6 Faktor Corak Kehidupan Yang Menjadi Penyebab Muncul Selulit Hodoh

By | April 30, 2016

Assalamualaikum,

Saya percaya, selulit adalah satu masalah kulit yang sering mengganggu dan ia kerap kali di alami oleh wanita dan mungkin segelintir sahaja lelaki yang mendapatnya.

Credit info : Majalah Rapi

Apakah Selulit?

Selulit merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi menggerutu. Ia juga mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian punggung dan paha.

Gejala ini berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi tidak teratur. Seseorang itu tidak perlu gemuk untuk mendapat selulit tetapi kerap dikaitkan dengan masalah kekurangan air, tiada senaman, sembelit, stress, keadaan tercemar, keletiha ., l,ukan pembersihan sistem badan dan bukannya menguruskan badan.

Kenali Faktor Yang Menyebabkan Terjadinya Masalah Selulit

1. Faktor Hormon

  • Hormon estrogen merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit.
  • Ia terbentuk ketika terjadi perubahan hormon pada wanita iaitu ketika akil baligh, hamil dan menopaus
  • Pengambilan pil kesuburan dan juga pengambilan sesetengah pil perancangan keluarga juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon

2. Faktor Fizikal

  • Masalah ini terjadi ketika adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit.
  • Apabila perubahan ini berlaku maka berlakulah masalah selulit.

3. Duduk Terlalu Lama

  • Situasi ini juga boleh menjadi pencetus selulit ditambah lagi bila anda duduk dalam keadaan posisi yang salah
  • Contonhnya duduk dalam keadaan tubuh yang agak membongkok dan kurang bergerak hingga sendi-sendi tulang pada tubuh menjadi kaku
  • Conhnya terlalu lama duduk di depan komputer

4. Pengambilan Kafein

  • Minuman yang mengandungi kafein juga boleh menjadi penyebab munculnya selulit
  • Jadi jika ingin mencegah selulit ‘datang’ kepada anda, ada baiknya anda kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman bersoda.

5. Berat Badan Yang Tidak Stabil

  • Diet yo-yo atau perubahan berat badan yang tidak stabil juga boleh meningkatkan kemungkinan munculnya selulit.
  • Kawal berat badan anda.
  • Jika ingin mengurangkan berat badan, sebaik-baiknya lakukan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.

6. Atur Pola Makan

  • Hindari makanan yang kaya dengan kandungan lemak kerana lemak lambat diuraikan dan tersimpan di dalam tubuh
  • Hindari pula makanan olahan yang tinggi kadar gula dan zat aditif kerana ia membuatkan selulit semakin parah
  • Banyakkan minum air putih untuk membantu membuang kandungan toksin dalam tubuh

Jom kita tengok pula, 5 tips untuk membantu menghilangkan selulit hodoh daripada kulit. :

5 Teknik Hilangkan Selulit

1. Berjalan

  • Berjalan merupakan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot-otot di kaki dan bahagian belakang. 
  • Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih dari 360 kalori dalam masa satu jam.
  • Jika anda cuba untuk jogging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambahkan lagi pembakaran kalori.

2. Membengkokkan Lutut

  • Pastikan otot perut anda terlibat untuk menjaga bahagian belakang anda supaya dalam keadaan lurus.
  • Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. Sambil berdiri, buat satu langkah yang besar ke hadapan dengan kaki kiri anda.
  • Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri ke tempat permulaan

3. Mengangkat kaki semasa meniarap

  • Semasa meniarap, cuba angkat kaki kiri setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang paha akan bekerja keras.
  • Turunkan kaki kiri perlahan-lahan, dan ulangi langkah tersebut dengan menggunakan kaki kanan pula. 

4. Rendahkan badan dan twist

  • Berdiri dan buka kaki sejajar dengan lebar bahu anda.
  • Genggam kedua belah tangan dan angkat selari dengan dada. Kemudian, rendahkan badan sehingga paha selari dengan lantai.
  • Pusingkan badan ke arah kanan, kemudian ulang semula langkah pertama dan pusingkan badan ke kiri pula.

5. Squat Thrusts

  • Berdiri seperti biasa
  • Turunkan badan seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah tangan di letakkan di atas lantai di hadapan kedua belah kaki
  • Luruskan kaki ke belakang seperti posisi untuk push up

Nota: 5 teknik ini tidaklah menghapuskan selulit, tetapi ia membantu untuk mengurangkan berat badan dan jumlah lemak badan. Dengan pengurangan kedua-dua ini, ia membantu mengurangkan kemunculan dan meratakan selulit. Jadi, selulit tetap ada, tetapi tidak akan kelihatan.


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 176 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge