6 Petua Mencantikkan Kulit

By | October 9, 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.. 🙂

Sebagai seorang wanita, menjadi jelitawan, cantik & rupawan adalah satu idaman.. Tidak kira samada ada yang inginkan hidung yang mancung, pipi yang mulus licin, putih melepak, hatta, kalau ketinggian itu dapat di tambah, pasti memiliki betis panjang persis model, menjadi idaman..

Namun begitu, tidak semua yang bertuah, yang lahir sahaja terus mendapat semua ini, hidung mancung, kulit cerah, kulit wajah yang licin dan mulus tanpa jerawat, tinggi yang seperti model.. Sebagai seorang insan, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang, kerana apa yang kita miliki sekarang, adalah lebih baik daripada ia berkeadaan yang tidak elok, seperti cacat.

Pagi ini, sebagai seorang wanita, fatim memang suka untuk berkongsi rahsia atau petua untuk menjaga kecantikan wajah. Tapi, anda perlu ingat, kecantikan wajah bukan setakat pada luaran, tetapi kena ada kecantikan dalaman.

tips kecantikan 3

 

Maksudnya, biar wajah nampak cantik sepadan dengan tingkah laku yang sopan dan molek sebagai seorang wanita. Biar wajah cantik, tapi nampak kusam.. Wajah yang nampak tidak bermaya, menunjukkan anda perlu melakukan sesuatu, agar kecantikan anda sentiasa terserlah..

PETUA MENCANTIKKAN WAJAH

1-Banyak Minum Air

Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2- Sentiasa Bersenam

Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3- Jangan Merokok

Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4- Tidur Yang Mencukupi

Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5- Rehatkan Kulit Muka

Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.

6- Makan Jangan Berlebihan

Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.

Jom kita sama-sama amalkan. Mungkin tip nampak macam sikit, tapi, kita perlu renungkan, adakah kita ada mengamalkannya dalam kehidupan seharian? Tepuk dada tanya diri sendiri, ada atau tidak ada kita melakukannya..

Kalau ada, alhamdulillah.. Ia menunjukkan anda memang seorang sentiasa berusaha untuk menjaga kecantikan diri dan peribadi anda..

InsyaAllah, kalau fatim ada menjumpai tip-tip lain, yang boleh membantu demi kesihatan dan kecantikan diri kita, fatim akan kongsikan bersama anda, k. 🙂

Pernah dengar tak tentang set kecantikan Shaklee Terbaik?

Anda pernah mencuba suplemen Shaklee bagi kecantikan diri dan kulit anda? Jika anda ingin mencuba, anda boleh hubungi fatim, untuk maklumat lanjut. 🙂

Antara supplemen yang terdapat di dalam Supplemen Cadangan Untuk Kecantikan, adalah,

set kecantikan kulit

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

 

6e22b-setd-esp

 

Kecantikan-Lelaki

 

testimoni set kecantikan 7

 

testimonial esp & Set D

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

 

 

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge