Jangan Ambil Mudah Jika Bacaan HB Rendah Semasa Hamil

By | September 9, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Untuk ibu yang sedang hamil tu, bagaimana dengan appointment kat klinik hari ini? Keputusan HB cantik tak? Nurse guna tulis guna pen biru atau pen merah? Kalau guna pen biru, itu tandanya bacaan HB anda masih lagi cantik dan ia selamat untuk anda dan juga bayi di dalam kandungan.

Bagaimana pula, kalau nurse tulis guna pen merah? Ha.. Kalau sampai guna pen merah tu, tanda bahaya tau. Jangan main-main. :). Biasanya, bila dah guna pen merah ni, bacaan HB adalah bawah 11.

Alhamdulillah, mengandung kali ke-3 ni, bacaan HB fatim masih lagi cantik. Semua atas 11. Meh fatim sponsor muka surat terbaru, untuk appointment last week. Bacaan HB fatim 12. Syukur sangat. 🙂

bacaan hb

 

Biasanya, kalau nurse tulis guna pen merah, mesti akan disusuli dengan nasihat yang panjang dari nurse. Suruh makan ni, suruh makan tu. Yang penting, ia dapat membantu meningkatkan bacaan HB. Kalau masih lagi tahap kritikal, memang akan kena hadap doktorlah lepas tu. hehe.

Hakikatnya kan, kalau bacaan HB rendah sangat dan ibu-ibu hamil buat endah tak endah, silap-silap boleh di masukkan ke dalam hospital, macam perkongsian si ibu comel ini. Bila dengar dia cerita pengalaman dia mengabaikan HB rendah semasa hamil, fatim pun jadi bimbang.

Nak tahu, bagaimana beliau sampai kena tahan kat hospital, hanya kerana bacaan HB rendah? Jom tonton video pendek ni. Tak sampai dua minit pun. Sekejap tapi sangat berguna untuk ibu yang sedang hamil. 🙂

Kenapa HB rendah boleh dikatakan sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa ibu dan bayi di dalam kandungan? Sebab bacaan HB rendah, bermaksud, ibu hamil mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat anemia. Apa pulak anemia?

Apakah Anemia?

Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah. Lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku, ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk, manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan.

Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut  memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, pendarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil di sarankan mengambil zat besi tambahan.

Baca disini: “Tanda-tanda bahaya kehamilan yang memberi risiko tinggi kepada ibu hamil.”

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Bagi ibu-ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah semasa hamil, pengambilan Vita-Lea Shaklee dapat membantu.

Tips meningkatkan HB semasa hamil

  • Ambil 2 biji Vita-Lea Iron Formula Shaklee setiap hari
  • Pengambilan zat besi bersama Vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum
  • Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium atau susu. Ini adalah kerana, kalsium boleh mengganggu penyerapan zat besi yang maksimum
  • Pengambilan asid folik akan membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal dalam badan ibu
  • Pengambilan supplemen yang sesuai semasa hamil adalah sangat penting, bagi memastikan kesihatan anda dan janin di dalam kandungan terpelihara.

Supplemen yang sesuai di ambil oleh ibu hamil adalah seperti,


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

(Visited 530 times, 2 visits today)

3 thoughts on “Jangan Ambil Mudah Jika Bacaan HB Rendah Semasa Hamil

  1. Pingback: Ketahui Kepentingan Morning Sickness Pada Ibu Hamil Dan Cara Mengatasinya. | Diari Fatimah

  2. Pingback: Hilangkan Morning Sickness Dengan Vitamin B | Diari Fatimah

  3. Pingback: Kombinasi Vitamin Yang Terbaik Untuk Ibu Hamil | Diari Fatimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge