9 Teknik Semulajadi Untuk Membetulkan Kedudukan Bayi Songsang Dalam Kandungan

By | May 26, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..,

Mengandung adalah satu detik yang sangat indah bagi semua ibu. Namun, detik indah ini boleh berubah menjadi detik yang panik dan merisaukan, jika doktor memaklumkan bahawa kedudukan bayi sedang berada di dalam keadaan songsang. Lebih-lebih lagi kalau kehamilan tu dah mencecah 36 minggu.

Di laporkan bahawa, kedudukan bayi songsang pada awal kehamilan berlaku hampir 20%. Namun, usahlah risau, sebab selalunya, bayi akan berpusing semula ke kedudukan normal, bila sudah berada di hujung kehamilan.

Kedudukan bayi songsang boleh terbahagi kepada 3 jenis songsang.

1. Extended Breeches: Bila kedua-dua kaki lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepala mereka. Jadi, jika kita periksa dar bawah, kita dapat merasakan punggung mereka. Posisi begini paling banyak terjadi iaitu hampir 70%. Jenis ini juga bayi boleh dilahirkan secara normal.

2. Fixed Breeches: Bila kedua-dua kaki berlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah, kita dapat merasakan kedua-dua pergelangan kaki dan punggung. Posisi ini cuma berlaku dalam 15% sahaja.

3. Footling Breeches: Bila satu kaki berlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Pemeriksaan dari bawah, kita dapat merasakan pergelangan kaki di pintu rahim. Posisi jenis ini cuma 15% sahaja berlaku. Jenis ini memerlukan pembedan caesarean kerana khuatir tali pusat akan turun ke bawah bersama air ketuban. Ini di panggil ‘cord prolapse’ dan risiko kekurangan oksigen untuk sampai ke otak bayi adalah sangat tinggi.

Kenapa Kedudukan Songsang Ini Boleh Berlaku?

Sehingga ke saat ini, pakar perubatan belum mendapat kepastian yang sebenar, kenapa bayi boleh berada di dalam kedudukan songsang. Namun, antara sebab yang selalu berlaku adalah:

  • Pra-matang. Bila berlaku posisi songsang pada awal kehamilan, jangan risau. Bayi anda tahu bila nak pusing semula.
  • Ibu pernah mengalami masalah bayi songsang pada kehamilan sebelum ini.
  • Rahim mempunyai kecacatan seperti fibroid dan ‘septum’/dinding yang menghalang bayi untuk pusing semula
  • Kehamilan plasenta previa yang menutupi pintu rahim. Kepala bayi tidak boleh engaged maka mereka tidak boleh berpusing.
  • Bayi cacat
  • Kehamilan kembar dua atau lebih

9 Teknik Semulajadi Untuk Membetulkan Kedudukan Bayi Songsang

1. Berdoa

Banyakkan buat solat hajat dan berdoa dengan doa di bawah, agar bayi songsang dapat berpusing semula.

2. Merangkak

Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda di sarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari.

3. Senaman Tilt Position

Kaedah senaman ini sama seperti anda sedang sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketikan melakukan sujud, anda sangat di galakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh berdoa menggunakan doa dari teknik 1 di atas. Menurut pakar, ibu hamil di galakkan untuk berada di posisi seperti ini, dalam jumlah 20 minit sehari.

4. Kaedah Panas – Sejuk

Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda, manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Di katakan, bahawa bayi lebih cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

5. Pek Ais

Seperti teknik no. 4 di atas, anda boleh meletakkan pek ais di atas perut. Namun, di nasihatkan agar melapikkan perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa ketidakselesaan bayi. Dengan ini, di harap bayi akan berpusing ke arah kedudukan ke bawah.

6. Berendam Di Dalam Kolam Renang

Amalan ini sama seperti konsep teknik no 5. Tujuannya adalah untuk menggalakkan bayi agar berpusing semula kepalanya ke bawah.

7. Menyanyi Dan Bercakap

Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman tadi berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati ke arah suara anda.

8. Lampu Suluh

Dengan menggunakan cahaya daripada lampu suluh, di percayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan cahaya lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya ialah, agar bayi bergerak ke arah cahaya.

9. Pujukan

Ibu hamil dinasihatkan untuk kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

Sekiranya apa jua usaha yang anda lakukan tidak berhasil, janganlah susah hati dan risau. Banyakkan berdoa semoga kelahiran bayi anda dipermudahkan dan di lancarkan. Yang paling penting adalah, anda dan bayi anda selamat. 🙂

Bagi anda yang masih keliru untuk memilih samada berpantang dengan jamu atau dengan kaedah moden, boleh baca di sini.

Bagi ibu muda yang sedang hamil anak pertama, mungkin sahaja tidak tahu, apakah pantang larang ibu berpantang yang perlu anda ketahui sebelum bersalin.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 3,255 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge