10 Perkara Jangan Lakukan Di Facebook

By | January 18, 2016

Siapa yang tak ada facebook? Rasa-rasanya, dalam Malaysia sahaja, mungkin hampir 90 peratus rakyat Malaysia yang memiliki facebook. Ada yang menggunakan facebook sebagai media untuk peribadi, ada yang guna facebook sebagai media untuk membuat bisnes dan tak kurang, ada yang menggunakan facebook sebagai media untuk menyebar dakwah.

Namun, dalam keghairan berkongsi maklumat di dalam facebook, mungkin kita tidak sedar, bahawa kita telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di facebook. Ini mungkin, apa yang di kongsi, boleh sahaja mengundang padah dan bahaya kepada individu itu sendiri.

 

dont share on fb

 

Jom kenal pasti 10 perkara yang tidak sepatutnya kita kongsikan di facebook. 🙂

1. Status mengatakan anda seorang diri di rumah atau kerja lebih masa di pejabat. Bukan itu saja, malah anda siap beritahu berapa lama anda berseorangan. Bahaya betul, manalah tahu ada seseorang sedang memerhati anda dan akan mengambil kesempatan selepas membaca status anda.

2. Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan sahaja anda bakal dituduh ‘suka menunjuk’, tanpa sedar anda juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya diketahui orang lain.

3. Upload gambar ‘terlampau’, walaupun hanya orang tertentu saja yang boleh melihatnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut.

4. Merungut perihal kerja walhal majikan anda juga ada dalam senarai teman anda di FB. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjaya anda.

5. Syok sendiri. Anda suka ‘like’ dan komen pada gambar atau status anda sendiri.

6. Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman FB kamu yang berlainan bangsa dan agama.

7. Katakan sesuatu yang belum pasti seperti ‘saya dapat kereta mewah bulan depan”, malangnya pihak bank tak luluskan pinjaman anda.

8. Status marah anda. Walau sedang ‘panas’, elak luahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa. Anda juga akan di lihat sebagai ‘minah baran’.

9. Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Anda memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tidak baik.

10. Jawapan telus. Apa sahaja yang ditanya, anda pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Anda mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial ya!.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 154 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge