Perlu Ke Suntikan Epidural Semasa Bersalin?

By | October 1, 2015

Assalamualaikum,

Setiap ibu hamil, bila kehamilan mula memasuki minggu ke-30, sudah pasti akan di buru oleh pelbagai emosi. Rasa risau, rasa berdebar-debar sebab tak sabar nak tengok baby, rasa takut dan bermacam-macam lagi emosi.

Jika emosi ini dibiarkan berlarutan, ia akan mempengaruhi kelancaran ibu untuk bersalin. Bahkan perasaan takut dan risau akan membuatkan ibu merasakan bahawa sakit kontraksi itu adalah teramat sakit sehingga tidak mampu tubuh untuk menanggung.

Kebiasaanya, jalan penyelesaian yang akan doktor cadangkan bagi mengurangkan rasa sakit kontraksi adalah suntikan epidural.

suntikan epidural

 

Epidural Elak Trauma Ibu Bersalin

Menurut Dr Pakar Bius Hospital Pantai Klang, prosedur epidural banyak memberi kebaikan kepada ibu. Ia membantu agar ibu bersalin dengan lebih selesa. Bius epidural mempunyai keupayaan menahan impuls kesakitan buat sementara waktu, bermula dari saraf rahim hingga ke otak.

Suntikan epidural bukan sahaja mengurangkan rasa sakit, bahkan ia juga tidak memberi rasa mengantuk kepada ibu. Prosedur bius epidural boleh diteruskan, jika kelahiran dibuat secara pembedahan caesarean, penggunaan forceps atau jahitan episiotomi. Ia lebih selamat untuk ibu yang ada masalah sakit jantung atau sakit tekanan darah tinggi.

Persetujuan Dari Ibu Adalah Penting

Adalah penting untuk mendapatkan persetujuan dari pesakit, sebelum suntikan epidural ini di lakukan. Untuk tujuan ini, pesakit akan diterangkan tentang semua informasi tentang bius epidural.

Posisi yang selalu dipraktikkan samada pesakit perlu mengiring atau di dalam posisi duduk, mengikut keselesaan dan keadaan pesakit tersebut.


epidural

 

Dengan keadaan pesakit baring atau duduk, adalah bertujuan untuk merenggangkan ruas-ruas tulang belakang dan memudahkan jarum suntikan sampai ke ruas epidural.

epidural

Apakah Kesan Sampingan Suntikan Epidural

Secara normal, tindak balas suntikan epidural boleh menyebabkan penurunan tekanan darah, tetapi ianya boleh dikawal sewaktu prosedur dijalankan.

Pesakit mungkin akan mengalami situasi yang sementara sahaja seperti:

  • Pening
  • muntah
  • sakit kepala yang teruk

Golongan wanita yang sesuai untuk diberikan suntikan epidural

  1. Wanita hamil yang pertama kali melahirkan anak
  2. Wanita hamil yang telah diberikan induksi Pitochin untuk mempercepatkan kelahiran bayi
  3. Wanita hamil yang masih muda serta takut untuk bersalin
  4. Wanita hamil yang mengalami senggugut yang teruk sebelum hamil

Golongan wanita yang tidak boleh menjalani prosedur epidural

  1. Pesakit yang tidak bersetuju dengan prosedur ini
  2. Wanita hamil yang mengalami jangkitan di bahagian belakang (pada bahagian jarum epidural ingin di suntik)
  3. Wanita yang mempunyai sejarah pendarahan cair (coagulopathy)
Sumber: I-Sihat

Dua kali dah fatim bersalin, semuanya melalui rasa sakit kontraksi normal dan tidak pernah ambil pun suntikan epidural ni. Mungkin sebab masa tu, fatim tak pernah didedahkan dengan suntikan epidural ni kot. hehe.

Tapi kan, fatim ada dengar, yang Rozita Che Wan dan Scha Al-Yahya bersalin pun ambil suntikan epidural ni. Kiranya tak de masalah lah kan, kalau nak dapatkan suntikan ni, bila dah tak tertahan dengan rasa sakit kontraksi saat bersalin, betul tak? 😉


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 756 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Perlu Ke Suntikan Epidural Semasa Bersalin?

  1. Nurul Husna

    Saya pun belum ada pengalaman ambil epidural..betul ke epidural ni bg kesan sampingan macam sakit pinggang yang teruk?

    Reply
    1. fatim Post author

      fatim pernah terbaca, kalau tersilap kawasan cucuk, mungkin akan ada kesan, tapi menurut doktor kesannya boleh dikurangkan dengan banyakkan berehat. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge