Sudahkah Anda Menemui Skin Care Yang Sesuai Untuk Kulit Anda?

By | March 5, 2016

 

poster skincare

 

Sudahkah anda menemui skin care yang betul-betul sesuai untuk kulit anda? Fatim akui, sekarang ni, begitu banyak produk kecantikan di pasaran. Semuanya memberi manfaat untuk kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, kulit berparut, kulit berminyak, kulit kering dan bermacam-macam lagi.

Kalau dulu, fatim paling suka pakai Fair & Lovely, bedak amoi dan krim hazeline snow. Sebab harganya murah, dan hasilnya, kulit muka pun lebih cerah. haha.. Memang puas hati sangat masa tu. Maklumlah, harga pun memang murah, sesuai sangat dengan keadaan kewangan semasa masih study lagi. hehe. Sampai satu waktu tu ada seorang kawan tegur, kenapa kulit muka je putih, tapi kat tempat lain, warna gelap. huhu.. malu..

gambar ehsan encik google.

Tapi, semenjak fatim mula bekerja fatim dah kurang pakai krim-krim muka ni semua. Nak pakai bedak pun, fatima lebih suka pakai bedak amoi. Tapi, yang tak bestnyer, sebab fatim ni kulit hitam manis, bila guna bedak amoi, kulit putih sebab bedak tu akan nampak macam terlalu menonjol.

Tak padan dengan kulit tangan. hahaa.. Lagipun masa tu, memang tak kisah sangat dengan semua krim dan bedak ni semua. Maklumlah kulit fatim jenis berminyak, memang fatim jadi cerewet nak pilih produk yang sesuai. Pakai apa pun, mesti kulit menonjol minyaknya. Tapi kan, ada orang kata, orang yang kulit berminyak ni, bagus sebenarnya, sebab lambat berkedut. Hehehee..

Pertama kali fatim kenal produk Shaklee, adalah semasa fatim hamil anak kedua, gara-gara bacaan Hb masa hamil tu rendah sangat. Nak tak nak, carilah produk yang sesuai untuk membantu tingkatkan bacaan hemoglobin dan membantu mengatasi masalah kejang kaki semasa hamil.

Bila dah kenal produk Shaklee nilah, fatim mula terjebak dengan set kulit NutriWhite, semasa berpantang anak kedua. Masa tu, fatim main pakai je, tak fikir pulak, sesuai ke produk ni untuk jenis kulit aku yang berminyak ni? hahaa..

Kalau sebelum ni, muka fatim ni wajib ada timbul jerawat. Kalau tak kat hidung, dia mesti muncul kat dahi dan pipi. Syukur sangat bukan jenis jerawat batu. Lagipun, fatim ni jenis tak suka nak kacau sangat jerawat, sebab takut ia meninggalkan parut jerawat. hahaa..

Kalau masa dulu-dulu, fatim letak gincu kat jerawat yang timbul. Sebab kakak fatim cakap, gincu boleh buatkan jerawat ni kecut. Apa lagi, bila malam je, maka bertompoklah gincu fatim bubuh kat jerawat. hahaa.. Ini semua memori sebelum fatim kenal Shaklee.

Tapi kan, semenjak fatim amalkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil, fatim perasan yang kulit fatim dah kurang berminyak, lebih lembap dan yang paling seronok adalah jerawat pun macam segan je nak timbul. Lepas dah tengok perubahan kulit ambil vitamin Shaklee, barulah fatim nak cuba set kecantikan Nutriwhite.

Ni lah vitamin Shaklee yang fatim ambil masa pregnant dulu. Hasilnya memang best tau. Bukan setakat bacaan HB sentiasa cantik setiap bulan, masalah sembelit pun tiada dan kejang kaki pun tiada. 🙂

set ibu hamil trimester kedua dan ketiga

 

Berbalik kepada cerita skin care yang fatim gunakan, iaitu Set Nutriwhite . Set Skin care ni memang best tau. Sebab dalam Nutriwhite ia memainkan 5 peranan penting untuk kulit wajah.

1. Mencegah:

Kesan-kesan memudaratkan daripada matahari dan alam persekitaran dengan melindungi kulit anda secara aktif daripada sinar UV dan cahaya matahari yang boleh menggelapkan serta merosakkan kulit.

2. Menyekat:

Pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam.

3. Mengurang :

Penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap.

Hasilnya:

  • Kulit yang lebih cerah berseri,
  • mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
  • Penggunaan yang berterusan, menampilkan kulit wajah kelihatan lebih sempurna

4. Mencerah:

Warna melanin yang sedia ada serta tompok hitam, serta menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan.

5. Memperbaharui

Dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin berlebihan, agar kulit cantik berseri

Dalam satu set Nutriwhite ni ada 7 produk semuanya, tapi fatim cuma ambil 5 jenis je. Antara yang produk yang fatim ambil ialah,

Gentle Deep Foaming Cleanser

Gentle Deep Foaming Cleanser

 

Best tau, bila cuci muka dengan cleanser ni. Kulit rasa lebih segar dan lembap je.

Untuk toner pulak, fatim ambil Soothing Radiance Whitening Softener

Soothing Radiance Whitening Softener

 

Selepas menggunakan toner, fatim akan pakai Daily Defense Whitening Essence. Yang ni boleh guna waktu siang dan juga malam, dan guna sebelum pakai krim yer.

Daily Defense Whitening Essence

Untuk krim siang, fatim guna Ultimate Protection Whitening Lotion. Yang ni, pakai selepas daily defense whitening essence. Satu-satunya produk Shaklee yang ada pelindung SF15, adalah ultimate protection whitening lotion. Memang bagus untuk lindung kulit dari sinaran uv.

Ultimate Protection Whitening Lotion

 

Untuk malam pula, fatim guna krim Overnight Whitening Renewal. Bagus tau, kalau guna krim malam, sebab waktu malam, adalah masa untuk kulit kita berehat. Jadi penyerapan pada kulit berlaku lebih baik berbanding waktu siang.

Overnight Renewal Whitening Cream

 

Sebenarnya, fatim dah pakai set nutriwhite ni hampir 2 tahun dah. Lamanya? haha.. memang lama, sebab fatim ni memang jenis malas sikit nak pakai krim ni semua. Kadang-kala, memang culas jugaklah.

Tapi, kalau anda jenis yang pakai setiap hari, set NutriWhite ni boleh bertahan sampai 8 bulan. Lama kan? Berbaloilah dengan harga. Alah membeli, menang memakai. hehe..

Semenjak fatim berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, di samping melakukan bisnes online Shaklee, penyakit malas nak bermakeup, makin menjadi-jadi. hahaa..

Jangan tiru macam fatim yer.. Fatim jadi malas ni, sebab fatim dah ambil vitamin, yang membantu mencantikkan kulit bermula dari dalam. Namun dek kerana sayang, fatim tekad nak ubah perangai malas ni, dan akan mula merajinkan diri semula untuk menghabiskan kesemua 5 produk ni. hehe..

Oopps, sebelum fatim terlupa. Dua produk yang ada dalam set Nutriwhite yang fatim tak ambil ialah, Gentle Action Makeup Remover, yang sangat membantu untuk menanggal alat solek yang licin dan tidak berminyak.

Yang satu lagi adalah, Spot Whitening treatment. Yang ni, kalau adasesiapa yang mempunyai masalah jeragat, memang sesuai sangat mengambil krim ni. Sebab ia membantu mencerah tompok-tompok jeragat akibat panahan matahari, untuk menjadikan wajah lebih cerah sekata, bersinar dan berseri-seri. Spot whitening dan gentle action makeup remover ni, boleh pakai siang dan malam.

Inilah dia gambar full produk untuk set Nutriwhite.

nutriwhite

button4_red_buynow

Berminat untuk mencuba set penjagaan kulit NutriWhite? Klik button untuk membuat pesanan.

 

Kalau anda jenis yang kurang gemar makan pil-pil ni semua, bagus anda pilih produk untuk kulit macam Nutriwhite ni. Yang satu lagi, namanya Enfuselle. Yang ni, fatim akan bincang dalam post akan datang, k. :

TESTIMONI

 

 

 


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 237 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge