Kenali Punca Sakit Kuning Pada Bayi Baru Lahir

By | December 22, 2015

Assalamualaikum,

Siapa lah yang tak pernah dengar nama jaundis atau sakit kuning yang sangat popular di kalangan bayi yang baru lahir. Even anak fatim sendiri, iaitu Nur Aisya, terpaksa melalui pemeriksaan sakit kuning, hampir sebulan lebih. Baby aisya lahir pertengahan Nov, dan terpaksa di tahan dalam wad dua kali, sebab bacaan kuning melebihi 12.

Sangatlah tidak selesa, bila terpaksa berpantang di hospital, tetapi apakan daya. Pernah juga fatim terfikir, apakah sebenarnya punca sakit kuning baby aisya terlalu lama, sehingga lebih dari sebulan, barulah bacaan kuningnya mencapai bacaan sb=5. Adakah silap fatim sendiri, sebab makan masa mengandung tak di kawal. 🙂

Berbanding dengan anak fatim, sebelum ini, paling lama pun cuma 2 minggu. Mungkinkah sebab baby aisya lahir awal, iaitu masa kandungan masuk 37 minggu, baby aisya dah dilahirkan.. hehe..

Memandangkan masih ramai lagi sahabat fatim yang masih mengandung dan bakal bersalin tak lama lagi, jadi fatim ingin berkongsi dengan rakan semua, mengenai punca jaundis. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. 🙂

Maklumat ini, fatim dapat dari majalah pama. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum tahu. Jadi, tak salahkan kalau nak share untuk semua, lebih-lebih lagi ibu muda yang bakal bersalin tak lama lagi. 🙂

baby jaundis

Menurut pakar pediatrik, Dr. Roliza, Jaundis atau penyakit kuning di kalangan bayi selalunya disebabkan oleh paras bilirubin yang tinggi di dalam darah. Bilirubin di dalam darah selalunya dikumuhkan atau dikeluarkan dari darah oleh hati dan juga sedikit melalui usus kita.

Bilirubin yang tinggi di dalam darah bayi ini disebabkan oleh hati yang belum matang sepenuhnya walaupun mereka dilahirkan cukup bulan.

Rawatan bagi jaundis adalah meletakkan bayi di bawah lampu phototherapy. Namun begitu tiada rawatan spesifik untuk mencegah bayi daripada terkena penyakit kuning ini.

Salah satu satu cara untuk menghindarkan bayi daripada terkena penyakit kuning adalah dengan memastikan bahawa bayi diberi susu dengan secukupnya supaya bayi buang air besar dengan kerap.

Jika salah seorang daripada bayi atau ibu mempunyai kumpulan darah O manakala yang seorang lagi berkumpulan darah jenis A atau B, ini boleh menyebabkan ketidakserasian antara darah mereka dan ini boleh menyebabkan paras kuning yang sangat tinggi.

Faktor pemakanan ibu semasa hamil tidak mempengaruhi penyakit jaundis ini. 🙂

Ingin berpantang dengan set pantang Shaklee? jangan segan-segan untuk menghubungi fatim, k. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 321 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge