Kolostrum: Cecair Kuning Pekat Penting Untuk Imunisasi Bayi

By | December 22, 2015

 

kolostrum

Pernah tak anda perasan, sebaik sahaja selepas anda bersalin, ketika anda memerah payudara anda, keluarnya cecair kuning yang meragukan hati anda, sehingga terdetik di hati,

“eh, kenapa susu ni warna lain yer… entah elok, entah tidak untuk di beri pada anak saya..?”

” kenaper susu ni, bukan warna putih yer….?”

Malahan, ia disusuli oleh wanita yg menjaga anda semasa itu, menasihatkan anda untuk membuang susu tersebut, dan memberitahu bahawa ia adalah susu basi?

Adakah anda percaya dengan nasihat penjaga anda masa tu, dan terus membuang tanpa berfikir panjang?

Fatim pasti, walaupun bukan semua para ibu, pasti ada yang mengalami situasi di atas..

Tahukah anda, cecair tersebut di panggil sebagai kolostrum? Kolostrum ini adalah susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan 3 hari pertama selepas kelahiran bayinya..

Kolostrum ini merupakan cecair yang istimewa & mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi anda yang masih lemah & baru mengenal dunia… Ia mengandungi beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi susu formula..

Sifat-sifat Kolostrum

-> Sangat kaya dengan antibodi

-> Terdapat banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak

-> Bersifat laksatif & dapat memudahkan pembuangan air besar bayi

-> Mengandungi pelbagai faktor pertumbuhan dan ia amat kaya dengan vitamin A

Kepentingan Kolostrum

-> Dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan

-> Oleh kerana ia bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan faktor utama terjadinya jaundis

-> Ia membantu mematangkan usus dan dapat mengurangkan risiko alergi

-> Dapat mengurangkan kesan penyakit

-> Kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi

-> Mengandungi protein yg dinamakan Sekretori Immunoglubulin A (SIg A), berfungsi sebagai antibodi

Jadi, jika anda sedang hamil sekarang, dan bakal bersalin tak lama lagi, anda perlu pastikan bahawa bayi anda di beri kolostrum ini, k… 🙂

Berikan nutrisi yang terbaik untuk si manja anda…. Sihat Hari Ini…Bijak Masa Depan…


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge