11 Tips Penyusuan Yang Perlu Ibu Menyusu Anak Pertama Tahu

By | September 18, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. 🙂

Apa khabar pagi ni? Mesti rasa tak selesa kan, dengan keadaan jerebu yang begitu teruk. Even kat tempat fatim sekarang ni pun, jerebu teruk. Walaupun pagi tadi hujan lebat, jerebu tetap masih teruk.

Pada ibu-ibu yang ada anak-anak kecil tu, cuba elakkan anak-anak bermain di luar yer. Bukan sahaja sebab cuaca tak bagus untuk sistem pernafasan anak-anak, bahkan pandangan mata pemandu pun terbatas sekarang ni.

Tapi, bagi yang duduk kawasan kuching dan kota samarahan, sarawak, seronok sikit kot, sebab anak-anak tak perlu sekolah. Kerajaan umumkan cuti untuk dua kawasan ini, hari ini. hehee..

Sebenarnya, pagi ni, fatim nak berkongsi dengan ramai ibu yang ada masalah menyusu di luar sana. Lebih-lebih lagi, jika ibu muda yang baru bersalin dan tidak pernah ada pengalaman.

Tips ni, bukan sahaja untuk ibu menyusu tau. Ibu yang sedang hamil pun, kena tahu juga. Nanti, bila dah bersalin, at least dah ada pengetahuan sikit. Kalau terlupa, boleh datang jenguk balik blog fatim. kan senang kalau macam tu. 🙂

tips ibu menyusu

1. Kerapkan menyusu atau mengepam

  • Penyusuan bayi pada waktu siang, sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu siang. Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi jika bayi tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Sekiranya bayi ingin menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu
  • Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Ini kerana, pada waktu ini, hormon prolaktin banyak dihasilkan

2. Jangan tunggu payudara penuh

  • Sesetengah ibu suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayi perlu disusukan.. Itu Silap.
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Maksudnya, sekiranya anda kerap menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara ‘kosong’), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan

3. Minum banyak air

  • Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan atau pemerahan susu. Adalah digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 3.1 liter air, kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir bayi fikir susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi.. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, diantara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan, bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini dapat membantu merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu
  • Masa nak mengepam, boleh letakkan gambar bayi sambil berselawat & berzikir Ya Mattin

5. Berdisiplin

  • Memerah susu perlukan disiplin. Jangan ‘ponteng’ sesi pemerahan. Guna hari minggu bagi memerah untuk membuat stok. Boleh guna tip #6 dan #7.

6. Tandem Pumping

  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik

7. Teknik Marmet

  • Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu.
  • Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
  • Jadi, selepas pump, jangan terus cuci corong. Buat perahan menggunakan tangan. Ia sangat membantu.
  • Biasanya, kalau menggunakan pump, boleh dapat 3.5 oz sebelah payudara, buat marmet boleh menambah menjadi 4-4.5oz.. Walaupun nampak sedikit, tapi ada beza tu.

8. Menyusu/ Mengepam lebih lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara mahupun mengepam.
  • Biarkan dia menyusu sebelah sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang sebelah lagi.
  • Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi. Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, dimana perutnya sahaja yang penuh, tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya
  • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/ memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan titisan susu yang keluar
  • Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2-3x tau… tak percaya, cuba buat.. konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan malam

  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 

  • Teknik urutan payudara yang betul, dapat membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi, sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.
  • Untuk teknik urutan, anda boleh pelajari menerusi www.breastfeeding.com

11. Pengambilan suplemen

  • Pengambilan suplemen tambahan semasa tempoh penyusuan, suka untuk fatim ingatkan, bahawa tanamkan dalam diri, niat nak ambil supplemen adalah untuk penuhi nutrisi ibu dan bayi, bukan hanya untuk milk booster.
  • Ramai ibu yang tersilap tentang pengambilan suplemen ni.
  • Diet yang seimbang, sangat membantu kesihatan ibu dan sekaligus membantu dalam tumbesaran bayi yang menyusu badan.
  • Percaya tak anda, jika susu badan anda kurang nutrisi, bayi akan lebih cepat lapar dan lambat kenyang.
  • Berbanding, bayi yang menyusu dengan kandungan susu badan ibu yang cukup nutrisi untuk membantu bayi cepat kenyang dan lambat lapar.
  • Untuk elakkan dari mengalami masalah bengkak susu, jangan lupa untuk amalkan secara konsisten tips no 1 sehingga tips no. 10.
  • Antara suplemen yang fatim ambil semasa tempoh penyusuan anak kedua dulu adalah set ibu menyusu terbaik Shaklee. Bukan sahaja lengkap dengan nutrisi, bahkan ia sangat membantu menurunkan kembali berat badan fatim. Sebab itulah, fatim tidak pernah mengalami masalah berat badan, walaupun selepas bersalin. 🙂

 

set ibu menyusu 2

Bagi ibu-ibu yang ingin membeli set di atas, fatim suka sangat sarankan ibu-ibu untuk membeli set yang ditawarkan di dalam YES PROGRAM ni. Bukan sahaja jimat 5 peratus, bahkan boleh jimat sehingga 25 peratus. Tapi, kalau boleh, baik ambil cepat-cepat. Sebab, tawaran YES PROGRAM ni, bakal tamat penghujung oktober 2015.

Harga normal untuk set di atas ni adalah, termasuk postage = RM684.50 (SM), RM695.10 (SS)

Tapi, kalau anda mendaftar sebagai ahli, anda boleh mendapat harga RM620.10 (SM) / RM630.70 (SS).

Banyakkan penjimatannya? Ini adalah harga selepas GST. 🙂

Kalau nak daftar ahli, KLIK SINI.

kalau tak nak daftar ahli dan nak membuat pesanan sahaja, KLIK SINI. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 660 times, 1 visits today)

One thought on “11 Tips Penyusuan Yang Perlu Ibu Menyusu Anak Pertama Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge