Petua Mendapatkan Zuriat Cara Rasulullah S.A.W

By | March 16, 2016

Ramai mungkin terlupa yang zuriat juga adalah satu bentuk REZEKI daripada ALLAH kepada kita. Oleh itu, selain daripada USAHA secara fizikal, kita perlu sertakan dengan amalan kerohanian bagi memperkuatkan keikhlasan hati kita meminta kepada-Nya.

ibu hamil

Satu artikel yang menarik daripada blog PakarHowTo mengenai TIPS mendapatkan zuriat cara Rasulullah S.A.W.

” Satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk “Hindari penyakit dengan bersedekah”. Dalam artikel tersebut ada dinyatakan satu petua yang di ajar oleh Nabi S.A.W agar mudah mendapat anak. Berikut ini, saya ingin kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

” Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir B Abdullah r.a bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi S.A.W bertanya,

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun”

Nabi S.A.W pun menjawab dengan sabdanya :

” Di mana (keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan BANYAK BERSEDEKAH kerana dua hal ini boleh dianugerahi buah hati (anak)”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah ALLAH. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada ALLAH serta selalu berbaik sangka kepada-NYA. Yakinlah, ALLAH tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

 

Mungkin ada diantara kita yang berfikirl

“Alaaahhh..ini petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

Kepada yang ada fikiran seperti ini, ingin saya jelaskan bahawa setiap apa yang Nabi S.A.W ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN!!. Yakinlah.. Walaupun mungkin ia tampak petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti anda akan dapat manfaatnya, INSYAALLAH. 🙂

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kenal amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada ALLAH atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana ALLAH). INSYAALLAH, sampai masanya, ALLAH pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Sungguh besar KUASA SEDEKAH itu. Lakukanlah secara istiqamah SETIAP HARI tanpa putus asa dan berniatlah,

” Ya ALLAH, semoga sedekah yang ikhlas ini akan kau pulangkan semula kepada ku dengan rezeki anak”

 

Set Kesuburan basic

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 27 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge