Kenal Pasti Tahap Kesihatan Berdasarkan ‘Bahan Buangan’ Anda

By | September 12, 2015

 

yakin sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.:)

Apa khabar hari ni?

Jika di lihat dari luar, kelihatannya tubuh kita macam orang sihat. Buat semua benda tak ada masalah. Pening kepala pun tiada.

Tapi, adakah anda yakin, yang anda benar-benar sihat luar dan dalam? Ada orang, walaupun ada masalah sembelit, tapi, tengok di luar tak nampak macam orang sakit. Kecuali mereka yang cirit birit, betul tak. 🙂

Kalau fatim kata, kalau nak tahu kita ni sihat atau tak, boleh di tengok bagaimana keadaan najis kita.

Jijik???

Tahukah anda, hasil buangan anda itu bukan buang tidak berguna semata-mata. Ia mampu mengungkap 1001 kisah berhubung dengan tahap kesihatan. Tetapi untuk melihatnya ‘bercerita’ anda perlu tahu apa yang perlu diperhatikan dan bijak menilai apa yang cuba disampaikan melaluinya. Jangan tarik pam tandas dahulu dan perhatikan.

Biarkan bahan buangan anda ‘bercerita’.

1. Ada cebisan makanan yang besar

Ia mungkin mengandungi  makanan yang tidak habis di hadam di dalam perut anda. Kesannya, ada cebisan makanan seperti jagung, bijirin dan sebagainya. Sekiranya ini berlaku, itu petanda anda lebih banyak menelan makanan sebelum sempat membuat kunyahan makanan sebelum sempat membuat kunyahan makanan dengan sempurna. Selepas ini, anda perlu minum lebih banyak jus buah yang mengandungi serat untuk membantu melancarkan proses penghadaman.

2. Alamak, busuknya!

Apabila seseorang itu memiliki sistem penghadaman yang sihat, biasanya bahan buangannya kurang berbau. Makanan yang kurang kandungan gula dan tinggi kandungan serat boleh diambil untuk mengurangkan masalah najis berbau kuat dan menyengat itu. Kemungkinan bau kurang sedap itu kesan daripada anda terlalu banyak mengambil buah-buahan manis.

Justeru tukar kepada buah yang kurang manis atau sederhana rasanya. Dan satu perkara yang anda perlu tahu, apabila anda makan banyak daging merah, ia akan lebih menyebabkan najis anda berbau kuat.

3. Bagaimana sekiranya ‘ia’ berlendir?

Itu petanda kandida atau seriawan sedang berlaku. Penyakit ini banyak dicetuskan oleh bakteria yang ada di mulut. Apa yang cuba disampaikan oleh si bahan buangan ini adalah mula ‘menternak’ semula bakteria baik di dalam perut anda. Caranya mudah, kurangkan pengambilan gula, tingkatkan probiotik di dalam makanan. Ambil yogurt atau ambil makanan tambahan yang membekalkan probiotik untuk perut yang lebih sihat.

4. Mengapa berwarna pucat?

Warna najis yang pucat membawa maksud berlaku sedikit gangguan pada hati, hempedu, cecair hempedu dan mungkin akibat tindak balas ubat. Keadaan ini juga mungkin ada kaitan dengan apa yang anda ambil dan makan sehingga memaksa organ dan cecair tadi bertindak balas melindungi tubuh dari bahaya yang ada dalam makanan. Tetapi apa yang anda makan? Kemungkinan alkohol, makanan tinggi kandungan lemak dan makanan yang mengandungi bahan perasa yang tinggi (diproses) yang berbahaya.

Hentikan mengambil makanan yang memudaratkan organ perkumuhan anda. Dapatkan juga rawatan daripada pakar perubatan untuk membantu anda mendapat kepastian.

5. Najis berdarah!

Jangan panik dan fikir sedalam mungkin. Ada banyak kemungkinan terjadi warna merah atau coklat pekat pada najis anda. Ia mungkin buasir atau petanda awal kedatangan kanser seperti kanser perut, usus atau ulser perut.

Atau mungkin warna merah itu datangnya daripada makanan yang berwarna merah seperti ubi merah dan makanan yang tinggi kandungan zat besi. Perhatikan secara berterusan simptom ini, sekiranya tanda-tanda merah itu semakin banyak dan tidak berhenti, anda perlu bertindak pantas dengan melakukan pemeriksaan doktor.

6. Sembelit dan berketul-ketul

Sembelit! Pasti perit dan menyebabkan anda perlu ‘bertapa’ semata-mata untuk meneran membuang bahan buangan. Kurang minum air – itulah yang cuba ‘dibicarakan’ kepada anda melalui najis anda. Elakkan sembelit, makan makanan yang tinggi magnesium seperti kuaci, bayam, sayuran berdaun hijau, kacang soya dan banyak minum air dan ambil makanan tambahan daripada sumber zat yang sama. Untuk produk Shaklee, anda boleh mengambil Herb-Lax. Jika anda sedang hamil, sebaik-baiknya, anda mengambil ostematrix sebagai pengganti Herb-Lax.

7. Mengapa ada yang tenggelam dan timbul?

Belum sempat menarik pam tandas, semuanya sudah hilang dari pandangan, berbau busuk dan kekuningan? Anda mungkin makan terlalu banyak lemak. Atau ada kaitan dengan masalah organ perkumuhan atau detoks seperti hati, paru-paru. Dan sekiranya terlalu ringan, anda mungkin kurang mengambil makanan berserat.

8. Cair?

Sukar untuk ditafsirkan. Dapatkan pengesahan doktor. 🙂

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 846 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge