Pedih Ulu Hati Semasa Hamil, Adakah Merbahaya Jika Di Biarkan?

By | April 30, 2016

Dada Saya Terasa Panas Dan Pedih Semenjak Hamil. Adakah Ini Gastrik?

Pedih ulu hati semasa hamil, adalah perkara biasa. Even Fatim sendiri pun, walaupun dah 3 kali hamil, sakit bahagian ulu hati, memang kerap berlaku. Tapi, bila dah bersalin, rasa sakit ini, automatik hilang. hehe

Biasanya, pedih ulu hati ini, rasanya panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Ia dipercayai berlaku kerana berlakunya perubahan hormon dan fizikal dalam badan ketika hamil.

Walaupun pedih ulu hati ini rasanya agak menyakitkan, tetapi ia adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.

Semasa hamil, peningkatan hormon progesteron membuatkan otot-otot lembut dalam rahim ibu menjadi longgar. Pakar perubatan percaya, bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini boleh menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Bahkan, hormon progesteron juga menyebabkan proses sistem pencernaan menjadi lembab. Bila bayi semakin membesar, ia akan menolak usus dan perut ibu naik ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Bilakah Sakit Pedih Ulu Hati Akan Berhenti?

Pedih ulu hati berlaku terutamanya apabila bayi semkain membesar. Terdapat juga ibu hamil mula merasakan pedih ulu hati ketika memasuki trimester kedua. Namun, hampir satu pertiga ibu hamil, akan mula merasai pedih ulu hati ketika trimester pertama.

10 Tips Untuk Kurangkan Pedih Ulu Hati Semasa Hamil

1. Ubah tabiat makan

  • Jika ibu hamil sebelum ini gemarkan makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan masam atau minum jus, alkohol serta kopi, cuba ubah tabiat ini. Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang boleh mencetus pedih ulu hati.
  • Tabiat gemar minum semasa makan juga perlu di ubah.

2. Amalkan minum susu

  • Minum susu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Tetapi, jika susu penuh krim membuatkan ibu rasa pedih ulu hati, bertukarlah kepada susu rendah lemak.

3. Makan sedikit tetapi kerap

  • Amalkan tabiat makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat membantu mengelakkan asid daripada terkumpul di dalam perut kerana makanan akan meneutralkan asid perut

4. Berhenti merokok / Jauhi asap rokok

  • Jika ibu hamil mempunyai tabiat merokok, cubalah berhenti. Merokok boleh melonggarkan injap di antara perut dan esofagus, secara tidak langsung, membuatkan reflaks asid lebih, berkemungkinan akan berlaku.
  • Bahkan, merokok juga membahayakan bayi di dalam kandungan

5. Duduk atau berdiri tegak

  • Sebaiknya, duduklah dengan badan yang tegak semasa makan, dan jangan membongkok.

6. Pakai pakaian longgar

  • Elakkan memakai pakaian yang ketat di sekeliling perut

7. Baring sekurang-kurangnya 1-2 jam, selepas makan

  • Elakkan tabiat terus baring, apabila selesai makan. Tunggu, sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas makan, barulah baring

8. Elakkan makan pada waktu malam

  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum masuk tidur

9. Ubah gaya tidur

  • Tidurlah dalam posisi separa duduk. Gunakan bantal yang banyak atau tinggikan kepala katil sebelum tidur. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan

10. Tinggalkan ubat penahan sakit

  • Jika mengambil ubat yang boleh di beli tanpa preskripsi daripada doktor, seperti ubat anti kemurungan dan anti keradangan, pastikan ia selamat untuk di ambil.
  • Antara ubat jenis antacid atau alginate, boleh di beli tanpa preskripsi, yang bertindak untuk melegakan pedih ulu hati. Namun, sebaiknya, dapatkan nasihat daripada doktor gynae atau ahli farmasi, agar ia selamat untuk di gunakan oleh ibu hamil.
  • Elakkan mengambil pil zat besi bersama antacid, kerana antacid boleh mengganggu penyerapan zat besi.

Mungkinkah Pedih Ulu Hati Petanda Sesuatu Yang Lain?

Jika ibu-ibu mengalami simptom-simptom berikut, pastikan ibu-ibu menghubungi doktor gynae:

  • Pedih ulu hati pada bahagian atas abdomen, di bawah tulang rusuk, adalah petanda sakit Praeklampsia
  • Sakit pada bahagian kanan atas abdomen dan ada rasa loya, kemungkinan ibu sedang mengalami masalah hati yang berkaitan dengan kehamilan
  • Kemungkinan ibu hamil mengalami masalah pencernaan yang tidak berkaitan dengan kehamilan, seperti ulser peptik

Jika ibu-ibu rasa sukar untuk makan, berat badan menurun atau bimbang mengenai simptom-simptom lain seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor gynae.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 3,909 times, 5 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge