26 Tips Untuk Hias Bilik Si Manja

By | April 22, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. 🙂

Wahhhh… Seronoknya ibu bapa muda ni.. Eksited nak sambut orang baru ke? Biasalah kan.. Kalau untuk anak-anak, ibu bapa memang sanggup berhabis wang ringgit, bagi memastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak menjadi tempat pertama. Betul tak?

Bagi ibu bapa yang dah lama menunggu kehadiran cahaya mata pertama, sudah pasti pelbagai rancangan dah ada di fikirkan. Antaranya, sudah pastilah hiasan bilik untuk si bayi. Betul tak? 🙂

Sebagai ibu bapa, anda perlu mengenal pasti beberapa perkara bersesuaian sebelum mengambil keputusan untuk menghias bilik si manja. Namun apa jua konsep dekorasi bilik yang anda pilih, pastikan ia mempunya ciri-ciri keselamatan, ok?

Jom ikuti 26 Tips untuk hias bilik si manja anda. 

  • Perlu kenal pasti keluasan bilik sebelum memilih perabot dan kelengkapan bilik anak
  • Bilik bayi berhampiran dengan bilik utama supaya tangisan bayi dapat didengari
  • Konsep bilik tidur perlu difikirkan sama ada tempoh lama atau kekal
  • Jika bercadang menggunakan kertas dinding yang bermotifkan alam semula jadi termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau watak kartun, pastikan coraknya sesuai dengan peringkat usia bayi dan anak yang semakin membesar

  • Almari pakaian biarlah yang rendah supaya anak kecil anda mudah untuk mencari pakaiannya sendiri. Konsep berdikari sudah boleh dibentuk dalam dirinya. Pada masa yang sama anda boleh melatih mereka menjaga kebersihan dan kekemasan bilik sendiri
  • Pastikan meja dan kerusi tidak mempunyai bucu yang tajam
  • Sediakan sistem pengudaraaan semulajadi yang mencukupi supaya bilik tidak terlalu panas.
  • Warna pilihan asas iaitu merah jambu untuk bayi perempuan dan biru untuk bayi lelaki
  • Bilik kanak-kanak berusia empat tahun ke atas perlu mengutamakan keselamatan kerana biasanya selain menjadi tempat tidur, bilik menjadi tempat untuk bermain dan belajar
  • Bilik kanak-kanak yang sedang membesar memadai diletakkan perabot berharga sederhana tetapi kukuh, tahan lama, dapat menampung berat dan lasak. Ia penting bagi mengelak berlaku sesuatu yang tidak di ingini
  • Perabot bilik bayi biasanya jenis boleh ubah suai untuk jangka masa panjang kerana bayi semakin membesar
  • Kanak-kanak pula sediakan perabot sesuai dengan usia dan kegiatan yang mereka lakukan
  • Bilik kanak-kanak, pastikan bilik mempunyai keluasan yang mencukupi untuk mereka bermain
  • Untuk menjimatkan, bagi bilik kanak-kanak, pilihan perabot pasang siap khususnya kerana ia menjimatkan ruang
  • Pasang jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak kanak-kanak membukanya. Jeriji pula pastinya bentuknya lurus bagi mengelak mereka memanjatnya
  • Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran tingkap bagi mengelak mereka memasukkan kepala di celah jeriji
  • Elakkan memasang kain langsir labuh sehingga mencecah lantai untuk mengelak kanak-kanak menariknya dan mungkin boleh terjatuh apabila terpijak langsir.
  • Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah di ganti bagi mengelak kanak terjatuh atau luka terpijak jubin pecah.
  • Elak daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih bucu bulat dan sentiasa pastikan perabot dalam keadaan baik

  • Jika katil kanak-kanak setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan untuk elak terjatuh
  • Peti penyimpanan permainan sangat berbahaya bagi anak berusia dua tahun  ke bawah. Pastikan peti tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya.

 

 

 

 

 

 

  • Permainan seeloknya di susun atas lantai, supaya mudah mereka mengambilnya. Juga rak penyimpanan permainan perlu rendah supaya mudah mengambilnya
  • Barang berbahaya seperti gunting, minyak angin atau losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi

  • Jika bayi tidur dalam katil, letakkan patung besar atau bantal berasingan terutamanya waktu tidur, kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung besar
  • Jangan guna perhiasan kecil, dikhuatiri akan di masukkan ke dalam mulut bayi atau kanak-kanak kecil. Juga elakkan hiasan kaca mudah pecah untuk hias bilik tidur.
  • Jangan letak banyak perabot yang mengakibatkan habuk mudah terkumpul. Bilik yang berhabuk, tidak sesuai untuk bayi kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil.

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 365 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge