10 Sebab Penyusuan Sepenuhnya Menjadi Gagal

By | April 30, 2016

Setiap ibu hamil, pasti sudah berangan-angan untuk fully breastfeeding secara eksklusif bayi mereka, apabila lahir kelak. Namun, tidak semua ibu-ibu berjaya memenuhi impian mereka. Kenal pasti 10 sebab penyusuan bayi anda boleh menjadi gagal sepenuhnya.

Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:

1) Tiada keyakinan – KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu – Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh – Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami – Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa – Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia – Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah – Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan – Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress – Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah… kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya – Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu… berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki..

Semoga bermanfaat 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge