4 Panduan Cantik Di Hari Bahagia

By | January 8, 2016

Assalamualaikum,

Walaupun sekolah sudah mulai bermula, fatim yakin, pasti masih ada pasangan yang merancang untuk berkahwin dalam musim persekolahan. Betul tak?

Setiap pengantin, pasti ingin kelihatan berseri, lebih berseri dari hari biasa. Lebih-lebih lagi pengantin perempuan, sudah pasti ingin kelihatan cantik pada hari persandingan nanti.

Jadi, fatim ingin kongsikan dengan anda, yang bakal bergelar pengantin baru ini, beberapa tips agar kelihatan cantik pada hari bahagia nanti. Insya Allah. 🙂

tips cantik masa kahwin

Tips 1

Serikan kulit dari dalam. Lima bulan sebelum hari bahagia, rajin-rajinkan diri anda untuk membuat jus tomato dan oren untuk diminum. Makan juga buah kiwi dengan banyak kerana vitamin C di dalam sebiji kiwi menyamai dua biji oren. Ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman tubuh anda.

kiwi

Tips 2

Rawat dan haluskan kulit. Tiada suami yang suka menyentuh kulit isteri yang keras dan kasar kematu, bukan? Apa kata cuba petua menghaluskan kulit ini sebelum hari bahagia. Kisar dan tumbuk lumat kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Gaul dengan madu lebah asli lalu gosoklah pada kulit. Tumpu pada bawah lengan, tengkuk, siku, abdomen dan seluruh kaki. Biarkan selama 20 minit kemudian, bilas dengan bersih.

images (2)

Tips 3

Senyuman pengantin karangan mutiara. Gigi anda kekuningan kerana terlalu banyak minum kopi dan teh? Ambil sebiji lemon segar. Sebelum  menggosok gigi, hiris lemon lalu gosoklah pada gigi anda. Lakukan sebulan sebelum anda di ijabkabul.

Lemon11

Tips 4

Pada hari persandingan, jangan biarkan kulit muka yang berminyak menjadi kenangan potret kahwin anda untuk 10 tahun lagi. Pastikan pengapit pengantin sentiasa membawa tisu pedap minyak kala menemani mempelai.

Selamat Berbahagia.

 

Tips ini juga berguna untuk bakal pengantin lelaki juga. Biarlah nampak sama cantik sama padan, di hari persandingan anda nanti. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge