10 Tips Kecantikan Untuk Miliki Kulit Gebu Dan Cerah Menawan

By | October 17, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. 🙂


Masih lagi tercari-cari petua untuk mencantikkan kulit? Bagi yang ada masalah kulit atas sebab-sebab tertentu, mesti lagi stress kan.. 


Yelah, dulu kulit gebu, sekali jerawat singgah, bukannya sikit.. Datangnya banyak dengan cara tiba-tiba. Mesti rasa kesal sebab dah tersalah pilih produk sampai membuatkan kulit yang gebu menjadi menggerutu. 


Samalah dengan perkongsian si cantik manis di dalam video ini. Nak tahu apa yang dia buat selepas menderita akibat tersalah pilih produk tak? Bukan sekejap tau, dia merasa sengsara akibat kulit muka yang rosak. 


Kesian juga bila dengar dia bercerita. Cuma orang yang mengalami sahaja tau, bagaimana rasanya bila kulit wajah teruk terlalu lama. 


Mesti pembaca semua tak sabar kan, nak dengar perkongsian beliau. Perkongsian yang di kongsikan dalam video tak sampai dua minit ni, memang best tau. 🙂

 

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.



Bagi yang ada masalah kulit teruk akibat kesan chicken pox yang menyerang di saat usia dewasa, janganlah risau, k. Sebab ada seorang kakak ni, dia pun kena chicken pox tau, masa umur dah beranak pinak lagi tu. Kalau zaman budak-budak, tak lah segan sangat kan.. Tapi, bila dah berusia ni, kena pulak dengan chicken pox, yang parutnya hitam-hitam tu, memang susah nak hilang.. huhuu.. memang haru.. 


Tapi kan, dia ni ada rahsia untuk kembalikan keceriaan dan kecantikan kulit. Sampaikan parut yang hitam tu pun hilang. Best kan? Nak tahu apa yang dia guna untuk hilangkan parut hodoh akibat chicken pox? Jom tonton video ni. Best… 🙂

 

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Sebagai wanita, anda pasti suka pada kulit wajah yang cantik menawan. Malahan, ada yang sangat menitikberat kecantikan tubuh badan. Jadi, saya ingin berkongsi bersama anda, mengenai petua kecantikan kulit & wajah.

Petua #1

Masalah jerawat – Jerawat dan jeragat memang ditakuti terutamanya kepada golongan wanita. Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campurkan dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan 2 kali seminggu.

 

Petua #2

Segarkan kulit muka – Jus epal hijau yang diperah. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

 

Petua #3

Hilangkan tanda hitam pada badan – Ambil beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari.

 

Petua #4

Kulit cerah dan licin – Sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan setiap hari.

 

Petua #5

Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

 

Petua #6

Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan  biar sehingga kering. Bilas dengan air.

 

Petua #7

Merawat kulit berkedut – Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.

 

Petua #8

Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.

 

Petua #9

Masalah Kulit berkedut – Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa 2 minggu.

limau-nipis-rawatan-rambut-gugur

 

Petua #10

Hilangkan parut demam campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk di minum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

Mudah kan petua ni? 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 97 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge