Assalamualaikum,

Sakit buah pinggang bukanlah perkara yang remeh, yang boleh di pandang ringan. Jika pesakit buah pinggang melanggar pantang-larang ini, silap-silap boleh mengundang maut.

Sebagai ahli keluarga yang ada mengalami masalah ini, kita perlu memberi sokongan kepada mereka, agar mereka tidak terasa terabai.

 

pantang larang pesakit buah pinggang

 

Jom kita sama-sama tengok pantang-larang pesakit buah pinggang, semoga ia dapat membantu kita dalam memahami keperluan dalam menjaga kesihatan mereka. ūüôā

 

1. Kawal pengambilan air

 

 

  • Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka¬†dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja.
  • Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari.
  • Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.
  • Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras.
  • Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair.

2. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan mengambil makanan yang tinggi protein 

 

 

  • seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu.
  • Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam.
  • Hal ini kerana, makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah.
  • Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.

 

3. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat 

 

 

  • seperti kerja buruh dan sebagainya.
  • Walaubagaimanapun, pesakit boleh bekerja seperti biasa atau melakukan aktiviti sukan biasa untuk kesihatan.
  • Jika pesakit melakukan dialisis, proses dialisis itu sendiri menyebabkan banyak nutrien yang diperlukan tubuh turut tersingkir dan tubuh pesakit akan cepat lemah dan tidak bertenaga.
  • Oleh itu, pesakit mungkin perlu mengambil vitamin tambahan¬†untuk menggantikan semula nutrisi yang ¬†telah hilang sewaktu dialisis.
  • Pesakit buah pinggang biasanya akan diberikan kalsium dan vitamin seperti vitamin C dan vitamin B untuk membantu memulihkan tenaga menggantikan semula nutrisi yang hilang setelah mereka melakukan dialisis.

4. Pengambilan garam perlu dikawal oleh pesakit buah pinggang.

 

 

  • Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan.
  • Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal.
  • Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan.
  • Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.
  • Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.

 

5. Mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium (potassium) 

 

 

  • seperti bayam, ¬†kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma.
  • Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas.
  • Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami¬†degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.
  • Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari.
  • Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.

6. Pesakit buah pinggang juga perlu mengawal kandungan fosfat

 

 

  • dalam pemakanan.
  • Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah.
  • Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang.
  • Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.
  • Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu.
  • Manakala mimuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina.
  • Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam.
  • Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa.

7. Makan pada waktu tetap

  • Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba¬†makan pada waktu yang tetap.
  • Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

“Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat,” kata Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Bagi anda yang ingin mencuba produk Shaklee, bagi tujuan untuk merawat masalah sakit buah pinggang ini, fatim cadangkan anda untuk mengambil VIVIX Shaklee.

 

 

12705536_10208453727408773_146316282938271951_n

 

 

Selepas mengamalkan 2 botol Vivix, alhamdulillah ayah pn Anisah, sudah tidak perlu melalui rawatan dialisis dan masalah gula dalam darah yang sebelum ini sangat tinggi pun dah kembali normal. ūüôā

 

12717176_10207549921882335_5447295080230166765_n

 

 

Berminat untuk mendapatkan vivix shaklee sekarang?

 

Belian atas talian untuk vivix shaklee dengan menekan butang di bawah!


PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA‚ÄĚ

(Visited 20,378 times, 85 visits today)
KETAHUI PANTANG LARANG YANG PESAKIT BUAH PINGGANG WAJIB TAHU

One thought on “KETAHUI PANTANG LARANG YANG PESAKIT BUAH PINGGANG WAJIB TAHU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Click To Folllow My Blog

Get the latest posts delivered to your mailbox: