Apa Yang Perlu Anda Buat Bila Susu Merundum

By | February 11, 2016

Testimoni Ibu Menyusu

Assalamualaikum … selamat malam semua.. cuaca kat tempat saya, masih lagi hujan renyai..hurmmm..bila cuaca sekejap hujan, sekejap panas begini, pasti ramai yang akan demam atau selesema..bagaimana pula dengan tempat anda?

Berbalik kepada topik saya malam ini, saya ingin berkongsi pengalaman dari seorang ibu menyusu yang mengamalkan Vitamin Shaklee, buat tatapan anda semua.. Saya pasti, ramai para ibu yang masih menyusukan bayi mereka atau saudara mara serta sahabat handai yang ingin mencari maklumat bagaimana untuk meningkatkan kuantiti di samping kualiti susu badan, demi si kecil yang tercinta.. 🙂


Credit info : Hanis

Sekarang ramai betul yang berlumba-lumba tunjuk gambar EBM dan hasil perahan di blog mahupun Facebook. Ini menyebabkan ibu-ibu baru dan muda terus beraggapan susu mereka sikit bila dapat pam 1-2 oz sahaja sehari, walhal anak yang dilahirkan belum pun cukup sebulan.

Ibu-ibu, perlu diketahui ya keperluan bayi mengikut usia mereka dan setiap ibu dan bayi berbeza. Yang penting kerapkan penyusuan walaupun rasa susu sikit. Teringat masa Muadz lahir, yelah anak pertama. Walaupun banyak membaca tentang penyusuan, kelahiran dan lain-lain, bila tiba masa mengalaminya sendiri tentu berbeza. Saya tak pandai pegang bayi untuk disusukan. Rasa macam nak jatuh. Muadz pun nampak macam tak selesa je. Lebih-lebih lagi bila kena pegang belah kiri untuk susukan belah kiri.

Tetapi saya tetap tak putus asa, cuba juga suakan dan cuba belajar cara pegang yang betul dan pastikan bayi selesa. Alhamdulillah, lama-kelamaan Muadz terima juga puting saya yang tak berapa sempurna. Jadi keyword di sini, Tak boleh putus asa dan kena sentiasa memperbaiki ilmu penyusuan tau!

Ya, pada awalnya saya terlupa bawa pam ke rumah mak, jadi kami cuma perah pakai tangan. Saya dan suami berusaha bersungguh-sungguh perah untuk bekalan Muadz sepanjang saya mengurut. Sekali pam kadang tak sampai 2oz pun tapi itulah bekalan Muadz sepanjang saya urut dan bertunku. Memang tak berapa cukup, alhamdulillah tukang urut tu kadang berhenti dan beri peluang Muadz menyusu sebelum sambung semula.

 

Selepas urut 3 hari dan dah ada pam barulah dapat pam dengan selesa. itupun masa muadz tidur petang, setelah kejutkan Muadz banyak kali tak mau bangun juga. Dan saya cuma dapat 2 oz setiap kali pam tapi itupun rasa gembira sangat. 

Saya lebih pentingkan direct feeding di awal-awal kelahiran. Muadz minum banyak juga, sejam setengah sekali dan sekali feeding dekat setengah jam, kadang2 sampai sejam.

Tak perlu bandingkan dengan hasil orang lain. Just enjoy the moment. 2 minggu sebelum mula kerja baru saya mula mengepam betul2. Saya cuba juga hantar Muadz ke Taska setengah hari dan sehari. Dan cuba atur jadual pam supaya bila bekerja nanti mudah selaraskan masa untuk pam. Dan hasil pam ni semualah yang menjadi stok untuk Muadz sepanjang di taska.

Jadi, buat ibu-ibu muda, jangan terus putus semangat dan rasa sedih bila hasil cuma 1-2 oz. Teruskan pam dan direct feeding. Saya sendiri tak perasan bila hasil susu saya mula meningkat sampai sehari boleh dapat 60z x 5 botol. Tapi saya akui selepas saya ambil Shaklee memang nampak perubahan. 

Badan menjadi lebih sihat, tak mudah letih, malah hasil pam pun bertambah. Tapi yang penting asas penyusuan iaitu kerap kosongkan payudara kena terus dilakukan. 

Ada ibu yang bila hasil pam kurang, mula rasa malas mengepam. Jangan begitu! Teruskan pam dan pam walaupun hanya angin yang keluar pada awalnya. Nak kurang susu memang mudah. Bila rasa stress, penat, berfikiran negatif, skip pam, mulalah susu berkurangan. tetapi nak naikkan kembali tu yang susah. Perlukan usaha cekal berterusan dan power pumping. So don’t give up!

Happy Breastfeeding!! 🙂

Anda berminat nak tahu, Vitamin apa yang si ibu ini ambil?? Sudah pastilah, supplemen cadangan yang sesuai untuk Ibu Menyusu, antaranya ialah;

  1. Alfalfa Complex
  2. Vitamin C
  3. Vita-Lea
  4. B Complex
  5. Ostematrix
  6. ESP

set ibu menyusu

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 187 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge