7 Tips Memilih Cincin Pernikahan

By | January 15, 2016

Tiada pemberian yang lebih bernilai dan terbaik yang dapat mengabadikan kisah cinta uda dan dara, jika bukan cincin pernikahan. Mungkin ada yang mengambil ringan mengenai pemilihan cincin pernikahan, namun ada juga pasangan yang sangat menitik berat tentang nilai cincin perkahwinan.

Ada orang kata, sebuah cinta yang sejati perlu diakhiri dengan menyarungkan sebentuk cincin di jari manis si dara. Ini adalah sebagai tanda, betapa si uda sangat menyintai si dara dan ingin menyuntingnya sebagai isteri dan bakal ibu untuk anak-anak kelak.

Bestkan, walaupun bercinta baru beberapa bulan, si uda sudah berani memberi komitmen dalam hubungan yang terjalin. 🙂 Bila sudah merancang untuk berkahwin, sudah pastilah perkara yang paling utama di lakukan adalah acara memilih cincin. Dari cincin merisik sehinggalah cincin berkahwin.

Jika anda masih tercari-cari cincin perkahwinan yang bagaimana sesuai untuk anda dan pasangan, jom baca 7 tips memilih cincin perkahwinan yang bakal fatim kongsikan di bawah. 🙂

 

tips pilih cincin kahwin

 

Tips 1 : Ketahui Bajet Anda

Tetapkan bajet anda sebelum membeli cincin perkahwinan. Dengan menetapkan tanda aras bajet, perbelanjaan berkahwin akan lebih terkawal. Anda pasti boleh memiliki cincin idaman dengan nilai yang sepadan dengan kemampuan.

 

Tips 2 : Kenal pasti saiz jari

Kenal pasti saiz cincin yang sesuai untuk anda dan si dia. Sebaik-baiknya, kunjungilah dan pilih cincin idaman anda kira-kira lapan minggu sebelum tarikh perkahwinan. Ingat! Jari kita cenderung menjadi ‘kembang’ jika berada dalam cuaca atau suhu sekeliling yang panas. Ini bermakna, anda wajar hindari daripada memilih cincin yang agak ketat pada hari atau cuaca yang sejuk.

 

Tips 3 : Sesuaikan cincin kahwin dengan cincin bertunang

Cuba sesuaikan cincin perkahwinan yang bakal dibeli dengan cincin pertunangan yang sedang di pakai. Kedua-dua cincin sewajar ‘compliment’ dan saling melengkapkan apabila di sarung pada jari yang sama. Pilihan lain, pindahkan cincin pertunangan pada tangan kanan dan sarungkan cincin perkahwinan pada tangan kiri. Dengan cara ini, kedua-dua cincin lebih terserlah. Kilauannya lebih gemilang di kedua-dua belah tangan.

 

Tips 4 : Tentukan jenis metal cincin

Tentukan jenis metal yang anda inginkan. Cincin emas kuning, emas putih atau platinum?

Tips: Emas putih popular kerana ia mudah disuai padan dengan barang kemas jenis perak atau platinum. Platinum pula adalah jenis metal yang paling teguh kerana ia tidak dicampur dengan aloi. Amat sesuai untuk di padankan dengan berlian, tidak luntur atau berubah warna, bahkan terus bersinar dalam cahaya putih asli. Emas pula, lebih tulen kandungannya (tanpa aloi), maka lebih lembut buatannya.

 

Tips 5 : Cincin untuk pengantin lelaki

Jangan lupa, pengantin lelaki juga memerlukan sebentuk cincin perkahwinan. Sebaik-baiknya, pilih cincin daripada jenis metal yang serupa supaya sepadan dengan cincin pengantin perempuan. Pastikan potongan cincin untuk si dia lebih ringkas tetapi maskulin.

Oleh kerana lelaki muslim tidak boleh memakai perhiasan emas, maka cincin platinum bukan saja pilihan terbaik, bahkan ia akan menampilkan kesan mewah pada keseluruhan penampilan.

 

Tips 6: Ukir nama anda dan pasangan

Ukir nama anda dan pasangan pada bahagian dalam cincin perkahwinan yang telah diputuskan untuk dibeli. Atau, ukirkan tarikh perkahwinan. Tidaklah nanti, cik abang terlupa tarikh ulang tahun perkahwinan kalian. 🙂

 

Tips 7 : Cincin yang sepadan dengan personaliti

Pastikan anda memilih cincin yang paling sesuai dan berpadanan dengan personaliti dan gaya hidup anda. Ingat! Cincin perkahwinan akan tersarung di jari manis untuk sepanjang hayat perkahwinan anda bersama lelaki yang anda cintai. Jadi, buatlah pilihan terbaik. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 96 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge