Pentingnya Nutrisi Yang Cukup Semasa Hamil

By | November 26, 2015

Menghadapi saat-saat bakal bergelar ibu adalah saat yang paling mendebarkan. Pelbagai perasaan bercampur baur, antara gembira, excited, serta rasa bimbang.. Ini semua adalah di sebabkan oleh pengaruh oleh perubahan hormon bagi seorang wanita yang hamil. Kadang-kala, ibu hamil ini akan menjadi lebih sensitif, cepat terluka hatinya, jika dia tidak mendapat perhatian daripada pasangannya.

Bagi wanita yang hamil, ada satu perkara biasa, jika sering berasa mual dan keinginan untuk makan menjadi kurang. Ini adalah disebabkan timbul rasa di hati, kerana bimbang, apa yang masuk kedalam perut, akan keluar semuanya, di sebabkan muntah yang teruk. Adalah sangat penting, bagi si ibu untuk mengambil nutrisi yang mencukupi untuk si ibu dan bayi didalam kandungan.

nutrisi penting untuk ibu hamil

Antara nutrisi yang penting adalah :

1. Asid Folik
  • Kebiasaannya, anda akan dibekalkan oleh doktor yang merawat anda semasa mengandung, dengan asid folik dan pelbagai lagi vitamin tambahan. Ini adalah kerana, kehadiran asid folik adalah sangat penting untuk perkembangan bayi anda.
  • Asid folik merupakan salah satu unsur Vitamin B. Ia berfungsi untuk mengelakkan berlakunya kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
  • Oleh sebab itu, pengambilan asid folik semasa hamil adalah sangat penting, lebih-lebih lagi, pada saat kandungan anda mencecah 12 minggu pertama.
  • Pada saat ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Kehadiran Asid Folik adalah perlu untuk pemprosesan ini.
  • Asid folik boleh di dapati melalui pengambilan vitamin, supplemen ataupun pengambilan makanan yang mengandungi asid folik seperti bayam, kacang buncis, kacang panjang, soya, kekacang dan jus.
2. Zat Besi
  • Zat besi sangat penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan di samping bertujuan untuk mencegah anemia.
  • Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil, kerana jumlah keperluan Hb atau hemoglobin meningkat semasa mengandung, terutamanya ketika kandungan anda mencecah trimester dua terakhir.
  • Zat besi ini boleh diperolehi daripada vitamin, supplemen atau melalui pengambilan makanan seperti daging, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.
3. Kalsium
  • Pengambilan kalsium lebih daripada kadar biasa, adalah sangat perlu bagi wanita mengandung, kerana ia membantu si ibu daripada rasa kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan.
  • Malahan, kalsium juga turut membantu si ibu daripada penyakit darah tinggi.
  • Oleh sebab itu, adalah penting bagi si ibu untuk memastikannya mendapat kalsium yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.
  • Sumber bagi kalsium boleh di perolehi daripada vitamin atau supplemen.
4. DHA
  • DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak janin.
  • DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi semenjak masih di dalam kandungan.
  • Pada trimester terakhir, adalah saat-saat penting untuk si ibu mendapatkan DHA yang mencukupi, bagi membantu perkembangan minda yang elok untuk bayi.
  • DHA boleh diperolehi daripada sumber vitamin, supplemen atau pengambilan makanan seperti minyak ikan, telur ikan, sardin dan salmon. Ini kerana, dipercayai bahawa kandungan omega yang banyak terdapat di dalam ikan sardin dan salmon
5. Air
  • Wanita mengandung di galakkan untuk mengambil air masak sekurang-kurangnya sebanyak 10 gelas setiap hari. Sebagai tambahan, anda mungkin boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan pelbagai lagi cecair yang lain.

Percaya tak anda, semua nutrisi penting yang telah saya kongsikan bersama anda di atas, semuanya terdapat di dalam supplemen Shaklee???

Bagi wanita mengandung, supplemen Shaklee yang boleh di syorkan adalah seperti

 

vitamin ibu hamil

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 92 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Pentingnya Nutrisi Yang Cukup Semasa Hamil

  1. Pingback: Jangan Ambil Mudah Jika Bacaan HB Rendah Semasa Hamil | Diari Fatimah

  2. Pingback: Ketahui Kenapa Ibu Hamil Mesti Ambil Protein Semasa Hamil | Diari Fatimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge