7 Kesilapan Yang Membuatkan Senaman Anda Tidak Berkesan

By | October 6, 2015

Assalamualaikum,

Siapa yang selalu melakukan senaman, tetapi merasakan senaman yang di lakukan langsung tidak membawa perubahan kepada tubuh?

Kalau anda adalah antara mereka yang rajin bersenam, tetapi senaman tersebut langsung tak membantu anda mencapai matlamat anda, mungkinkah anda telah melakukan 7 kesilapan ini?

Biasanya, kita akan melakukan senaman, dengan tujuan untuk menguruskan badan, di samping ingin mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan cergas. Tapi kan, ada juga orang, bila dia bersenam, dia tetap rasa macam sama je dengan tak bersenam.

Bagi yang bersenam nak kurus tu, akan merasakan bahawa senaman yang dilakukan langsung tak memberi perubahan kepada susuk tubuh badan. Berat badan semakin bertambah, lagilah. betul tak?

 

kesilapan semasa bersenam

 

7 Kesilapan Yang Kerap Anda Lakukan Membuatkan Senaman Anda Tidak Berkesan

1. Bersenam keterlaluan

Bersenam secara berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya, selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan senaman ringan pada hari berikutnya.

2. Tidak memanaskan badan

Setiap kali sebelum bersenam, amalkan regangan badan untuk tujuan memanaskan badan. Sekurang-kurangnya, lakukan ia dalam lima minit. Ini adalah bertujuan untuk mengelak berlakunya kecederaan pada otot anda.

3. Beban yang terlalu berat

Jangan mudah terpengaruh untuk menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

4. Terlalu cepat & awal

Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya bersenam atau berjalan.

5. Langkah yang silap

Bersenam dalam keadaan posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kecederaan pada tubuh, malahan ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam, pastikan postur anda sentiasa betul.

6. Tidak minum secukupnya. 

Amalkan pengambilan air setiap kali sebelum, semasa dan selepas bersenam.

7. Makan terlalu sedikit.

Amalkan pengambilan protein, setiap kali anda selesai melakukan senaman. Ia juga termasuk apabila anda melakukan kerja rumah yang menyebabkan peluh keluar banyak.

Bagi yang ingin kecilkan paha, boleh baca di sini.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 231 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge