Tips Tingkatkan Peluang Untuk Mengandung Dengan Pengambilan Nutrisi Kesuburan

By | September 14, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua …


Rasa tidak lengkap hidup dalam rumah tangga, tanpa riuh rendah bunyi anak-anak.. bila mendengar jerit pekik anak-anak dirumah jiran-jiran, sudah pasti anda juga ingin rumah anda hingar begitu.

Adakah anda termasuk di dalam kumpulan pasangan yang dah kahwin 4-5 tahun, tetapi masih belum di kurnikan anak?

Terdapat banyak pasangan yang TIDAK MANDUL, tetapi masih gagal mendapatkan anak, atas sebab-sebab yang tertentu.

Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan, namun belum juga membuahkan hasil.. Teknologi dah dicuba.. Berurut dengan cara tradisional pun dah dibuat.. Namun, masih juga ‘negative’..

Pernah tak anda terfikir, kemungkinan tubuh anda telah kekurangan nutrisi yang boleh membantu meningkatkan kesuburan anda?

Kekurangan nutrisi atau pengambilan supplemen untuk meningkatkan kesuburan, seringkali berada di kedudukan yang paling bawah.. kerana ia adalah sesuatu yang jarang kita fikirkan, sebagai penyebab..

Antaranya, cara hidup yang tidak seimbang, membuatkan tubuh mereka, kekurangan nutrisi penting yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan nutrisi tambahan, sangat penting bagi meningkatkan kesuburan dan sekaligus peluang untuk hamil.

Mungkin, ada yang tertanya-tanya, nutrisi apa yang perlu mereka ambil, bagi membantu meningkatkan kesuburan. Bagi membantu mengatasi masalah seperti ini, mungkin anda perlu mendapatkan rawatan serta pendapat dari doktor, untuk mendapatkan pengesahan masalah kesuburan anda.

Mungkinkah anda sedang mengalami masalah:

  • cecair kesuburan isteri terlalu sedikit ?
  • benih isteri tak cukup besar untuk membuahkan hasil ?
  • sperma suami terlalu lemah ?
  • kuantiti sperma suami terlalu sedikit ?
  • suami ada masalah azoospermia ?
  • isteri mudah mengalami senggugut teruk, sehingga sukar untuk hamil ?
  • isteri ada masalah cyst, Pcos atau fibroid ?

dan masih ada banyak lagi masalah tertentu. Setiap masalah ini, boleh di atasi, jika anda mengambil nutrisi tambahan penting yang bersesuaian dengan masalah anda. Bukannya sekadar ambil hentam kromo sahaja. 🙂

Bagi membantu anda, fatim nak kongsikan beberapa jenis nutrisi tambahan penting yang perlu untuk membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan anda.

Ada pasangan yang sihat, tetapi masih perlukan sesuatu untuk meningkatkan lagi tahap kesuburan.. kerana apa yang nampak sihat di luar, belum pasti ia sihat di dalam.. Jom kita lihat, apakah supplemen Shaklee yang boleh anda cuba bagi meningkatkan tahap kesuburan anda.. 

Supplemen ini di cadangkan berdasarkan, sudah banyak testimoni yang kita terima daripada pasangan2 yang telah mencubanya dan mereka telah berjaya mendapat anak, walaupun ada sesetengah mereka yang sudah berkahwin 10 tahun. Alhamdulillah… 😉

1. Asid Folik di dalam B-Complex 

 

vitamin B

 

  • Biasanya doktor pakar puan sangat menggalakkan wanita yang merancang untuk hamil, untuk mengambil asid folik, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung..
  • Maksudnya, jika anda ingin anak anda lahir pada bulan januari tahun 2014, anda perlu mengandung pada hujung bulan april atau dalam bulan may. Justeru itu, anda perlu mengamalkan asid folik sekurang2nya bulan januari 2013.
  • Namun begitu, pengambilan asid folik belum memadai.. Anda masih memerlukan vitamin B lengkap kerana, terdapat kajian yang menunjukkan sesetengah wanita yang mengalami masalah untuk hamil, memerlukan B6 bagi meningkatkan kesuburan dan bagi suami, anda memerlukan B12 bagi meningkatkan kiraan sperma anda.
  • Jadi, pastikan anda mengambil vitamin B-Complex yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B seperti B-Complex Shaklee.

2. Zinc Complex

zinc complex

 

  • Terdapat kajian menunjukkan bahawa zinc banyak membantu meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan wanita. Ini kerana, kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan dalam kromosom lelaki dan wanita, di mana ia mengurangkan kesuburan dan meningkatkan peluang untuk keguguran.
  • Zink adalah penting bagi tujuan ‘menarik dan tahan’ hormon pembiakan estrogen dan progesteron.
  • Kehadiran zink boleh di dapati di dalam kepekatan tinggi sperma.
  • Zink sangat diperlukan bagi membuat lapisan luar dan ekor sperma.

3. Vitamin E dan selenium

 

kepentingan vita-e complex

 

  • Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat.
  • Ia menunjukkan bahawa vitamin E membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita dan lelaki.
  • Bagi lelaki yang membuat rawatan IVF, mereka akan dibekalkan dengan vitamin E, kerana dipercayai ia dapat meningkatkan kadar persenyawaan dari 19-29 peratus.
  • Selenium adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi badan dari serpihan kimia yang reaktif dan ia dikenali sebagi radikal bebas.
  • Kehadiran selenium, dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan kromosom yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium dan tidak semua vitamin E yang ada dipasaran, dilengkapi dengan selenium dan ia biasanya, dijual secara berasingan

4. Vitamin C

 

Sustained Release Vita-C Plus

 

  • Vitamin C adalah antioksidan dan ia dapat membantu meningkatkan kualiti sperma.
  • Ia membantu melindungi sperma dan DNA dari kerosakkan.
  • Beberapa kajian menunjukkan bahawa, kerosakan DNA dalam sperma telah menyebabkan pasangan sukar hamil atau mudahnya berlaku keguguran jika pasangan hamil.
  • Vitamin C juga turut membantu sperma daripada berkumpul kepada keadaan ‘berselerak’ dan ini sangat penting untuk persenyawaan.
  • Terdapat juga kajian yang menunjukkan wanita yang mengambil dadah klomifen bagi merangsang ovulasi akan mempunyai peluang yang lebih baik, jika diambil bersama-sama dengan vitamin C

5. Energizing Soy Protein

 

esp terbaik

  • ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang tidak dihasilkan oleh tubuh, dan ia hanya boleh didapati melalui makanan. Antara asid amino yang penting bagi kesuburan adalah L-Arginine dan L-Carnitine.
  • L-Arginine merupakan asid amino yang ditemui dalam banyak makanan dan kepala sperma turut mengandungi asid amino ini. Asid amino ini penting bagi pengeluaran sperma. Penambahan L-Argine dalam badan anda, membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma anda
  • L-Carnitine ini sangat penting untuk fungsi normal sperma. Menurut kajian, semakin tinggi L-Carnitine dalam sel sperma, semakin baik fungsi sperma tersebut.
  • Bagi wanita, protein sangat penting bagi menguatkan dinding rahim dan ia membantu mengurangkan risiko keguguran.
  • Malahan, protein sangat perlu bagi membina sel2 yang baik untuk pembesaran janin.

6. GLA Complex

 

gla-complex

  • GLA sangat berguna untuk wanita bagi memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid sepanjang bulan.
  • GLA mengandungi asid lemak Omega-6 yang membantu pembentukan prostaglandin, di mana ia adalah hormon yang membantu badan mengawal-atur proses badan yang normal.
  • GLA juga mengandungi vitamin E, dan ia penting untuk melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun
  • GLA membantu meningkatkan kesuburan anda dengan menghasilkan cecair pekat didalam serviks anda. Cecair yang menyerupai mukus ini, sering dihasilkan oleh badan wanita setiap bulan. Kehadiran cecair ini, menunjukkan anda berada dalam keadaan yang subur dan sangat sesuai untuk melakukan persenyawaan.
  • Malahan, mukus ini juga membantu sperma untuk hidup lebih lama, di dalam tubuh wanita dan membantu sperma agar selamat sampai ke telur agar ia boleh di senyawakan.

7. Vita-Lea

  • Ia adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis mineral dan galian, yang sangat penting untuk tubuh badan kita.
  • Pakar kesihatan mencadangkan agar orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.
  • Vita-lea sangat penting untuk tubuh badan, kerana ia membantu
  1. meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  2. menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  3. meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  4. memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  5. meningkatkan sperma dan juga kualiti telur

Fungsi dan khasiat yang dijelaskan di atas adalah hanya untuk supplemen SHAKLEE sahaja. Setiap jenama mempunyai khasiatnya tersendiri.

Berikut adalah beberapa supplemen yang dicadangkan untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan bagi kedua-dua pasangan. Namun, suka untuk fatim ingatkan, pengambilan supplemen sahaja tidak penting, kerana anda perlu faham bagaimana persenyawaan boleh berlaku.

Adalah PENTING untuk anda,

  • sebagai isteri, untuk mengetahui bila masa anda subur. Ini adalah penting bagi meningkatkan peluang untuk berlakunya kehamilan. 
  • selepas anda ‘bersama’, tunggu sekurang-kurangnya 10 minit, sebelum anda mencuci alat sulit anda. Ini dapat memberi peluang untuk sperma berada lebih lama di dalam badan anda.

Doa juga sangat penting.. Setiap apa yang kita usaha, berdoa dan bertawakal juga, adalah kunci kejayaan.. Insha Allah, setiap perkara yang baik, jika dilakukan dengan baik sejajar dengan niat kerana Allah, sudah pasti ALLAH akan memakbulkannya.. aameen..

 

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 136 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge