Kenali Jenis Induce Bagi Merangsang Kelahiran Secara Normal

By | December 10, 2015

Assalamualaikum,

Bila bercerita pasal induce, terus fatim teringat pengalaman bersalin anak ketiga. Bersalin anak ketiga ini memberi banyak pengalaman baru kepada diri fatim sendiri. Biasalahkan, ini adalah kali pertama fatim diberikan ‘drip induce’, yang bermaksud induce yang diberi melalui saluran darah, yang berbentuk cecair.

Biasanya, kita dengar induce yang jenis pil kan? Kalau yang jenis pil ni, biasanya ibu hamil akan dibenarkan untuk baring atas katil sendiri, dan berpeluang untuk berjalan-jalan, bagi mengurangkan rasa sakit kontraksi.

Berbanding ‘drip induce’, ia biasanya diberikan selepas ibu hamil di masukkan di dalam bilik bersalin. Sepanjang proses induce ini, si ibu akan di pasangkan dengan CTG, pada bahagian perut, bagi mengesan degupan jantung bayi dan mengesan kadar sakit kontraksi.

Kalau Fatim hari tu, hampir pukul 7 pagi, dimasukkan ke dalam bilik bersalin untuk proses memecahkan air ketuban dan di masukkan ‘induce’. Pada masa tu, bukaan rahim dah 5 cm, tapi sakit kontraksi berhenti tiba-tiba. Kepala bayi pun masih ‘floating’ . Alhamdulillah, selepas menahan sakit kontraksi hampir 3 jam, akhirnya fatim selamat melahirkan bayi perempuan.

Sakitnya kontraksi akibat induce adalah lebih perit, berbanding sakit kontraksi yang normal. huuhuu..

Bagi ibu-ibu hamil yang bakal bersalin tak lama lagi, jom kenali 4 jenis induce yang kerap di gunakan di hospital, 🙂

Jenis induce

 

1. Membrane sweep

  • Biasanya kaedah ini di tawarkan jika usia kehamilan melebihi 40 minggu.
  • Risiko: Ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan jika serviks sukar di capai.

2. Prostaglandin

  • Ia merupakan hormon perangsang untuk kontraksi rahim.
  • Doktor akan memasukkan tablet, pessary atau gel yang mengandungi prostaglandin ke dalam faraj untuk melonggarkan serviks.
  • Anda mungkin memerlukan dos kedua sama ada tablet atau gel selepas 6 jam, jika proses kelahiran belum bermula.
  • Pessary melepaskan prostaglandin secara perlahan-lahan sepanjang tempoh 24 jam.
  • Risiko: Kaedah ini boleh menyebabkan rahim terlebih rangsangan. Jika ini berlaku, ia boleh mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan rahim pecah.

3. Memecahkan Ketuban

  • Dengan memecahkan ketuban, ia diharapkan dapat mempercepatkan proses kelahiran.
  • Risiko: Kadang-kala, kaedah ini kurang memberikan kesan yang positif. Apabila kantung ketuban pecah, bayi dalam kandungan terdedah pada risiko jangkitan kuman.  Jika hal ini berlaku, doktor mungkin terpaksa memberi anda antibiotik bagi mengelakkan ia berlaku.

4. Syntocinon

  • Suntikan syntocinon mengandungi versi hormon oksitosin. Ia bertindak sama seperti hormon oksitosin yang semulajadi.
  • Ia diberi sebagai drip yang disuntik ke dalam saluran darah.
  • Oksitosin sintetik digunakan dalam proses induce sama ada dalam keadaan di mana anda belum mengalami kontraksi mahupun untu merangsang kontraksi menjadi lebih kuat, agar dapat membantu kelahiran bayi dengan selamat.
  • Selepas bayi dilahirkan, syntocinon mungkin akan diberi bari merangsang pengeluaran plasenta, sekaligus menghalang pendarahan yang berlebihan.
  • Risiko: Ia menyebabkan kontraksi anda menjadi kuat dan menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami tekanan.

.:. Di dalam setiap kes proses bersalin yang menggunakan bantuan proses induce, keberhasilannya boleh mencapai tahap kejayaan antara 90 hingga 95 peratus. Jadi jangan risau k 😉

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 2,251 times, 1 visits today)

One thought on “Kenali Jenis Induce Bagi Merangsang Kelahiran Secara Normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge