Meruang Membantu Membersihkan Miss V Dan Memantapkan Hubungan Asmara Bersama Suami

By | May 26, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua …,

Pernah tak mendengar perkataan meruang faraj? Saya tidak terkejut kalau ramai yang tidak tahu, terutamanya anak-anak remaja zaman sekarang.

Apakah Maksud Meruang Faraj?

Meruang faraj ini adalah merujuk kepada proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam faraj dengan jari telunjuk. Bagi sesiapa yang belum pernah buat, mungkin akan terasa ngilu. Tapi, untuk kesejahteraan hubungan suami isteri dan kebersihan dalaman Miss V, amalkan selalu. Mula-mula tak biasa, tapi lama-lama pasti akan terbiasa dan selesa.

Bidan-bidan zaman dahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

  • Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yang tertinggal
  • Mencegah dari keputihan
  • Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim
  • Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri
  • Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan faraj di jaga rapi

Sekiranya masih anak dara, cukuplah sekadar meruang hingga ruas 1 sahaja, bagi yang dah berkahwin, meruang hingga ruas 3.

Bila perlu meruang?

Meruang perlu dilakukan setiap kali selepas berhadas besar iaitu

  • Selepas haid,
  • Selepas berpantang atau habis darah nifas atau
  • Selepas bersetubuh dengan suami.

Posisi Meruang

Terdapat 3 posisi pilihan, mana yang lebih selesa:

  1. Duduk di atas mangkuk tandas
  2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
  3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas mangkuk tandas

 

Cara Meruang

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Boleh guna Barra Gel NR atau antiseptik.

2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari) sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari-ari. Jika anak dara, memadai jika memasukkan jari sehingga ruas pertama sahaja.

3. Korek dicelah-celah dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.

4. Melalui proses ini, kalian akan dapat merasa ‘kemantapan’ tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda tidak rapi.

Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj, kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah ‘kekeringan faraj’. Selepas di korek bersama barra gel, bilas sehingga bersih.

Ini adalah Barra Gel NR (Saya tak jual yer .. 🙂 )

Ini juga merupakan cara-cara untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas meruang faraj beberapa kali, wanita itu belum wajib solat.

Di dalam islam sendiri menggalakkan wanita yang selepas habis haid atau nifas, agar memastikan dalaman rahim, betul-betul bersih dari sebarang darah yang tertinggal, barulah menunaikan mandi wajib. Janganlah hanya sekadar melihat pada tuala wanita sahaja. Antara kaedah untuk memastikan dalam rahim betul-betul bersih dari darah, adalah dengan cara meruang.

Dan bagi yang nak jaga extra dalaman faraj, lepas dah meruang, bilas dan lap kering. Meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba. 🙂

Adakah Produk Shaklee Untuk Keintiman Wanita?

Jika anda ingin mencuba rahsia keanggunan wanita di hadapan suami, anda boleh mencuba Alfalfa Complex Shaklee, kerana ia ibarat kacip fatimah. Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan.

Kelebihan Alfalfa, antaranya:

  • Menghilangkan keputihan
  • Mengetatkan faraj
  • Membuang toksin di dalam badan
  • Membuang angin di dalam badan
  • Menghilangkan bau busuk faraj
  • Memperbanyakkan air susu ibu

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 7,847 times, 1 visits today)

One thought on “Meruang Membantu Membersihkan Miss V Dan Memantapkan Hubungan Asmara Bersama Suami

  1. Shirley

    Saya membekalkan ikan bilis, ikan masin, udang kering, dan sotong kering dari Sabah. Sesiapa berminat boleh mesej atau Whatsapp di nombor 0145711467 [Shirley]. Thankyou

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge