Mitos Berat Badan, Sejauh Manakah Kebenarannya?

By | April 20, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua …

Apabila berbicara mengenai perut, terdapat pelbagai mitos yang perlu diketahui. Check it out.. 🙂

Mitos: Pencernaan terjadi terutama di dalam perut.

Fakta: Bahagian utama daripada proses pencernaan terjadi di usus kecil. Perut menampung makanan, kemudian mencampurkan dan memecahkannya menjadi molekul-molekul kecil yang disebut “cecair hempedu”. Cecair hempedu ini kemudian dilepaskan ke dalam usus kecil di mana sebahagian besar pencernaan terjadi di sana. Ramai yang percaya, makanan tidak dicerna dalam urutan ketika dimakan. Semuanya masuk ke dalam perut kemudian dicampur menjadi satu kemudian akan dilepaskan ke dalam usus kecil bersama-sama.

Mitos: Jika pengambilan makanan dikurangkan, perut akan mengecil dan tidak merasa lapar.

Fakta: Apabila usia meningkat dewasa, ukuran perut kita tetap sama – kecuali anda menjalani pembedahan untuk mengecilkan ukuran perut kita. Makan lebih ataupun sedikit tidak menjadikan perut anda kecil, tetapi dapat membantu anda “pengatur nafsu makan”, jadi kita tidak merasa lapar, dan mungkin lebih mudah untuk merancang jadual pemakanan anda.

Mitos: Orang kurus memiliki perut lebih kecil dari orang gemuk.

FaktaTahukah anda, ukuran perut seseorang tiada hubung kait dengan berat badan. Individu yang kurus boleh memiliki perut besar sebagaimana orang gemuk yang selalu berusaha untuk mendapatkan berat ideal. Malah mereka yang pernah melakukan pembedahan mengecilkan perut juga masih berisiko berlakunya penambahan berat badan.

Mitos: Berolahraga seperti “sit-up” dapat mengurangi ukuran perut.

Fakta: Tidak ada olahraga yang dapat mengubah ukuran organ tubuh, tetapi olahraga dapat membantu membakar timbunan lemak yang terkumpul pada bahagian luar tubuh kita dan dapat membantu menambahkan otot-otot perut, kawasan perut yang terletak di bawah diafragma, yang menampung organ perut dan banyak organ dalaman lainnya.

Mitos: Makan sebelum tidur membuat kita lebih cepat gemuk berbanding makan pada siang hari.

Fakta: Kebanyakan ahli pengkaji berpendapat berat badan kita akan cepat bertambah ketika kita menambahkan kalori yang lebih besar daripada yang dapat kita bakar. Walaupun nampak seperti suatu yang logik bahawa makanan yang kita makan pada siang hari akan lebih cepat dan lebih efisien terbakar daripada makanan yang kita makan sebelum tidur.

Kajian terhadapat haiwan  menunjukkan tidak mengambil makanan ringan selepas makan malam dapat membantu mencegah berat badan. Tetapi, makan sebelum tidur boleh menyebabkan proses pencernaan lebih sukar dan penghasilan gas berlebihan sehingga membolehkan terjadinya perut kembung dan memulas. Ada ‘otak’ di usus yang membantu memastikan bahawa makanan bergerak melalui sistem pencernaan pada kecepatan yang tepat, dalam jumlah yang tepat. Jika anda letih, otot usus juga turut letih. 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge