Bahaya Praeklampsia Kepada Ibu Hamil

By | September 13, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ….

Pernah tak anda mendengar perkataan “pra-eklampsia“?

Masalah pra-eklampsia sangat popular di kalangan ibu yang hamil, sebab ia merupakan salah satu tanda, bahawa kehamilan anda dalam keadaan bahaya.

Mungkin tidak semua ibu hamil yang bakal mengalami masalah ini. Kebiasaanya, dalam 100 orang ibu hamil, hanya 7 orang sahaja yang akan mengalami pra-eklampsia ringan. Untuk eklampsia (pra-eklampsia berat) pula, ia jarang berlaku, biasanya dalam satu nisbah 100 orang.

Fatim teringat lagi,  masa fatim masih kerja dulu. Ada seorang sahabat baik yang fatim sangat rapat dalam pejabat tu, sedang hamil tujuh bulan. Biasalah kan, orang pregnant ni. Eksited nak sambut baby baru, memang luar biasa sikit seronok diaorang. Lebih-lebih lagi masa tu, fatim masih bujang, jadi dengar jelah cerita dia. hehe..

Selalulah sembang dengan dia, pasal perancangan dia nak bersalin kat mana dan bermacam-macam lagilah. Namun, tak sampai beberapa minggu lepas tu, tiba-tiba terdengar dia di masukkan ke dalam wad, sebab masalah sesak nafas. Pada masa tu, sebab sebenar sampai dia warded, fatim sendiri pun tak berapa pasti.

Tapi, yang menyedihkannya, apabila fatim dapat tahu, yang dia baru je di masukkan ke dalam wad pada malam ahad dan malam itu adalah malam terakhir dia di dunia ni. Menyesal jugak, sebab tak sempat nak melawat dia malam tu, sebab ingatkan sakit biasa. Kebetulan pula, fatim baru balik bercuti hujung minggu, memang agak penatlah, kalau nak ke mana-mana.

Bila teringat balik kenangan melihat jenazah beliau, sedih je rasa. Bayangkan wanita hamil tujuh bulan, sedang nyenyak tidur, tapi tidurnya dia adalah untuk selama-lamanya. Fatim ada terdengar dari kawan-kawan yang ikut sama menghantar jenazah beliau, ada ahli keluarga dia pengsan, semasa proses mengembumikan jenazah, sebab sedih sangat.

Yelah kan, kita, bila hamil ni, ibu bapa kita eksited nak sambut cucu baru dari anak kesayangan mereka, bukannya nak sambut mayat anak mereka. Bayi beliau pun tak dapat di selamatkan sebab dengar-dengar, bayi tu dah meninggal di dalam perut. Jadi, bayi tu bekerandakan mak dia sendiri.

Lama dah kisah ni sebenarnya, cuma bila fatim sebut je perkataan pre-eklampsia ni, fatim mudah teringatkan arwah. Sedih je rasa, sebab arwah ni memang orang yang sangat baik. Bercakap pun berhemah. Muda-muda dah meninggal.

Tolong sedekah al-fatihah untuk sahabat baik fatim ni yer.. Al-fatihah.. (sob..sob..)

Sebab tu, fatim suka sangat nak nasihatkan ibu-ibu hamil di luar sana, tentang beberapa tanda-tanda bahaya kepada kehamilan. Ia mungkin sahaja boleh meragut nyawa bayi sahaja atau ibu hamil itu sendiri. Yang paling bahaya, bila ia boleh meragut nyawa kedua-duanya.

Apakah Pra-Eklampsia?

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan merupakan punca kedua kematian kepada ibu-ibu hamil di Malaysia, selepas pendarahan postpartum (tumpah darah). Tumpah darah biasanya berlaku selepas ibu bersalin.

Pra-eklampsia ini bercirikan tekanan darah tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak, kerana di sebabkan oleh pengumpulan air di dalam tubuh dan protein dalam air kencing.

Walaupun tiada rawatan untuk menyembuhkannya semasa kehamilan, praeklampsia boleh di kawal.

Masalah ini boleh menyebabkan berlakunya kekurangan aliran darah ke plasenta, sehingga ia boleh membahayakan bayi anda.

Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Jika ia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda akan menghadapi risiko yang sangat serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, dan paling yang teruk bila ia boleh menyebabkan koma dan meragut nyawa.

Tanda Pra-Eklampsia?

Terdapat beberapa tanda yang perlu anda pantau, seperti:

  • peningkatan berat badan mendadak
  • bacaan tekanan darah yang sangat tinggi (140/90 ke atas)
  • bengkak atau edema (terutamanya di tangan dan muka)
  • Sakit kepala (terutamanya pada bahagian hadapan kepala)
  • kebas-kebas pada tangan
  • mempunyai 0.3 grams atau lebih kandungan protein dalam sampel urin dalam 24 jam
  • pandangan rasa kabur
  • penghasilan air kencing berkurangan
  • demam
  • terdapat darah dalam muntah atau air kencing
  • kencing kotor
  • kekeliruan atau kebingungan

Apa Yang Perlu Dibuat Jika Ada Tanda Pra-Eklampsia?

Jika anda sedang mengalami beberapa tanda seperti di atas, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya, jika anda di sahkan mengalami pre-eklampsia, doktor akan meminta anda untuk di masukkan ke dalam hospital, bagi memudahkan mereka untuk melakukan pemantauan.

Ini kerana, ia bagi mengurangkan risiko gangguan jika anda di biarkan berada di rumah.

Siapakah Yang Berisiko Untuk Mendapat Pra-Eklampsia?

  • ibu hamil yang berumur 40 tahun atau lebih atau kurang dari 18 tahun
  • mengalami masalah berat badan, iaitu dengan BMI 35 atau lebih
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik, yang boleh menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal atau diabetes
  • mengandung kembar atau berganda
  • mempunyai sejarah pre-eklampsia dalam keluarga
  • pernah mengalaminya, semasa kandungan sebelumnya

Apa-apapun, saya doakan semoga anda dan bayi anda selamat di lahirkan. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 161 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge