5 Tips Tingkatkan Kesuburan Isteri

By | October 7, 2015

Memiliki anak adalah satu anugerah yang sangat terindah bagi setiap pasangan, tidak kira mereka yang baru berkahwin atau sudah lama berkahwin. Namun begitu, terdapat juga yang pasangan yang sudah lama berkahwin, tapi masih belum mendapat cahaya mata.

Seringkali, bila berlaku lewatnya mendapat anak, terdapat pasangan yang akan mengesyaki pasangan masing-masing yang mandul. Sebenarnya, kemandulan boleh berlaku, tidak kira suami atau isteri. Namun, kerap kali masyarakat akan memandang, seolah-olah hanya wanita yang bermasalah dalam hal kesuburan. Kesian perempuan..

Bagi pasangan yang belum mendapat anak, mungkin kita boleh lihat, beberapa langkah yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan si isteri.

tips tingkatkan kesuburan isteri

1. Jaga berat badan

Jika seorang wanita itu terlalu kurus atau terlalu gemuk, ia juga boleh menimbulkan gangguan proses ovulasi. Wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak sehingga 17 hingga 21 peratus agar mendapat kitaran ovulasi secara teratur. Bagi wanita yang kurus atau terlalu gemuk, kitaran haidnya tidak teratur dapat menjadi lebih teratur dan subur jika mendapat berat badan ia sesuai.

2. Pilih makanan organik

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa insektisida dan pestisida memberi pengaruh negatif terhadap hormon progesteron. Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menumbuhkan dan mematangkan sel telur serta menyediakan rahim wanita untuk hamil. Tanpa hormon progesteron, kehamilan sukar untuk berlaku.

3. Perbaiki pola makan

Kekurangan vitamin dan mineral di dalam badan turut mempengaruhi tahap kesuburan wanita. Vitamin yang penting dalam tubuh adalah seperti Vitamin C, E dan B-Complex (terutamanya B6) adalah sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan fungsi hormon.

Adalah digalakkan agar mengambil buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta biji-bijian yang mengandungi lemak asas seperti kacang tanah.

Makanlah dengan pola makan yang seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemaknya. Makanan yang tidak seimbang, misalnya terlalu banyak lemak, boleh menganggu keseimbangan hormon tubuh.

4. Kurangkan Stress

Beban fikiran yang boleh menimbulkan rasa stress perlu dikurangkan dengan melakukan banyak aktiviti riadah. Keadaan kita yang stress boleh membuatkan ketidak seimbangan hormon dalam tubuh dan secara tidak langsung boleh mengganggu ovulasi.

5. Ambil Supplemen / Jamu

Terdapat beberapa jenis supplemen atau jamu yang boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita. Bagi orang jawa, mereka percaya bahawa kunyit dan asam dapat memperbaiki fungsi reproduksi seorang wanita.

Madu juga diyakini memiliki pelbagai zat yang bermanfaat bagi kesuburan wanita. Bagi orang cina pula, mereka memiliki ramuan akar Dong Quai (Ginseng wanita) yang dipercayai boleh menguatkan rahim dan melancarkan fungsi hormon wanita.

Namun, anda perlu berhati-hati dalam membuat keputusan untuk mengambil jamu tradisional, kerana seringkali proses penghasilannya kurang bersih dan ia boleh menyebabkan gangguan pada fungsi hati dan kanser hati.

Artikel berkaitan:

Kenal pasti kenapa anda sukar hamil


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 121 times, 2 visits today)

4 thoughts on “5 Tips Tingkatkan Kesuburan Isteri

  1. Pingback: 10 Tips Tingkatkan Peluang Anda Untuk Hamil | Diari Fatimah

  2. Pingback: Sudah Lama Kahwin Tapi Belum Hamil? Ubah Diet Harian Anda Sekarang. | Diari Fatimah

  3. Pingback: 10 Tips Kesuburan Yang Mungkin Anda Belum Ketahui | Diari Fatimah

  4. Pingback: 17 Tips Pemakanan Sihat Bagi Yang Merancang Untuk Hamil | Diari Fatimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge