul, tetapi, persediaan untuk belajar bagaimana penyusuan sebenar itu tiada.

Hampir 95% wanita mampu menghasilkan susu secukupnya. Amalan dan teknik penyusuan yang betul adalah perlu.

Selalunya, ibu menyusu bayi dalam keadaan kepala baby teleng. Sepatutnya, posisi sebenar menyusu adalah perut ke perut, kepala bayi bukan menunduk, tetapi mendongak sedikit.

Teknik lekapan yang betul. Perut ibu bertemu dengan perut bayi.

Kalau kita perhatikan haiwan menyusukan anak, kepala anaknya mesti mendongan sedikit, bukan tunduk ataupun teleng.

Bila posisi penyusuan betul, barulah baby mendapat susu badan dari dengan secukupnya. Jadi, tidak timbul rasa tidak selesa pada baby.

Supply dan demand perlu ada. Kalau ibu tidak menyusukan bayi, maka di sini tidak wujudnya supply. Dan bila bayi menolak untuk menyusu secara terus dengan ibu, maka ia juga menyebabkan tidak wujud demand. Bila kedua-dua ini tiada, maka tinggilah peluang untuk ibu tidak mempunyai susu badan.

Menurut WHO dan UNICEF, penyusuan susu ibu kepada bayi secara eksklusif adalah dari awal kelahiran sehingga bayi berumur 6 bulan. Untuk umur lebih dari 6 bulan sehingga genap 24 bulan, bolehlah di berikan susu ibu dan makanan lengkap bayi.

Jika ingin meneruskan selepas bayi berumur lebih dari 24 bulan pun boleh.

Terdapat 4 pilihan mengikut keutamaan, untuk bayi yang berusia 0 hingga 6 bulan.

  1. Penyusuan susu ibu
  2. Susu Ibu di perah
  3. Susu ibu yang didermakan (ibu susuan / bank susuan ibu)
  4. Susu di luar sumber manusia (susu formula baby)

Nak ikutkan keutamaan, adalah kesemua tiga atas susu ibu, kemudian barulah susu formula. Susu ibu cukup untuk keperluan nutrisi baby berbanding dengan susu formula. Kalau anda perasan, kebiasaanya, bayi yang menyusu susu ibu, biasanya dia akan tidur selepas dia kenyang. Ketika inilah otak bayi akan berkembang

Untuk membuatkan bayi tidur panjang pada waktu malam adalah dengan menyusunya secara kerap pada waktu malam.

Kelebihan susu ibu untuk bayi antaranya:

  • Susu ibu cegah infeksi, bila mana ibu mengalami jangkitan kuman.
  • Sel darah putih dalam ibu menghasilkan antibodi untuk melindungi ibu. Antibodi untuk lawan infeksi ibu di hasilkan dalam susu untuk melindung baby.
  • Sel darah putih akan ke kelenjar payudara untuk hasilkan antibodi.

Dalam produk Shaklee, terdapat beberapa vitamin, yang sesuai untuk di ambil oleh anda, sebagai ibu menyusu.. Ia bukan sahaja baik untuk bayi anda, malahan, ia juga bagus untuk kesihatan dalaman ibu.. 🙂

1. Alfalfa Complex

  • menambah susu ibu.
  • raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan penghasilan susu ibu.

2. Vitamin C

*  sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan…dan kulit lebih cantik.

3. B-Complex

* lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.

4. Vita-Lea

  • Multivitamin dengan formula zat besi :  ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita).
  • Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

5. Ostematrix

  • Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.
  • Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

6. ESP 

* Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 369 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge