Ketahui Bagaimana Koyakan Dan Episiotomi Berlaku Semasa Bersalin

By | December 3, 2015

Assalamualaikum semua,

Lama rasanya fatim senyap dan tak update blog. Maklumlah masih berada dalam mood berpantang. hehe..

Alhamdulillah, pada 12 Nov, fatim selamat melahirkan seorang puteri dan dinamakan dengan nama Nur Aisya Humaira. 🙂

Hari ni, fatim ingin berkongsi dengan bakal-bakal ibu yang masih muda di luar sana, mungkin yang belum ada pengalaman bersalin, mengenai koyakan serta episiotomi semasa bersalin. Bagi yang dah pernah bersalin, mungkin istilah koyakan dan episiotomi, tidak lagi asing. Bahkan pengalaman menjaga jahitan semasa berpantang masih lagi terbayang-bayang kot. heehe..

Macam fatim sendiri, biarpun dah bersalin anak ketiga, tetap berlaku koyakan semasa bersalin. huhu.. Nak jaga semasa berpantang tu yang agak mencabar sikit. hehe..

Mesti ramai bakal ibu tertanya-tanya, kenapa koyakan dan episiotomi ini boleh berlaku semasa bersalin. Bolehkah ia di elakkan? Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca sampai habis, k. 🙂

koyakan & episiotomi semasa bersalin

Apakah Itu Koyakan?

Ia adalah merujuk kepada pembukaan faraj yang tidak dapat meregang dengan secukupnya untuk menampung kepala bayi, terutama sekali semasa kehamilan yang pertama.

Ini bermakna, apabila kepala bayi menolak ke peringkat kedua  bersalin, ia akan terkoyak. Koyakan sehingga bahagian belakang laluan adalah sangat umum akan tetapi koyakan sehingga bahagian ke hadapan kadang kala sangat menyakitkan.

Peringkat Koyakan Yang Perlu Anda Ketahui

1. Peringkat pertama: Ianya adalah paling kurang sakit dan di bahagian luar sahaja

2. Peringkat kedua: Koyakan yang termasuk kulit dan otot pada faraj dan bahagian yang berada di dalamnya

3. Peringkat ketiga: Ia adalah koyakan pada bahagian belakang laluan dan perlu di jahit oleh doktor senior.

Apakah itu Episiotomi?

Guntingan dengan sedikit pada bahagian pada pembukaan faraj, untuk meluaskan permukaan faraj, agar mempunyai lebih ruang untuk mengeluarkan bayi. Sesetengah hospital akan melakukan episiotomi secara rutin berbanding hospital lain.

Tips Elakkan Koyakan Dan Episiotomi?

Tidak ada cara yang tertentu untuk mengelakkan koyakan & Episiotomi, tetapi anda boleh mencuba beberapa tips di bawah.

  • Cuba untuk menenangkan lantai pelvik anda semasa waktu bersalin dengan melakukan senaman lantai pelvik
  • Berada di dalam posisi yang betul semasa bersalin
  • Cuba untuk menolak selama yang mungkin supaya ia dapat memberikan masa untuk badan meregang
  • Anda boleh cuba meletakkan flanel panas pada perineum anda semasa kelahiran
  • Mengurut bahagian perineum dengan krim atau minyak semasa kehamilan, boleh menolong melembutkan bahagian perineum dan membantu untuk meregang dengan  lebih mudah semasa bersalin

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 438 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge