Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ..

Berpantang adalah perkara wajib bagi mana-mana ibu yang baru selepas bersalin atau yang baru keguguran. Ini kerana, dengan berpantang, ia membantu agar tubuh ibu kembali segar semula.

Jumlah hari berpantang adalah berbeza mengikut keadaan ibu berpantang itu sendiri. Ada yang gemar memilih untuk berpantang 44 hari, ada yang nak 60 hari dan tidak kurang juga yang berpantang selama 100 hari.

Ingat yer, kalau darah nifas dah berhenti awal, baiklah segerakan untuk solat, walaupun dalam masa yang sama, amalan berpantang masih di teruskan. Maksudnya, kalau ibu-ibu nak berpantang 60 hari, tapi darah nifas dah berhenti masa 40 hari. Jadi segerakanlah mandi wajib dan solat, dan amalan berpantang boleh terus di sambung sehingga genap 60 hari. ūüôā

Semasa berpantang, antara kerap yang berlaku adalah sembelit, betul tak ibu-ibu? Dulu, masa fatim bersalin anak pertama, aduh, susahnya nak membuang. Dengan rasa risau takut jahitan akan terbuka, sembelit lagi. Memang rasanya, dalam minggu pertama dan kedua selepas bersalin tu, fatim rasa takut sangat nak makan banyak. Sebab tak nak kena gi toilet untuk membuang. Seriau je rasa. hehe..

Masa tu, fatim memang tak kenal lagi dengan produk Shaklee. Jadi, fatim cuma amalkan jamu je. Jahitan pun ambil masa sebulan lebih baru nak baik, itupun tak baik sepenuhnya. huuhuu..

Kalau ibu-ibu tengok video ni, pasti akan mengakui pengalaman yang di kongsikan oleh Pn Khadeejah ni. Sebab, ramai ibu yang menghadapi masalah yang sama, terutamanya ibu-ibu muda yang baru bersalin anak pertama.

Jom kita layan dulu video best ni. ūüôā

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

 

Semasa berpantang, mungkin sahaja kita mudah terlepas pandang, benda-benda yang perlu di jaga, agar ia tidak akan menyusahkan diri sendiri pada masa akan datang.

 

15 Pantang Larang Semasa Berpantang

1. Di larang Tidur Tidak Berbantal 

  • Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seseorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

 

2. Memakai Sarung Kaki (Stokin)

  • Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan di masuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah.
  • Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

 

3. Jangan Duduk Mencangkung

  • Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

 

4. Mandi Dduk Di Bangku

  • Ketika mandi hendaklah duduk di bangku. Ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan.
  • Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

 

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur

  • Jika tidur hendaklah kaki dirapatkan. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

 

6. Jangan Terlalu Aktif

  • Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu.
  • Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga.
  • Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

 

7. Jangan Makan Ubi-Ubian

  • Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut.
  • Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu berjangkit kepada anak.

 

8. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

  • Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik. Ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit.
  • Lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

9. Jangan Tidur Waktu Senja

  • Ibu-ibu yang baru bersalin, di larang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran.
  • Jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

 

10. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

  • Ibu-ibu dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

 

11. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

  • Ibu-ibu dalam pantang di larang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

 

12. Ibu Jari  Kaki Tidak Boleh Terhantuk

  • Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk.
  • Pada satu-satu tempat, jika terhantuk, boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

 

13. Cara Mandi

  • Daun nangka, daun panda, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu yang baru bersalin.
  • Ibu-ibu selepas bersalin, hendaklah mandi dengan cara duduk di bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
  • Sebelum mandi, hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih.
  • Guna menyembuhkan luka-luka selepas bersalin. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
  • Ratakan air di seluruh badan jangan sampai menggigil dan kesejukan.
  • Mandi pada setiap pagi dan petang.
  • Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

 

14. Cara Berbaring / Tidur

  • Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah di larang bagi ibu-ibu di dalam pantang.
  • Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

 

15. Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

  • Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 jam, adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang.
  • Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik
  • Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu-ibu selama dalam pantang, supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasuki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
  • Jika cuaca sejuk, hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
  • Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
  • Minum air pati kunyi selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
  • Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah di larang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
  • Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-ibu dalam pantang di larang memakannya. Ikan berbisa jika di makan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
  • Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan di makan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
  • Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh di makan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
  • Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh di makan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayur sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
  • Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya, boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
Vitamin Shaklee untuk ibu berpantang, yang boleh anda ambil adalah:

Berminat nak beli set Ibu Berpantang, agar badan cepat bertenaga dan luka cepat pulih?

Belian atas talian dengan menekan butang di bawah!

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA‚ÄĚ

(Visited 10,441 times, 47 visits today)
15 Pantang Larang Semasa Berpantang Yang Ibu Hamil Anak Pertama Perlu Tahu

3 thoughts on “15 Pantang Larang Semasa Berpantang Yang Ibu Hamil Anak Pertama Perlu Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: