Kenali Jenis Jerawat Untuk Mengetahui Cara Yang Sesuai Untuk Merawatnya ..

By | April 20, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

Kulit berjerawat merupakan masalah yang menghantui hampir 80 peratus rakyat Malaysia. Malahan masalah kulit muka ini adalah masalah lazimnya di hadapi oleh setiap individu di seluruh dunia.


Mengikut kajian, setiap jerawat adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Oleh kerana jerawat ini ada pelbagai jenis, maka tak hairanlah cara penyelesaiannya juga berbeza.


Tahu kah anda, jika anda mengambil rawatan yang tidak sesuai dengan masalah jerawat anda, ia bukan membantu mengurangkan jerawat, bahkan ia akan membuat jerawat anda semakin meriah bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan.


Samalah seperti yang dikongsikan oleh Cik Jan, di dalam video ini. Memang rugi banyak jika tersalah cara penyelesaiannya yang di ambil. Nak tahu apa yang berlaku kepada Cik Jan? Anda tonton lah sendiri. Memang menyesal kalau tak tengok.



Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Macam mana? Memang rugi kan, kalau tak menonton. Sebab jika tersalah pilih produk, bukan sekejap yer nak menghilangkannya. Memakan masa sampai 7 tahun tu. Itupun jika bernasib baik kalau bertemu dengan produk yang sesuai. Kalau tak, sampai ke tualah muka penuh jerawat. Rugi.. rugi..

Jom kita kenali jenis-jenis jerawat, bagi membantu memudahkan untuk mengatasi masalah kulit muka. Jangan biarkan diri kita termasuk orang yang rugi, k. 🙂

1. Jerawat biasa.

Jerawat biasa ini terbahagi kepada 4 jenis, iaitu:

  • Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman, namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup dan memerlukan rawatan intensif.
  • Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang
  • Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama, menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit.

 

2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris

  • Nodul – Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut di muka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.
  • Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini, kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea

Masalah kulit muka ini sering disalah tafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seola-olah sama dengan acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapai bengkak hidung. Di sarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya, menyerang wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas.

4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)

  • Acne Conblongata – Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan paha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.
  • Acne Fulminans – Masalah kulit ini akan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.
  • Gram-Negative Folliculitis – Di aktifkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.
  • Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans) – Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 – 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.

Saranan saya untuk masalah jerawat yang kronik, anda perlu segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Jangan dibiarkan berlarutan atau anda hanya menggunakan produk-produk di farmasi. Masalah kulit muka yang serius dan kronik ini memerlukan konsultansi berterusan dari dermatologist dan mengambil masa untuk sembuh.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 243 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge