9 Tips Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Kehamilan

By | November 9, 2015

Assalamualaikum,

Setiap ibu hamil pasti akan mengalami pelbagai masalah semasa hamil. Antara banyak-banyak masalah yang biasa di alami oleh ibu hamil, fatim nak kongsikan 9 jenis masalah biasa yang di alami serta tips-tips untuk mengatasinya. 🙂

tips atasi masalah hamil

 

1. Mabuk Hamil

morning-sickness-cartoon

Terdapat teori menyatakan bahawa mabuk hamill adalah cara untuk badan melindungi bayi daripada toksin dan bakteria semasa tempoh perkembangan yang kritikal.

Tips Untuk Kurangkan Mabuk Hamil

  • Terdapat kajian menunjukkan bahawa dengan menekan bahagian akupuntur yang dikenali sebagai pericardium six  boleh mengurangkan rasa loya. Cuba tekan pada bahagian ini selama 10 minit, dan ulang 4 kali sehari.
  • Halia dapat membantu meningkatkan cecair penghadaman dan boleh meneutralkan asid di dalam perut. Makanlah biskut halia atau teh halia untuk mengurangkan rasa mual.

halia

  • Biskut atau bubur juga boleh mengurangkan rasa loya. Cuba untuk makan dalam kandungan yang sedikit tetapi kerap.

2. Kepenatan atau Keletihan

atasi letih ketika hamil

Semasa hamil, badan akan lebih cepat penat kerana ibu hamil terpaksa membawa berat tambahan. Bahkan masalah sukar tidur pada waktu malam, membuatkan ibu hamil cepat penat. Jika si ibu mengalami masalah anemia, akibat kekurangan zat besi dalam darah, juga boleh menyumbang kepada badan cepat lesu.

Tips Untuk Atasi Kepenatan atau Keletihan

  • Cuba untuk tidur selama 20 minit pada waktu siang, dan ia adalah lebih elok berbanding tidur yang berjam-jam.
  • Watercress bukan sahaja sedap, malah ianya kaya dengan sumber zat besi. Anda juga boleh mencuba makanan lain yang kaya dengan zat besi.

Watercress-Pic1

3. Lemah Pundi Kencing

Hormon kehamilan boleh menyebabkan otot pada uterus menjadi lambat yang menyebabkan kelemahan pada lantai pelvik. Tambahan pula, kepala bayi yang berpusing ke bawah semasa trimester ketiga, turut menambahkan masalah ini.

Tips Untuk Atasi Lemah Pundi Kencing

  • Amalkan senaman pelvik bagi membantu mengatasi masalah lemah pundi kencing. Bayangkan anda sedang cuba untuk menahan diri anda daripada terkencing. Fokus dengan menaikkan otot anda ke atas dan tahan selama 20 saat dan kemudian lepaskan. Ulangkan sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali sehari.
  • Minum lebih banyak cecair boleh mengurangkan pengekalan air dan mengurangkan bengkak dalam badan anda. Jangan hadkan pengambilan cecair kerana ia boleh menyebabkan kapasiti pundi kencing untuk mengecil. Elakkan teh, kopi dan minuman bikarbonat kerana ia boleh menyebabkan keradangan pundi kencing.

kopi

  • Jika anda masih mengalami masalah lemah pundi kencing pada trimester ketiga, pakailah panty liner. Ini merupakan jalan penyelesaian untuk sementara waktu bagi beberapa minggu terakhir sebelum bersalin.

4. Sembelit dan Buasir

sembelit

Tahap hormon progesteron yang tinggi semasa hamil boleh mengurangkan pergerakan usus anda. Ini boleh menyebabkan masalah sembelit dan buasir. Buasir juga boleh berlaku akibat tekanan daripada bayi di dalam rahim.

Tips Untuk Atasi Sembelit dan Buasir

  • Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat larut seperti oat, kekacang dan bijian. Biji rami dan benih psilium yang boleh didapati di pasaraya boleh membantu melembutkan bahan buangan anda.
  • Banyakkan minum air putih bagi mengurangkan masalah sembelit. Minuman panas dengan lemon sebelum sarapan pagi, dapat membantu masalah sembelit.
  • Makanan yang kaya dengan vitamin C boleh membantu menguatkan urat anda dan menghalang daripada buasir. Pastikan anda mengambil vitamin C dalam diet anda harian anda, kerana vitamin C bersifat larut air, di mana ia mudah disingkirkan oleh tubuh melalui peluh serta air kencing.
  • Bagi mengatasi masalah buasir, cubalah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan serta preskripsi untuk krim buasir.
  • Pengambilan 4 caplets ostematrix Shaklee setiap hari, juga boleh membantu mengurangkan masalah sembelit semasa kehamilan dan berpantang.

Ostematrix shaklee

5. Gusi Berdarah

gusi berdarah

Semasa hamil, biasanya gusi akan menebal dan lembut, kerana berlakunya perubahan hormon. Ini boleh menyebabkan berlakunya pendarahan atau keradangan gusi.

Tips Untuk Atasi Gusi Berdarah

  • Rendam teh camomile selama 15 minit di dalam air panas dan hirup tiga kali sekali atau gunakan ia sebagai pencuci mulut. Ia boleh membantu meredakan masalah gusi berdarah.
  • Dapatkan rawatan daripada doktor gigi. Amalkan flos gigi 2 kali sehari, dapat menjadikan mulut lebih sihat.
  • Amalkan pengambilan supplemen vitamin C atau makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk mengekalkan gusi yang sihat.

6. Pedih Ulu Hati

pedih ulu hati

Hampir 80 peratus ibu hamil menderita akibat pedih ulu hati. Hormon kehamilan menyebabkan injap pada kemasukan perut untuk kekal terbuka, oleh itu cecair di dalam perut akan terkeluar ke atas esofagus, yang menyebabkan timbul rasa asid terbakar di dalam kerongkong anda.

Tips Untuk Pedih Ulu Hati

  • Rehatkan perut anda di antara jam 7.00 malam dan 9.00 malam. Cuba amalkan pengambilan makanan hidangan yang ringan pada jam 6.00 malam dan hidangan snek ringan pada jam 9.00 malam. Jika tidak, cuba amalkan pengambilan hidangan yang kecil pada waktu siang. Makan sikit tetapi kerap.
  • Teh daun pudina dapat membantu mengurangkan pedih ulu hati.
  • Terdapat sesetengah ibu hamil mengamalkan pengambilan susu, bagi mengurangkan masalah pedih ulu hati. Ini kerana, susu dapat membantu meneutralkan asid perut anda. Boleh amalkan minum susu, sebelum tidur pada setiap malam.

susu

  • Untuk ibu hamil, biasanya doktor akan memberikan ubat antasid, bagi membantu meneutralkan asid perut semasa hamil. Elakkan membeli sendiri di farmasi. Pastikan anda mendapat kebenaran daripada doktor, sebelum anda mengambil ubat antasid.

7. Kekurangan Tidur

Pada awal kehamilan, masalah kurang tidur mungkin disebabkan oleh rasa loya atau lapar. Semakin meningkat usia kandungan, pelbagai masalah lain seperti pedih ulu hati, kejang kaki dan kerap ke tandas, boleh membuatkan anda kurang tidur.

Tips Untuk Atasi Kekurangan Tidur

  • Semburlah wangian lavender di dalam bilik tidur anda. Ia membantu memberi ketenangan pada diri anda, agar dapat tidur dengan lena.

lavender

  • Pengambilan supplemen B Complex atau makanan yang kaya dengan vitamin B, boleh membantu mengatasi masalah insomnia semasa hamil. Antaranya ialah bijian, kekacang dan sayuran berdaun hijau seperti kobis dan bayam.
  • Lakukan senaman di waktu siang, agar anda mudah rasa penat dan ia boleh membuatkan jadi mengantuk. Senaman yang boleh anda lakukan semasa hamil antaranya, berenang, berjalan serta yoga.
  • Cuba lakukan rutin yang memberi ketenangan pada minda anda, seperti mendengar muzik, berendam di dalam air suam, minum segelas susu, sebelum anda masuk tidur.

8. Kegatalan Pada Perut

stretch-marks

Kulit yang gatal adalah perkara biasa berlaku semasa hamil, terutamanya sekali pada perut apabila perut anda meregang dan kering. Dalam kes yang jarang berlaku, kegatalan adalah disebabkan oleh obstetrik cholestasis, penyakit hati yang boleh menyebabkan stillbirth. Dapatkan rawatan doktor, jika anda mengalami masalah kegatalan yang teruk.

Tips Untuk Atasi Kegatalan Pada Perut

  • Makan lebih makanan yang kaya dengan vitamin B6 seperti avocado, kentang serta kacang gajus bagi menolong melegakan kegatalan.
  • Sapukan krim pelembap pada bahagian perut. Kegatalan boleh menjadi lebih teruk disebabkan oleh kekeringan. Jadi, pastikan kulit anda sentiasa lembap dengan menggunakan krim pelembap. Boleh juga sapukan dengan minyak zaitun atau VCO.

minyak zaitun

9. Payudara Bengkak

ciri-hamil-perubahan-payudara1

Hormon anda sedang bersedia untuk menolong payudara anda untuk menyusu dan ia selalunya akan menjadi mudah terasa sakit dan bengkak.

Tips Untuk Atasi Payudara Bengkak

  • Belilah coli sokongan yang sesuai dan elakkan daripada membeli jenis yang berwayar, kerana ia boleh mengganggu duktus susu anda.
  • Pakailah coli semasa tidur, bagi membantu memberikan sokongan pada waktu malam dan memberikan keselesaan semasa tidur.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 585 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge