Kurangkan Risiko Koyakan Semasa Bersalin Anak Sulung Dengan Urutan Perineum

By | April 18, 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.. 🙂

Setiap ibu hamil, pasti akan merasa debaran menanti saat untuk bersalin. Lebih-lebih lagi bagi yang mengandung anak sulung. Betul kan? Bukan isteri je berdebar-debar, suami dan ibu bapa pun sama-sama berdebar-debar. Maklumlah kan nak menunggu orang baru. hehee.

Namun, suka saya nak kongsikan bersama-sama ibu hamil semua, mengenai pengalaman saya sendiri, selepas bersalin dua kali. Oleh kerana kekurangan ilmu, terutamanya ilmu meneran, saya mengalami koyakan yang agak teruk, menurut nurse yang menjahit, sebab kesilapan cara saya meneran.

Apa yang tidak seronoknya, bila dah terkoyak dan di jahit, segala jadi serba salah semasa berpantang. Nak membuang pun susah hati, nak duduk pun kena hati-hati. Apatah lagi kalau nak baring. Silap sikit, terasanya sakit di situ. huhu..

Jadi, bila dah hamil anak ketiga ni, saya mula menambah ilmu tentang cara bersalin yang mudah dan kurang berisiko. Bukan sahaja ia sangat membantu diri saya sendiri, bahkan ia dapat saya kongsikan bersama-sama ibu hamil yang bakal bersalin di luar sana, betul tak? 🙂

Hari ini, saya nak kongsikan tentang tips urutan perineum. Sejujurnya, saya baru tahu pasal urutan ini, hanya semasa mengandung anak ketiga. Huuhuu..

Rugikan?

Bagi ibu-ibu yang baru hamil atau sedang merancang nak hamil tu, timbalah ilmu banyak-banyak, k, lebih-lebih ilmu tentang penjagaan diri awal kehamilan sehingga penyusuan bayi. 🙂

ibu-hamil

Apakah Perineum?

Perineum merujuk kepada kawasan di antara dubur dan vagina.

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. 

Pada Kehamilan Minggu Berapakah Waktu Yang Sesuai Memulakan Urutan Perineum Ini?

Sebaik-baiknya, mulakan urutan perineum ini pada usia kehamilan dah memasuki tujuh (7) bulan, iaitu bersamaan dengan 27 minggu.

Amalkan urutan ini sehingga hari anda bersalin.

Minyak Apakah Sesuai Untuk Digunakan Membuat Urutan Perineum?

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. 

Bagaimana Urutan Perineum Ini Di Lakukan?

Pastikan kuku anda pendek, tidak tajam dan benar-benar bersih sebelum melakukan urutan ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, untuk mengetahui keadaan diri anda dan kandungan anda.

1. Pastikan tangan dan jari anda bersih sebelum melakukan urutan. Pastikan kuku pendek, tidak tajam dan benar-benar bersih.

2. Urutan di lakukan dalam keadaan mencangkung. Boleh juga dilakukan dengan menaikkan kaki sebelah jika dilakukan bersandar. Lakukannya dalam keadaan tenang di bilik anda.

3. Sapukan minyak semulajadi seperti minyak kelapa dara atau minyak zaitun pada jari anda dan bahagian perineum bagi melicinkan pergerakan jari di dalam vagina.

4. Letakkan ibu jari ke dalam dinding vagina.

5. Letakkan  4 jari lagi ke dalam punggung.

6. Mulakan urutan pada bahagian lapisan vagina. 

 

 

7. Bayangkan vagina anda seperti jam dan bahagian perineum adalah pada pukul 6.

8. Mula gerakkan ibu jari anda secara perlahan dan lembut dari pukul 3 ke pukul 9.

9. Kemudian, cuba berhenti dan bertahan pada setiap point.

10. Mulakan dengan tekanan sifar pada pukul 3, 4, 5 dan seterusnya.

11. Kemudian lakukan sedikit regangan di tempat-tempat tadi dengan menolak ke dalam tisu pada bahagian tersebut dengan lebih kuat.

12. Setelah itu, cuba lakukan lebih dalam (lebih kurang senggatan kedua jari anda). Di sini akan tercapainya bahagian yang lebih dalam pada lantai pelvik

 

Nota Tambahan:

  • Semasa membuat urutan ini, mungkin anda terasa ingin membuang, walaupun ia bukannya nak membuang sebenar. Rasa nak membuang ni adalah kerana kesan dari urutan perineum yang di buat. 
  • Selepas selesai melakukan urutan perineum, buatlah senaman kegel (kemut). Senaman ini adalah seperti anda sedang menahan buang air kecil atau menahan angin dari keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulangkan semula sehingga 10 kali.
  • Urutan perineum perlu diulang, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. (boleh buat selepas selesai mandi). Boleh buat lebih, jika anda mahu.
  • Senaman kemut ini, boleh je di lakukan pada bila-bila masa. Tidak semestinya hanya selepas membuat urutan perineum sahaja. Kebaikan senaman kemut ini adalah untuk membuatkan otot vagina menjadi lebih anjal. Dengan kata lain, otot tu boleh mengembang dengan lebih baik bila kita dah nak bersalin nanti.

Urutan perineum ini dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya koyakan semasa bersalin. Namun, saya juga nasihatkan anda, agar semasa bersalin, elakkan diri dari mengangkat punggung. Sebab mengangkat punggung semasa meneran juga boleh membuatkan koyakan berlaku.

Kalau ada lagi yang masih tak faham cara nak lakukan urutan perineum ni, anda bolehlah menonton video ni, cara nak lakukan urutan perineum. Tak lama pun, cuma dua minit je. 🙂

Saya doakan semoga anda yang sedang membaca artikel saya ini dan sedang mengamalkannya, semoga dipermudahkan urusan anda untuk bersalin. Semoga saya juga selamat melahirkan baby ketiga saya ni. Kalau ikutkan EDD, baby bakal lahir pada 29/11/2015. 🙂

“Ya Allah, Terima Kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga Kau kurniakan rezeki anak untuk rakan-rakan ku seperti mana kau kurniakan untukku”

Ya Allah, sesungguhnya aku (Fatimah Binti Tony), namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad (jika ia bayi lelaki). Maka, jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w”

amin.


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 720 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge