Ketahui Punca Bengkak Kaki Boleh Berlaku Semasa Hamil Dan Tips Untuk Atasinya

By | September 19, 2015

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.. 🙂

Pernah tak mengalami masalah bengkak kaki semasa hamil? Sepanjang fatim hamil dah 3 kali ni, alhamdulillah, tak pernah kena bengkak kaki yang teruk.

Cuma hamil kali ketiga ni je, fatim kene mild edema. Tapi, mild edema ni, bukanlah edema yang teruk tu. Di mana kalau orang lain tengok kaki anda, orang itu akan terus tahu bahawa kaki anda bengkak.

Jika sekarang anda sedang mengalami masalah bengkak kaki, janganlah risau. Bengkak kaki ini akan hilang, sebaik sahaja anda bersalin. 🙂

Adakah Bengkak Kaki Atau Edema Ini Perkara Normal Berlaku Semasa Hamil?

Untuk pengetahuan ibu-ibu yang sedang hamil tu, berlakunya bengkak kaki semasa hamil adalah normal. Terutamanya ibu-ibu hamil yang kandungannya dah memasuki trimester ketiga.

Dikatakan bahawa, di antara 50 hingga 80 peratus ibu hamil yang sihat akan mengalami masalah bengkak kaki. Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di negara kita ni. Dengan masalah jerebu yang sedang berlaku sekarang ni, boleh memburukkan lagi keadaan ini.

Tetapi, suka untuk fatim ingatkan, jika anda sedang mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu salah satu tanda bahaya kehamilan. Tanda ini boleh membawa risiko tinggi kepada anda dan janin di dalam kandungan. Di katakan bahawa, risiko yang paling teruk boleh berlaku kepada ibu dan janin adalah kematian.

kaki bengkak semasa hamil

Apakah Punca Yang Menyebabkan Bengkak Kaki Semasa Hamil?

Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca berlakunya bengkak kaki semasa hamil, antaranya:

  • Cuaca yang sangat panas
  • Berdiri terlalu lama
  • Menjalankan aktiviti harian yang terlalu banyak dan lama
  • Makan makanan yang kurang kalium (potassium)
  • Pengambilan makanan masin yang terlalu banyak
  • Minum minuman yang berkafein seperti kopi, terlalu banyak

Tips Untuk Atasi Masalah Bengkak Kaki

Untuk mengatasi masalah bengkak kaki, ibu-ibu hamil boleh mencuba beberapa tips di bawah:

  1. Amalkan makan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.
  2. Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi
  3. Elakkan berdiri atau duduk untuk jangka masa yang lama. Jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  4. Alaskan bantal pada kaki semasa tidur atau baring
  5. Pakai seluar yang longgar dan elak dari menggunakan kasut tumit tinggi
  6. Pakai stokin sokongan (support tights) yang selesa sebelum bangun anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi mengenai stoking tekanan (compression stockings)
  7. Elakkan pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, kaki atau buku lali
  8. Berehat atau berenang. Amalkan senaman yang sesuai untuk ibu hamil
  9. Banyakkan minum air putih
  10. Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas
  11. Kurangkan aktiviti di luar jika cuaca panas
  12. Gunakan ais sapu di kawasan bengkak atau rendamkan kaki di dalam air sejuk
  13. Tidur mengiring ke sebelah kiri, kerana ia dapat mengurangkan tekanan saraf. Saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
  14. Elakkan makan junk food
  15. Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  16. Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
  17. Ambil susu atau pil kalsium, seperti perkongsian salah seorang pengguna setia Shaklee di bawah ni. Bila beliau mengalami masalah bengkak pada tangan, beliau terus ambil ostematrix bagi membantu mengurangkan masalah bengkak.

 

 

Bagi ibu yang sedang hamil, pengambilan nutrisi tambahan adalah sangat penting, bagi memastikan bahawa nutrisi  yang di ambil oleh ibu itu mencukupi untuk dia dan bayi.

Jika anda masih mencari cara untuk mudah bersalin, apa kata anda cuba amalkan dengan pengambilan air selusuh dan ketahui cara penyediaannya di sini.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 1,035 times, 1 visits today)

3 thoughts on “Ketahui Punca Bengkak Kaki Boleh Berlaku Semasa Hamil Dan Tips Untuk Atasinya

  1. irene chew

    Mulai saya mengandung anak pertama sehingga keempat ni kaki saya mengalami edema moderate kerana pengumpulan air dalam badan yang banyak.Solusi yang saya lakukan ialah menaikkan aras kaki dengan banal semasa tidur dan kurangkan memakan makanan masin.Terima kasih info puan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge