Boleh Ke Masalah Rabun Warna Di Atasi?

By | April 8, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Apa yang anda bayangkan, bila di sebut rabun warna? Ramai di antara kita, membayangkan bahawa rabun warna adalah kehidupan tanpa warna kecuali hitam putih. 🙂

Sebenarnya, tanggapan ini adalah silap. Mereka yang ada masalah rabun warna, masih tetap dapat melihat warna, cuma mereka mempunyai kesukaran untuk membezakan warna terang dan warna gelap.

Masalah rabun warna ini bergantung kepada tahap keseriusan masalah rabun mereka itu sendiri.

Bagaimana rabun warna boleh berlaku? Apakah puncanya?

Punca Rabun Warna

1. Keturunan

Penyakit yang diturunkan daripada ibu kepada anak lelaki. Tahap masalah rabun warna ini tidak akan berubah dengan peningkatan usia.

Namun kadar keseriusan adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang tidak dapat mengecam sebarang warna. Ada yang tidak dapat mengecam warna merah dan hijau. Ada yang tidak dapat mengecam warna biru dan kuning.

Jenis yang kerap di temui adalah, mereka yang gagal mengecam warna merah dan hijau. Lelaki adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini.

2. Penyakit

Apabila seseorang itu mengalami penyakit yang boleh memberikan komplikasi kepada saraf mata, mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat rabun warna. Contohnya, penyakit kencing manis, glaukoma, katarak, kecederaan mata serta faktor penuaan.

Terdapat juga kesan sampingan dari sesetengah ubat seperti ubat bagi penyakit athritis dan penyakit Tuberculosis (TB).

 

Jenis-jenis Rabun Warna

Jenis rabun warna ada tiga, iaitu:

1. Monokromat (rabun warna total)

Terdapat juga orang yang mengalami rabun warna total sejak lahir. Ini kerana, tiada sel kon pada retina tetapi, ia sangat jarang berlaku.

Apa yang mereka akan lihat adalah warna hitam dan putih sahaja dan rabun warna total merupakan jenis yang paling serius.

 

2. Dikromat

Jenis ini merupakan kekurangan sederhana, iaitu tiada salah satu daripada kon-kon berikut:

  • Protanopia (tiada pigmen kon merah) – Penghidap tidak mengenali warna merah
  • Deutanopia (tiada pigmen kon hijau) – Penghidap tidak mengenali warna hijau
  • Tritanopia (tiada pigmen kon biru) – Penghidap tidak mengenali warna biru.

 

 

 

3. Trikromat

Orang yang mempunyai ketiga-tiga sel kon warna yang lengkap, tetapi mengalami kerosakan pada mekanisme sensitiviti terhadap salah satu dari tiga sel reseptor warna tersebut.

Penderita rabun warna dapat melihat berbagai warna, akan tetapi mentafsirkan warna yang berbeza dari mereka yang normal.

1. Tritanomali (blue weak) – Kelainan pada pigmen warna biru. Pigmen warna biru bergeser ke kawasan hijau dari spektrum merah. Pesakit mempunyai ketiga-tiga kon warna, tetapi satu tidak normal. Pada peringkat ini, perbandingan warna merah hijau yang di pilih pada anomaloskop berbeza dengan orang yang normal.

2. Deutronomali (green weak) – Disebabkan kelainan bentuk pada pigmen warna hijau. Dengan kecacatan pada warna hijau, sehingga diperlukan lebih banyak hijau, kerana terjadi gangguan lebih banyak daripada warna hijau.

3. Protanomali (red weak) – Disebabkan kelainan bentuk pada pigmen warna merah, sehingga menyebabkan kurang sensitif pada warna merah. Penderita protanomali sukar untuk membezakan warna dan melihat campuran warna. Ini menyebabkan mereka sukar untuk membezakan warna merah dan warna hitam.

 

 

Sumber

sumber 2

 

 

Bagaimana nak mengesan rabun warna?

 

  • Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai keturunan  yang diketahui mempunyai masalah rabun warna.
  • Ujian ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor dan bentuk.
  • Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh optometris adalah dengan menggunakan ujian yang direka khas untuk mengesan rabun warna seperti Ishihara colour plates, D-15, 100 Hue, Anamaloskop dan HRR plates.
  • Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan jenis rabun warna tersebut dan tahap keseriusan rabun warna yang dialami.

 

Contoh ishihara colour plates

 

 

 

Rawatan Untuk Rabun Warna

 

Tiada ubatan boleh menyembuhkan penghidap rabun warna sejak lahir. Walau bagaimanapun, terdapat alat optikal iaitu ChromaGen yang terdiri daripada kanta lekap dan cermin mata khas dengan penapis warna tertentu dapat membantu untuk meningkatkan tona warna lantas mampu membezakan warna-warna defek dengan lebih mudah.

 

Boleh Ke Vitamin Shaklee Menyembuhkan Kes Rabun Warna?

Rabun warna mungkin sukar untuk sembuh, tapi ia bukanlah perkara yang mustahil, terutamanya bagi mereka yang mengidap rabun warna kerana penyakit.

Bagi mereka yang ingin mencuba vitamin Shaklee, pakar nutrisi Shaklee kami mencadangkan untuk mengambil:

  • Carotomax
  • Vivix
  • B Complex.

 

Tak janji akan sembuh, tapi tak salah kalau nak mencuba, betul kan? 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 3,737 times, 1 visits today)

One thought on “Boleh Ke Masalah Rabun Warna Di Atasi?

  1. Mata Clinic

    Biasanya ada 2 jenis rabun warna. Yang pertama adalah rabun warna jenis ‘red-green’. Rabun warna jenis ‘red-green’ ini adalah jenis yang paling banyak didapati. Untuk rabun warna ‘red-green’, kami ada menyediakan kanta lekap dan kaca mata untuk mengurangkan rabun warna di klinik kami.

    Sila hubungi kami di talian 082-507168 untuk pertanyaan lebih lanjut. Anda juga boleh meninggalkan mesej di laman facebook kami http://www.facebook.com/mataasia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge