Ubah Rutin Harian Untuk Kulit Lebih Sihat & Menawan

By | September 11, 2015

tips kecantikan 2

Setiap kita mempunyai rutin harian yang berbeza, namun kita mempunyai keinginan yang sama. Sebagai seorang wanita, memiliki kulit wajah yang cantik, sihat dan bebas dari cela adalah satu kemestian.

Jangan terkejut, kalau anda mendengar, terdapat juga sesetengah wanita yang sanggup mengeluarkan duit beribu-ribu ringgit, semata-mata untuk mendapat kulit yang cantik. Tapi kini, kecantikan kulit seolah-olah juga telah mengikat si jejaka agar tampil lebih kemas dan juga turut memiliki kulit yang cantik versi lelaki sado. Wah.. semua nak cantik. Tidak kira usia dah sekarang, kan? hehe.

Sedar tak anda, kadang-kadang rutin harian kita sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan kulit wajah kita. Mungkinkah, sudah tiba masanya untuk anda ubah rutin harian, agar mampu memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat tanpa perlu mengeluarkan wang belanja yang besar?

Nak tahu, apakah rutin yang mungkin anda perlu ubah? Meh, fatim share kat bawah ni. 🙂

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.

  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakkan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, ia tidaklah bermakna jika anda tidak mengamalkan makan, makanan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.

Diharapkan tips ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.

Bagi anda yang ada masalah parut hodoh kesan stretch mark semasa hamil atau sebab dulu gemuk, tapi sekarang dah kurus, kesan regangan tetap ada walaupun anda dah kurus, boleh baca di sini.

 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 586 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Ubah Rutin Harian Untuk Kulit Lebih Sihat & Menawan

  1. Pingback: 6 Petua Mencantikkan Kulit | Diari Fatimah

  2. Pingback: Tips Penjagaan Kulit Berminyak Dan Berjerawat | Diari Fatimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge