Antara Berpantang Dengan Jamu Atau Supplemen, Manakah Yang Terbaik?

By | May 20, 2016

Berpantang adalah antara perkara wajib dilakukan bagi setiap ibu yang baru sahaja selesai bersalin. Ini kerana, dalam tempoh berpantang, adalah saat luka-luka semasa bersalin untuk pulih kembali. Oleh sebab itu, ada yang memilih untuk berpantang selama 44 hari, 60 hari atau 100 hari.

Pernah tak anda terfikir, kenapa orang melayu perlu berpantang sampai 44 hari? Kenapa tak cuma dua minggu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai habis darah nifas, berpantang pun habis. Betul tak?

 

Mengapa Mesti Berpantang Selama 44 Hari?

Berpantang selama 44 hari memang menjadi amalan yang amat popular dalam kalangan masyarakat orang melayu sejak zaman dahulu lagi. Mengikut panduan perubatan moden, tempoh berpantang bersalin atau puerperium adalah dalam lingkungan 42 hari atau enam minggu.

Tempoh ini di anggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental. Pada ketika ini juga rahim mulai menguncup, mencerut dan mengecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involusi.

Mengikut ilmu perbidanan melayu, pantang bersalin di mestikan genap 44 hari, kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ kewanitaan ‘balik seperti sediakala’. Selepas 42 hari, rahim telah mengecut dan pulang ke ‘sarang’, iaitu kembali ke bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun, tetapi mulut rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul.

Di samping itu, urat peranakan di bahagian faraj masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angin merian masih berlegar-legar di salur darah di dalam rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angin merian menular di seluruh sendi anggota.

Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan. Untuk mendapatkan kemantapan dan keselesaan fungsi organ kewanitaan, petua melayu mengesyorkan senggama hanya di mulakan secara aktif dan agresif selepas lapan minggu.

Setelah genap 44 hari, di rumahnya, rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal. Dengan atur cara rawatan dalam pantang yang cermal di sepanjang tempoh itu, kesihatan anggota terpelihara serta dipertingkatkan. Pada hari ke-45, kewanitaan ibu bersalin pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara.

 

Best kan, keistimewaan berpantang ni. 🙂

Ketika kehamilan hampir berusia 36 minggu, pasti ramai bakal ibu sudah bersedia untuk membeli persediaan untuk berpantang di samping membeli belah untuk si kecil yang bakal lahir. Pada masa ini, perasaan teruja untuk menyambut bayi sentiasa menyelubungi jiwa seorang ibu dan ayah. Apatah lagi, jika pasangan tersebut sudah lama menanti kelahiran cahaya mata.

Seperti anda, saya juga menikmati saat-saat untuk melahirkan anak pada hujung bulan November ini. Alhamdulillah, kebanyakan perkakas baby sudah tersedia, termasuk perancangan untuk berpantang.

Untuk berpantang, saya lebih suka untuk memilih supplemen atau vitamin, lebih-lebih lagi, jika supplemen tersebut adalah 100% semulajadi.. Sebab saya ingin memastikan apa yang saya ambil semasa berpantang adalah penting untuk kesihatan saya dan bayi saya juga mendapat nutrisi yang seimbang semasa berpantang. Adil bukan? Ibu sihat, anak pun sihat. hehehe..Anda bagaimana pula?

 

Sebab saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee berbanding Jamu?

 

  • Jamu adalah sebatian komplex, apabila ibu mengambil jamu, unsur jamu akan disalurkan terus ke baby melalui susu ibu. Badan bayi masih kecil dan hatinya belum matang untuk menapis pelbagai unsur di dalam jamu sekaligus melambatkan penyingkiran bilirubin yang akan membebankan hatinya seterusnya menjadi punca prolong jaundice
  • Sememangnya makan jamu adalah untuk mempercepatkan pemulihan badan selepas bersalin, tetapi disebabkan jamu terlalu “berat” untuk bayi, jadi tidak salah memilih supplemen kerana sifatnya yang mudah serap berbanding jamu
  • Apabila badan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, maka zat tersebut akan disalurkan kepada bayi kita melalui susu badan dan bila ibu sihat –> ibu pun ceria –> baby sihat –> dapat meneruskan penyusuan selama 2 tahun..:-) .. best kan..

Pemilihan untuk ibu-ibu juga bakal ibu adalah terpulang samada ingin jamu atau vitamin. Tapi, jangan pula semata-mata anda hanya ingin mengekalkan tradisi berpantang turun-temurun sehingga tidak dapat meneruskan penyusuan atau memudaratkan bayi anda, yer.. heheehe

 

Supplemen Shaklee yang sesuai untuk berpantang

 

1. Vita-Lea Iron Formula 

  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
  • Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin

2. B-Complex

  • Sebagai penenang (anti-kemurungan)
  • Elak meroyan
  • Menstabilkan hormon

3. Vitamin C

  • Penting untuk pembentukan kolagen
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin

4. Zinc Complex

  • Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim)
  • Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur
  • Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc Complex adalah supplemen yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin

Saya turut mencadangkan anda untuk mengambil supplemen lain seperti:

5. Vitamin E

6. Energizing Soy Protein

7. Alfalfa Complex

8. Ostematrix

Pengambilan keempat-empat supplemen ini boleh membantu;

  • Mengurangkan risiko jaundice
  • Memberi tenaga selepas bersalin
  • Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
  • Membekalkan kesemua nutrisi lengkap bagi memastikan si ibu berada di tahap optimum

Kesimpulannya, anda bebas untuk memilih apa jua makanan & rawatan yang sesuai sewaktu berpantang nanti. Tidak kira anda pilih jamu atau supplemen, pastikan anda tahu dengan yakin apakah khasiat yang bakal anda dan bayi anda akan perolehi selepas pengambilan jamu atau supplemen tersebut. Sudah pastinya, pilihan anda mestilah SELAMAT UNTUK ANDA DAN BAYI ANDA.. (^_^)

 

Testimoni

 

 

 

 

 
 

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 3,642 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge