Jom Kenali Punca Kenapa Muka Anda Berjerawat …

By | April 23, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

Bismillah,

Assalamualaikum semua.. Mesti seronok kan petang-petang macam ni, bila bercuti dapatlah bawa famili jalan-jalan.. Sambil-sambil tu boleh lah window shopping. hehe..

Pernah tak anda, masa seronok berjalan-jalan, tiba-tiba terserempak dengan seseorang yang kenal dengan anda. Mula-mula rasa seronoklah kan, sebab dapat bertemu dengan kawan lama.

Tapi, bila dia mula tegur muka anda nampak berjerawat, mesti dalam hati rasa macam nak lari dari situ je kan? Ye lah, dulu, kulit licin, gebu dan putih telur, tapi sekarang, muka nampak agak hodoh sebab jerawat tumbuh membiak macam cendawan pada musim hujan. Dalam hati, mesti tertanya-tanya, kenapalah muka banyak jerawat tiba-tiba.

Bagaimana jerawat terbentuk.

Jom baca lebih lanjut, untuk mengetahui punca berlakunya jerawat. Semoga bermanfaat yer.. 🙂

Hormon Dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous menegmbang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. Cara terbaik mengawal hormon adalah dengan pengambilan GLA Complex.

Bakteria Dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. Cara menghapuskan bakteria jahat secara semulajadi adalah dengan mmenguatkan imuniti badan dengan pengambilan Nutriferon.

Pemakanan Dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta terperinci, tetapi diet yang mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher pesakit.

Stress Dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Supplement paling sesuai untuk mengawal stress adalah Vita-Lea Iron Formula atau B-Complex.

Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. Menggunakan gentle make-up remover, dapat membantu membersihkan kesan make-up dan kotoran yang meresap pada kulit wajah dengan berkesan dan sempurna.

Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma. Penggunaan produk yang mengandungi kawalan uv seperti ultimate protection essence, dapat melindungi kulit dari bahaya sinaran uv, terutamanya wanita yang berkerja lebih banyak masa di luar pejabat.

Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan yang mepunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh mnyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat komplex dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Punca jerawat mungkin berbeza mengikut Jenis Jenis Jerawat seperti dalam penulisan saya yang lepas. Maka cara rawatan juga adalah berbeza.

Jadi jika anda ingin merawat masalah jerawat, perkara-perkara diatas hendaklah anda elakkan supaya dapat mempercepatkan proses menghilangkan jerawat kerana kita tidak mahu jerawat baru timbul semasa proses rawatan yang berpunca dari sebab-sebab di atas.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 163 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge