10 Tips Agar Kurus Dengan Sihat Dan Selamat

By | October 7, 2015

Assalamualaikum,

Fatim selalu tengok dalam wall facebook fatim, sentiasa penuh dengan iklan untuk kuruskan badan. Nampak sangat, produk untuk kurus ni, memang sentiasa mendapat perhatian ramai.

Memang tidak di nafikan, rakyat Malaysia memang banyak yang mengalami masalah berat badan, tapi, fatim nasihatkan, janganlah terlalu ghairah nak kurus sehingga anda sanggup membeli apa jua jenis produk yang tiada jaminan selamat untuk digunakan dari KKM. Sebab, fatim selalu jugak dengar ada kes orang meninggal sebab terambil produk kurus yang ada bahan kimia berbahaya.

Alangkah baiknya, kalau anda cuba dulu amalan untuk kuruskan badan dengan cara yang lebih sihat dan selamat. Untuk tujuan ini, fatim nak share dengan anda semua, 10 tips untuk kurus dengan sihat dan selamat. 🙂

tips kurus yg sihat

 

1. Jangan tinggal sarapan

Sarapan sangat penting diambil sebelum melakukan apa-apa jua kerja. Ini kerana, sarapan dapat memberikan tenaga kepada badan. Dikatakan juga bahawa, rahsia untuk kekal langsing adalah mengambil sarapan setiap pagi.

sarapan

 

2. Makan bila lapar

Pastikan anda cuma mengambil makanan hanya ketika lapar dan makan pada masa yang tetap setiap hari. Pastikan anda berhenti makan sebelum perut terlalu kenyang.

 

makan banyak

3. Baca & ketahui nutrisi pada label makanan anda 

Sudah pasti anda kerap melihat makanan yang di jual di pasaran, kelihatan seperti ‘makanan sihat’, apabila dipamerkan dengan label “bebas lemak” atau “rendah lemak”. Tahu tak anda, kebiasaannya, bila ‘bebas lemak’, kandungan gula di dalamnya adalah agak tinggi.

 

label makanan

4. Tahu apa makanan yang anda ambil 

Pastikan makanan yang anda ambil tidak menyebabkan berat badan anda boleh bertambah.

sumber kalsium

5. Fokus pada makanan anda

Menurut buku “The back diet solution“, ia mengesyorkan kita makan secara perlahan selama 15 minit. Ini kerana tubuh badan kita ambil masa untuk memberikan isyarat kenyang kepada otak supaya kita berhenti makan.

makan-perlahan

6. Makan setiap 3-4 jam 

Pastikan anda mengambil makan secara kerap 3-4 jam, tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

diet-plan

7. Bungkus makanan yang berlebihan

Kebiasaannya kita mempunyai tabiat membungkus makanan yang berlebihan ketika makan di luar. Kemudian, bila sampai rumah, sambung lagi makan makanan berlebihan. Kalau anda ada tabiat ini, pastikan anda berhenti melakukannya, kalau anda betul-betul nak kurus.

tapau makanan

8. Harus makan buah-buahan & sayur-sayuran 

Pastikan anda mengambil makanan buah-buahan & sayur-sayuran setiap hari dan kurangkan pengambilan makanan snek.

buah dan sayur

9. Beli yang perlu saja 

Sebelum keluar rumah untuk ke pasar, buat senarai keperluan yang penting sahaja. Jadikan diri anda mendisplinkan diri untuk membeli apa yang perlu saja seperti apa yang anda telah senaraikan tadi.

main_list

10. Ambil serat 25g setiap hari

Pengambilan makanan berserat 25g setiap hari dapat membantu tubuh badan kita rasa kenyang lebih lama.

makanan kaya dengan serat

 

Selamat mencuba. 🙂

Anda mungkin juga berminat tips untuk kecilkan paha dengan cara senaman yang mudah.

Bagi ibu-ibu yang masih mencari tips untuk kurus selepas bersalin, boleh baca di sini.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 218 times, 1 visits today)

One thought on “10 Tips Agar Kurus Dengan Sihat Dan Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge