Atasi Masalah Alahan Dengan Cara Semulajadi

By | December 8, 2015

Salam ceria semua …

Hari ni nak sembang pasal alahan pulak, k … 🙂

jenis alahan

Alahan

‘Alahan’ bermaksud ‘perubahan aktiviti’. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk.

Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Signs_and_symptoms_of_anaphylaxis

Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan Anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Penyebab 

1. Tumbuh-tumbuhan.

2. Makanan.

3. Ubat-ubatan.

4. Debunga.

5. Sengatan lebah.

6. Gigitan.

Alahan Rhinitis (demam alahan) 

alahan rhinitis

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk.

Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala

1. Penghasilan mukus (lendir).

2. Gatal-gatal di :

  • Tekak
  • Hidung
  • Mulut
  • Mata
  • Kulit

3. Batuk.

4. Sakit kepala.

5. Hidung berair/Bersin.

6. Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan

  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.
    Pengurusan sendiri
  • Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.
  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

  • Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
    • Intolerans terhadap makanan.
    • Sindrom gangguan usus.
    • Tekanan fizikal.
    • Keracunan makanan.

Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala

  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.

Pengurusan sendiri

  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi Anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan

nsaid-pain-medication

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala

  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:

  • Penyumbatan rongga hidung.
  • Sukar bernafas.
  • Batuk.
  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
  • Pening.
  • Keliru.
  • Sakit/kekejangan otot abdomen.
  • Loya, muntah.
  • Cirit-birit.

Set Cadangan Untuk Masalah Alahan

Set sakit alahan

Fungsi vitamin yang ada di dalam set alahan

1. Alfalfa Complex
  • mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
  • ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari ekzema, resdung, alergi dan gegata
  • Pesakit SLE tidak digalakkan  mengambil suplemen

2. B Complex

  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
  • membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  • membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

3. Sustained Release Vita-C Plus

  • bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
  • menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
  • membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • meningkatkan fungsi T-Cell dan macrophage (fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
  • meningkatkan oksigenasi pada tissue-tissue dalam tubuh badan
  • meningkatkan penyembuhan tissue

4. Energizing Soy Protein

  • membantu meningkatkan imunisasi badan
  • membantu memberi tenaga segera pada tubuh

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 313 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge