Kepentingan Penjagaan Kandungan Pada Awal Trimester Yang Mesti Ibu Hamil Anak Pertama Tahu

By | September 24, 2015

Assalamualaikum,

Adakah anda sedang merancang kehamilan atau anda baru sahaja disahkan mengandung?

Tahniah, fatim ucapkan. ūüôā

 

 

Masih ramai lagi ibu-ibu yang tidak tahu, bahawa penjagaan kandungan semasa awal kehamilan adalah sangat penting. Sedar tak anda, jika kandungan baru trimester pertama, tetapi tidak di jaga dengan betul, ia bukan sahaja mengundang perkara yang tidak baik kepada janin, bahkan ia turut meningkatkan risiko untuk berlakunya keguguran.

Kehamilan adalah saat-saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan mereka memiliki cahaya mata. Namun, pernah tak anda, menyenaraikan apa yang perlu anda lakukan sebagai persediaan dalam penjagaan kandungan semasa hamil?

Bagi yang merancang untuk hamil tu, jangan lupa baca tips pemakanan sihat, bagi memastikan kehamilan anda berlalu dengan lancar dan anda kekal sihat sepanjang kehamilan 9 bulan. ūüôā

Pernah tak anda terfikir, bahawa bagaimana kesihatan dari segi fizikal dan mental anak yang bakal lahir selepas 40 minggu di dalam kandungan anda, bahawa dipengaruhi oleh penjagaan semasa masih di dalam kandungan? 

PANDUAN PENJAGAAN PADA AWAL KEHAMILAN

1. Jangan lupa untuk ambil makanan tambahan

  • Untuk pengetahuan, lazimnya, kecacatan yang melibatkan organ tubuh bayi berlaku ketika trimester pertama kehamilan. Inilah sebabnya penjagaan diri dan kandungan amat penting terutamanya pada peringkat permulaan kehamilan.

 

 

spot-pic-birth-defects

Risiko yang bakal di terima oleh bayi, jika ibu mengabaikan pengambilan asid folik yang cukup untuk membantu pembentukan sel-sel bayi.

  • Makanlah pelbagai jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin.
  • Karbohidrat bertindak memberikan tenaga kepada anda dan bayi yang semakin membesar.
protein utk ibu hamil

Sumber protein yang boleh ibu hamil amalkan.

  • Protein pula penting untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu tubuh ibu dan bayi.
folicacid

Sumber asid folik yang boleh ibu hamil amalkan. Penting untuk elak risiko mendapat janin cacat.

2. Elakkan Pengambilan Ubat Tanpa Kebenaran Dari Doktor

Elakkan pengambilan ubat-ubatan sembarangan tanpa kebenaran daripada doktor

  • Tidak di nafikan, semasa awal kehamilan, ibu hamil akan mengalami pelbagai perubahan pada tubuh badan, terutamanya ibu hamil anak pertama.
  • Badan rasa macam nak demam, sakit batuk yang tidak terkawal adalah perkara biasa yang berlaku pada awal kehamilan.
  • Namun, jangan di ikutkan rasa ingin cepat sembuh dari demam atau batuk, tanpa mengira samaada ia baik atau tidak untuk kandungan.
  • Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan sendiri kerana ini boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Dapatkan kebenaran daripada doktor O&G anda sebelum mengambil sebarang ubat.

3. Berhenti merokok

berhenti-merokok-131008d

  • Tidak di nafikan, terdapat juga wanita yang merokok atau terdedah pada persekitaran yang ada asap rokok.
  • Jika anda seorang perokok, sebaik-baiknya, berhentilah merokok bermula dari saat anda merancang untuk hamil.¬†
  • Ini sangat penting bagi memastikan bahawa anda dapat hamil dengan sihat di samping mendapat anak yang sihat.
  • Jika ibu hamil kekal tabiat merokok, risiko yang bakal diterima oleh bayi adalah cacat anggota, sakit pada sistem pernafasan, sakit jantung dan yang paling teruk adalah kematian.

4. Kawal aktiviti lasak dan kerja berat

ibu-hamil-mengandung-baca-buku-bayi

Banyakkan berehat pada awal trimester

  • Tidak semua wanita yang baru berkahwin bertuah untuk bunting pelamin.
  • Walaupun tidak ramai wanita yang bunting pelamin, risiko berlakunya keguguran tetap berlaku kepada mereka. Untuk mengetahui tanda-tanda awal kehamilan, anda boleh baca di sini.
  • Ini kerana, mereka bukan sahaja kekurangan ilmu tentang kehamilan, bahkan ada wanita yang baru berkahwin akan melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan rahim. Sama seperti aktiviti sebelum mereka berkahwin.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah rahim lemah, risiko untuk berlakunya keguguran adalah tinggi.
  • Jika anda mengesyaki diri anda sedang bunting pelamin, perbanyakkan berehat dan kurangkan kerja yang melibatkan mengangkat barang.
  • Terdapat sesetengah kes, di mana ada juga wanita yang langsung tidak boleh melakukan sebarang kerja. Jalan yang paling selamat adalah berehat di katil hospital, agar mudah di pantau oleh pihak doktor.

 

Hakikatnya, penjagaan diri dari awal trimester sehinggalah saat bersalin adalah sama penting. Namun, risiko untuk berlakunya keguguran pada awal kehamilan adalah lebih tinggi berbanding trimester kedua dan trimester ketiga.

Fatim ingin petik, satu nasihat daripada seorang doktor pakar puan, Dr Hamid Arshat.

 

sakit-belakang

Ramai wanita yg salah anggap multivitamin saperti obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil2 kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.

Artikel yang berkaitan kehamilan:

 

Berminat nak beli set Ibu Hamil, agar kekal cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan anda?

Belian atas talian dengan menekan butang di bawah!

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA‚ÄĚ

(Visited 19,968 times, 49 visits today)

3 thoughts on “Kepentingan Penjagaan Kandungan Pada Awal Trimester Yang Mesti Ibu Hamil Anak Pertama Tahu

    1. Kak Fatim Post author

      Kalau puan berminat, puan juga boleh membeli melalui saya. Proses penghantaran nya akan di buat melalui pos. Untuk perbincangan lanjut, boleh whatsapp saya melalui 011-3201 4534. ūüôā

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge