12 Petua Mesti Cuba Sebelum Naik Pelamin

By | January 14, 2016

Assalamualaikum,

Tak sabar nak menunggu saat bahagia untuk di sandingkan bersama jejaka pilihan? 🙂

Lumrah sebagai seorang wanita, mesti ingin kelihatan cantik, lebih-lebih lagi pada hari bahagia untuk di sandingkan di atas pelamin.

Serlahkan aura kecantikan asli diri anda dengan berbekalkan petua tradisi. Sudah pasti, anda akan menjadi pengantin paling cantik nanti. 🙂

Namun, sebaik-baiknya, amalan ini mesti diteruskan walaupun sudah beranak pinak, sebab kecantikan seorang isteri adalah antara cara untuk mengikat hati suami. 🙂

 

12 petua seblum naik pelamin

 

1. Seri Wajah Pengantin

Untuk menaikkan seri muka, amalkan makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Mulakan dengan bacaan selawat dan surah Al-Fatihah. InshaAllah, wajah anda akan kelihatan berseri-seri di hari perkahwinan nanti.

bunga ros

2. Mencantikkan kuku tangan dan kaki

Letakkan lima hingga 10 keping asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam. Biarkan selama 15 minit dan rendamkan tangan atau kaki selama 20 hingga 30 minit. InshaAllah kuku anda akan kelihatan lebih bersih dan cantik.

khasiat-asam-gelugur-1

3. Memutih dan Mengilatkan gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Kemudian bakar sehingga menjadi abu. Gosokkan gigi dengan abu daun kelapa tersebut. Ulangi proses ini untuk dapatkan gigi yang lebih putih dan berkilat.

daun kelapa

4. Hilangkan lebam bawah mata

Lekap pada bawah mata dengan uncang teh yang telah digunakan. Biarkan semalaman dan lakukan tiga kali seminggu sebelum tidur.

teh-uncang

5. Merahkan bibir dan muka

Sapukan bibir dan muka dengan madu lebah asli setiap malam. Lakukan selama seminggu dan hasilnya, kulit muka dan bibir kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi.

madu lebah

6. Hilangkan daki pada kulit tubuh

Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki. Gosokkan juga pada bahagian pelipat seperti leher, pangkal paha dan bawah lengan. Lama-kelamaan, daki beransur hilang dan kulit tubuh lebih bersih.

hampas kelapa

7. Haluskan kulit kaki dan tangan

Sapukan minyak kelapa pada kaki atau tangan setiap malam. Biarkan selama 20 minit lalu gosokkan hampas kelapa pada kaki dan tangan. Selepas itu basuh bersih dengan air suam. InshaAllah hasilnya kulit kaki dan tangan lebih halus dan lembut.

minyak-kelapa-wom.my_

8. Mata bersinar

Basahkan kapas dan masukkan ke dalam air teh pekat yang sejuk. Kemudian, pejamkan mata dan letakkan kapas tersebut pada mata beberapa ketika. Amalkan beberapa kali dalam seminggu dan inshaAllah mata anda sentiasa segar dan bersinar.

 

9. Rambut selembut sutera

Jika anda bercadang membasuh rambut pada keesokkan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Selepas bangun tidur pada waktu pagi, syampu rambut dan bilas sampai bersih. Lap rambut sehingga hampir kering.

Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun untuk dijadikan perapi rambut. Jika anda berambut lurus, bolehlah di sikat terus. Tetapi,  jika anda memiliki rambut kerinting, seelok-eloknya, biarkan seketika dan kemudian barulah di sikat. Ia bertujuan mengelak hujung rambuy daripada putus dan bercabang.

minyak bijan

10. Kulit cerah dan licin

Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan ketika mandi. InshaAllah, kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.

Limau nipis juga membantu mengatasi masalah kelemumur, mencerahkan kulit tubuh, mengelakkan rambut daripada cepat beruban dan mengharumkan bau seluruh badan.

limau-nipis-rawatan-rambut-gugur

11. Kulit muka kembali bermaya

Tumbuk beberapa helai daun kobis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan satu camca besar madu asli. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam.

Hasilnya kulit wajah tegang, lembap, lembut, rasa lebih segar dan licin. Amalkan tiga hingga empat kali sebulan dan anda akan memiliki kulit wajah yang cantik bermaya

daun kobis

12. Mewangikan rambut

Ambir air perahan 10 helai daun panda wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan ke kepala. Biarkan beberapa ketika selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam. Ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

daun pandan

 

Jika ingin mencuba set kecantikan Shaklee pun boleh. Antaranya vitamin yang sesuai untuk bakal pengantin adalah set lengkap kecantkan kulit. 🙂

set kecantikan kulit

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 135 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge