23 Perkara Yang Ibu Beranak Sulung Perlu Jangka Ketika Di Bilik Bersalin

By | April 17, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Dah bersedia untuk bersalin? Biasalah kan, bila dah masuk kandungan 30 minggu ni, mesti hati sentiasa berdebar-debar dan risau sebab tak sabar menunggu kelahiran bayi, lebih-lebih lagi jika sedang hamil anak sulung. Betul tak?

Bagi ibu yang mengandung anak sulung, saya nak kongsikan beberapa perkara yang perlu ibu hamil perlu jangka, ketika di bilik bersalin. Semoga ia dapat menjadi panduan agar nanti takde lah terkejut sangat, bila dah masuk wad bersalin. Ye tak?

Mungkin tidak semua 23 perkara di bawah, anda akan hadapi sebaik sahaja tiba di bilik bersalin. 🙂

23 Perkara Perlu Dijangka Ketika Di Bilik Bersalin

Staf Nurse

1. Lazimnya dalam satu-satu masa akan ada sekurang-kurangnya dua orang staf yang bertugas di dalam bilik bersalin.

  • Seorang adalah jururawat terlatih atau bidan manakala seorang lagi ialah pembantu jururawat.
  • Pada kebiasaanya, dalam satu-satu masa, seorang jururawat / bidan akan menjaga satu atau dua orang wanita yang sedang sakit.

2. Ketika anda menghampiri waktu hendak bersalin pula di mana proses meneran berlangsung, bilik berkenaan akan mula dipenuhi dengan pertambahan seorang lagi jururawat, seorang doktor O&G dan seorang doktor pakar kanak-kanak.

Pemeriksaan Diri Ibu

3. Sebaik memasuki fasa aktif, anda dimasukkan ke bilik bersalin.

  • Ketika ini anda akan di pantau sepenuhnya di mana ia meliputi pemeriksaan ke atas kadar denyutan jantung.
  • Di dalam fasa aktif, kontraksi dirasai adalah setiap dua hingga tiga minit.
  • Oleh itu, pemeriksaan kontraksi dilakukan di setiap setengah jam

4. Pemeriksaan ke atas tekanan darah, jantung, suhu badan dan tahap hidrasi akan dilakukan oleh jururawat bertugas yang dilakukan setiap empat jam sekali.

5. Terdapat beberapa pilihan untuk menahan sakit seperti urutan belakang, penggunaan hot water bag, transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS), gas entonox, suntikan pethidine dan bius epidural. Jika tidak mampu menahan kesakitan, anda boleh mendapatkan ubat penahan sakit bersesuaian.

Pemantauan Ke Atas Bayi

6. Bayi akan di pantau menggunakan alat doppler bagi memeriksa kadar denyutan jantungnya di setiap 15 minit.

  • Dengan menggunakan alat ini, anda yang mempunyai kehamilan berisiko rendah boleh bergerak bebas di dalam bilik bersalin.
  • Apabila banyak berjalan, sudah pasti anda berupaya mengurangkan kesakitan dan pada masa yang sama dapat mempercepatkan proses kelahiran.

7. Sebaliknya, para ibu yang tergolong di dalam kumpulan kehamilan berisiko tinggi seperti penyakit darah tinggi, kencing manis atau pernah dibedah (caesarean section) di kelahiran terdahulu namun cuba untuk bersalin normal perlu menggunakan mesin cardiotocograph (CTG) bagi mengukur serentak kontraksi rahim dan denyutan jantung bayi.

  • Hal yang sama perlu dilakukan jika didapati bayi anda telah membuang najis (mekonimum) di dalam kandungan.

Kehadiran Suami

8. Si suami sangat digalakkan untuk sama-sama berada di dalam bilik bersalin bagi beri sokongan kepada isterinya.

  • Walau bagaimanapun di dalam keadaan tertentu seperti keadaan bilik bersalin yang sesak atau sebagainya, berkemungkinan besar suami tidak dibenarkan masuk.

9. Sekiranya proses kelahiran anda memerlukan alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep, suami mungkin juga tidak dibenarkan untuk berada di dalam bilik bersalin.

Perkembangan Proses Bersalin

10. Pemeriksaan faraj akan dibuat selang empat jam.

  • Biasanya prosedur ini akan dilakukan oleh doktor atau bidan terlatih.

11. Sekiranya mengalami masalah dengan kekerapan kontraksi, anda kadang kala akan dibantu dengan menggunakan titisan intravenous (IV drip) yang mengandungi ubat syntocinon bertujuan untuk menguatkan kontraksi.

12. Serviks di jangka meregang di antara 0.5 sm hingga 1 sm sejam.

  • Jangka masa maksimum untuk proses pembukaan serviks ialah 12 jam selepas fasa aktif.
  • Jika tiada peningkatan bukaan serviks atau perkembangannya terlalu lambat maka anda akan disyorkan untuk menjalani pembedahan caesarean.

13. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keputusan pembedahan caesarean perlu dilakukan. Antaranya ialah serviks tidak meregang dengan baik, jantung bayi lemah atau bayi membuang najis (mekonium) yang menandakan bayi lemas.

Fasa Meneran

14. Pada waktu ini, anda akan melalui suatu keadaan di mana anda seolah-olah hendak membuang air besar. Anda perlu meneran seperti sedang mengalami sembelit.

15. Dalam keadaan tertentu, anda mungkin membuang air besar tanpa disedari. Situasi ini adalah normal. Oleh itu, jangan sesekali berasa malu jika ia berlaku ke atas diri anda.

16. Jangka masa proses meneran yang normal ialah satu jam. Kebiasaanya, para ibu hanya perlu meneran antara tiga hingga empat kali sebelum bayi berjaya dikeluarkan.

17. Dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu melalui prosedur Episiotomo iaitu guntingan kecil untuk meluaskan laluan bayi ketika proses meneran.

  • Namun, jangan bimbang kerana tidak semua proses kelahiran perlu melaluinya.
  • Ada juga keadaan di mana faraj mengalami luka dengan sendirinya ketika bayi keluar.
  • Namun, kedua-dua keadaan ini akan diatasi dengan jahitan.

18. Apabila kepala bayi telah keluar, doktor akan meminta anda berehat daripada meneran untuk seketika bagi melihat sama ada tali pusat meliliti lehernya.

  • Setelah kontraksi kembali sekali lagi, anda perlu meneran dan doktor akan membantu menarik badan bayi untuk keluar.

Bayi Keluar

19. Setelah bayi berjaya dikeluarkan, dia akan menangis setelah lendir di mulut dan hidungnya dikeluarkan secara sedutan vakum.

  • Kemudian, dia akan diletakkan di atas dada ibu dalam keadaan dirinya yang masih diselaputi darah dan verniks, iaitu sejenis lapisan putih pada kulit bayi.

20. Tali pusat bayi hanya akan di potong apabila di dapati tiada lagi denyutan pada tali pusatnya.

Selepas Melahirkan.

21. Anda akan diberi suntikan ubat syntometrine atau ergometrine bagi membantu rahim mengecut selain daripada mengurangkan pendarahan.

22. Doktor akan menggunakan teknik khas yang dipanggil controlled cord traction (CCT) bagi mengeluarkan uri.

23. Biasanya anda akan diberi minuman panas berkhasiat untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika proses bersalin.

  • Setelah itu, anda dibiarkan berehat antara setengah jam hingga satu jam sebelum dipindahkan ke was bersalin.

Nota: Bermula usia kandungan tujuh bulan, anda digalakkan untuk melakukan urutan pada perineum (bukaan faraj) bagi melembutkannya untuk mengurangkan risiko luka semasa bersalin.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 494 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge