Apakah Bisnes Multi-Level-Marketing?

By | September 10, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 🙂

Seperti semua yang kita ketahui, bisnes Multi-Level-Marketing atau MLM, adalah satu bisnes yang begitu dikenali di negara kita. Bila di sebut MLM, orang akan mula terbayang bisnes yang dikatakan menggunakan sistem berbentuk piramid.

Secara asasnya, bisnes MLM ni adalah antara cara marketing yang sangat bagus, lebih-lebih lagi dalam usaha memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang baru kepada masyarakat.

mlm 1

 

Bisnes Multi-Level-Marketing ini merujuk kepada sistem pemasaran yang bertingkat, di mana seorang ketua atau orang di atas, di gelar sebagai ‘upline’, manakala semua orang yang mendaftar di bawah dia, akan di gelar sebagai ‘downline’.

Di sini, fatim ingin kongsikan tentang bisnes MLM berdasarkan pengalaman fatim sendiri. Seingat-ingat fatim, mungkin fatim dah join lebih dari tiga jenis MLM yang mengamalkan sistem piramid yang sama, kecuali bisnes MLM yang terakhir fatim sertai dan masih setia sehingga kini.

Antara ciri-ciri umum bisnes MLM adalah:

1. Syarikat akan menawarkan pakej tertentu kepada ahli

  • Pada permulaannya, pihak pengurusan syarikat akan mencari pelanggan yang boleh di lantik sebagai ahli, dengan cara membenarkan ahli tersebut membeli pakej yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada harga yang tertentu.
  • Pakej itu mungkin terdiri daripada beberapa jenis pelan yang mempunyai kelebihan masing-masing.
  • Semakin mahal pelan yang anda pilih, semakin banyaklah keistimewaan yang anda akan dapat.
  • Kalau anda pilih pelan yang paling rendah, semakin sedikitlah peluang untuk mendapat bonus yang ditawarkan.

2. Peluang di buka untuk mencari ahli baru

  • Setelah anda mendaftar sebagai ahli, secara automatik anda akan diberikan borang untuk menaja orang baru.
  • Seperti mana anda telah direkrutkan sebelum ini, begitulah juga cara anda merekrutkan orang yang bakal bergelar downline anda.
  • Bagi melayakkan anda untuk mendapat bonus kemasukkan ahli baru, anda perlu memasukkan sekurang-sekurangnya dua orang terlebih dahulu. Sebab satu kaki, mana ada lengkap, betul tak?

3. Proses penajaan yang berterusan

  • Orang di bawah anda akan meneruskan apa yang pernah anda kongsikan kepada mereka, di mana mereka akan perlu menaja orang untuk mendaftar di bawah mereka, bagi melayakkan mereka juga mendapat bonus.
  • Proses ini akan berterusan sampai bila-bila, selagi syarikat tersebut masih wujud dan orang yang mendaftar tersebut masih aktif.

4. Bonus meningkat seiring dengan peningkatan jumlah ahli baru

  • Semakin banyak orang yang anda daftarkan, semakin tinggilah jumlah bonus yang bakal anda terima.
  • Lebih-lebih lagi, jika orang yang mendaftar di bawah anda itu telah memilih pelan termahal sekali.

5. Daftar ahli baru seramai mungkin

  • Antara ciri yang paling penting dalam MLM adalah mencari dan menambah sebanyak mungkin ahli baru.
  • Ini kerana, syarikat akan memperolehi untung kerana ramai ahli yang mendaftar dan sekaligus menjadi pelanggan kepada produk syarikat tersebut.
  • Dengan adanya ahli-ahli baru yang sekaligus menjadi pelanggan produk perniagaan, ahli yang berada pada level pertama (upline), level kedua dan seterusnya akan mendapat bonus secara berterusan dari syarikat perniagaan, kerana pihak syarikat memperolehi keuntungan dari pendaftaran ahli-ahli baru tadi.

6. Upline paling untung, sebab tanpa buat kerja, bonus tetap masuk setiap bulan

  • Sistem yang digelar piramid ini, memang memberikan keuntungan kepada mereka yang berada pada level pertama, level kedua dan seterusnya.
  • Kerana, jika level-level di bawah mereka bekerja keras mencari ahli baru dan mereka pula cuma berada di fasa ‘bertenang’ dan tak perlu mencari ahli baru lagi, mereka tetap akan mendapat bonus.
  • Ini yang dikatakan, buat bisnes goyang kaki pun, tetap duit masuk setiap bulan.
  • Yang paling untung, sudah pastilah mereka yang berada di level pertama tadi.
  • Ahli-ahli yang berada di level bawah, mungkin terpaksa bergelut dalam usaha mencari orang-orang baru untuk didaftarkan.

7. Yuran dibayar secara bulanan untuk tujuan pengaktifan ahli

  • Untuk mengekalkan keahlian di dalam MLM, yuran perlu di bayar setiap bulan dan syarikat akan mengenakan syarat untuk ahli mesti membeli sesetengah pakej setiap bulan bagi mengelak keahlian mereka hilang.
  • Ini kerana, syarikat akan mendapat keuntungan dari yuran yang di bayar oleh ahli serta hasil pembelian produk tadi.
  • Terdapat juga syarikat yang mengenakan syarat, jika ahli tidak mahu membayar yuran, mereka mestilah menaja orang baru sekurang-kurangnya 4 orang setiap bulan.

8. Tiada bonus kepimpinan

  • Syarikat MLM tidak akan memberi bonus tambahan, yang digelar sebagai bonus leadership kepada mereka-mereka yang telah berjaya melantik ramai ahli di bawah mereka, walaupun jumlah ahli yang berdaftar mungkin sahaja melebihi beberapa level yang aktif.
  • Ini kerana, mereka cuma hanya di bayar jika ada orang baru yang didaftarkan.
  • Secara tidak langsung, syarikat akan mendapat manfaat kerana syarikat akan dapat berkembang dengan lebih cepat di samping memiliki tenaga jualan yang terlatih.

Oleh kerana semakin meningkatkan syarikat yang mengggunakan sistem MLM di Malaysia, ramai orang mula mempersoalkan. Terutamanya, mereka yang beragama islam. Mereka mula tertanya-tanya, adakah sistem MLM yang dilakukan oleh syarikat yang mereka sertai itu, MLM Halal atau MLM Haram.

Sebagai orang islam, sudah pastilah pemilihan MLM yang menawarkan sistem yang Halal, yang kita ingin ikuti.

mlm 2

 

Sumber: www.zaharuddin.net

Apakah ciri-ciri MLM yang Haram Atau Syubhat?

1. Harga produk lebih mahal dari biasa

  • Menjual produk dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, amat tidak digalakkan di dalam islam.
  • Bahkan, menurut sebahagian ulama, akad seperti ini terbatal kerana mengandungi penipuan yang terlalu ketara

2. Target jualan sebagai komisyen

  • Selain yuran yang wajib dibayar oleh ahli setiap bulan, syarikat MLM juga yang mengenakan syarat kepada ahli yang mendaftar di bawah mereka, untuk mencapai target belian.
  • Target belian ini bertujuan untuk melayakkannya mendapat apa jua komisyen dari hasil jualan orang di bawahnya.
  • Apabila ia gagal mencapai target belian tadi, maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya, walaupun orang dibawahnya menjual dengan begitu banyak.
  • Unsur MLM seperti mewujudkan unsur kezaliman terhadap ahli, selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli.
  • Ia seolah-olah, syarikan memaksa dengan mengatakan, “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda.
  • Komisyen yang datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya, kerana sudah terlampau jauh ke bawah.
  • Ini menjadikan, orang atasan (upline) seolah-olah mendapat untung di atas angin, tanpa sebarang kerja dan usaha lagi.

3. Syarikat MLM yang tiada produk

  • Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan.
  • Perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahannya (downline).
  • Setiap kali ia mendapat ahli baru, maka upline akan diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.
  • Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya.
  • Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan.
  • Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

4. Syarikat MLM memanipulasi dalam menjual produk

  • Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
  • Maka MLM tersebut jelas keharamannya.
  • Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5. Wujud unsur dua aqad dalam satu jenis jual beli

  • Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW.
  • Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran dan tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk.
  • Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM  seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah,  atau bay’atayn fi bay’ah.

Apakah Ciri-Ciri MLM Yang Halal?

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya

  • Produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya.
  • Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengaburi dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah.
  • Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak

  • yang boleh dijual beli secara tangguh.
  • Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

  • Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja,

  • tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya.
  • Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu

  • bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya.
  • Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah.
  • Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya,

  • seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.
  • Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’.
  • Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.
  • Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.
  • Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

  • Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan.
  • Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami

  • dan dipantau oleh ahli dengan jelas.
  • Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah 

  • iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Jadi, sekali lagi, fatim nak tanya. Adakah anda telah membuat pilihan yang tepat? Adakah bisnes MLM yang anda sertai selama ini halal di sisi agama?

Tepuk dada, tanya iman.

Alhamdulillah, selepas pernah terjebak dengan MLM yang berada di dalam kategori ‘Haram’ ni, Allah telah menemukan fatim dengan sebuah syarikat yang menawarkan bisnes MLM yang menawarkan cara pemasaran yang Halal.

Walaupun dulu, fatim tidak terlibat secara serius dalam MLM haram ni, sebab fatim memang tidak pandai bab pujuk memujuk orang untuk mendaftar sebagai ahli. Malulah konon. hehee. Tapi, setiap apa yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.

Tidak mampu fatim bayangkan, kalau fatim masih menyertai mlm haram ni. Takut termakan benda haram pun ada.

Sekarang ni, fatim telah join syarikat bisnes MLM, tetapi menawarkan ciri-ciri yang halal.

Panjang pulak celoteh fatim pasal bisnes MLM ni. hehe.. Terima kasih lah yer sebab sudi membaca sampai habis. 🙂


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 307 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Apakah Bisnes Multi-Level-Marketing?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge