10 Tips Kesuburan Yang Mungkin Anda Belum Ketahui

By | September 1, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙂

Memandangkan masih ramai lagi yang menghubungi fatim, bertanyakan tentang tips-tips untuk tingkatkan kesuburan ni, jadi tak tak salah kalau fatim nak share lagi 10 tips kesuburan, yang mungkin dapat membantu anda dan pasangan anda mendapat anak

10 tips kesuburan

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi

Jika haid anda teratur, setiap kali sebelum haid, telur (ovum) akan dikeluarkan oleh ovari. Jika berlaku persenyawaan antara ovum dan sperma, maka kehamilan akan berlaku. Jika tidak, ia akan keluar sebagai darah haid. Mengetahui bila berlakunya ovulasi (iaitu proses pengeluaran telur) adalah sangat penting mengetahui waktu yang sesuai untuk ‘bersama’ dengan suami anda. 🙂

2. Berbincang dengan doktor puan

Pastikan anda tidak mengalami apa-apa penyakit di dalam rahim seperti fibroid, endometriosis dan sebagainya. Penyakit ini adalah antara penyebab kenapa wanita lambat atau sukar untuk mengandung.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Jangan biarkan diri anda terlalu kurus atau terlalu gemuk. Ini kerana, tubuh yang tidak sihat, menyukarkan anda untuk hamil. Dapatkan berat badan dengan kadar BMI yang normal.

4. Ketahui Waktu subur anda

Waktu subur atau dikenali sebagai waktu ovulasi berlaku. Pada waktu subur, telur akan di keluarkan oleh ovari. Bagi mengetahui bila waktu subur, anda boleh menggunakan alat yang terdapat di farmasi ataupun meneliti sendiri perubahan suhu badan serta kehadiran cecair kesuburan dari vagina anda.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan hubungan seks yang lebih kerap, terutamanya pada waktu subur sangat digalakkan.

6. Tingkatkan kesuburan suami isteri

Pastikan kesihatan reproduksi suami isteri adalah pada tahap optimal dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat. Elakkan dari merokok, mengambil sebarang minuman keras dan banyakkan senaman.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan bagi setiap wanita yang merancang untuk hamil, bagi mengambil vitamin seperti asid folik, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung. Ini dapat mengurangkan risiko bayi mengalami penyakit spina bifida. Manakala bagi suami pula, digalakkan mengambil vitamin yang mengandungi selenium, bagi meningkatkan kuantiti sperma di dalam mani. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set kesuburan?

8. Bersenam secara rutin

Jadikan aktiviti senaman itu sebagai aktiviti rutin anda, bagi memastikan tubuh badan anda kekal sihat. Tubuh yang sihat adalah penting untuk kehamilan yang sihat.

9. Mengambil makanan yang seimbang

Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur adalah penting agar tubuh anda mengandungi nutrisi yang lengkap bagi persediaan kehamilan.

10. Kurangkan tekanan

Elakkan rasa mudah tertekan atau stress. Ini kerana ia boleh mempengaruhi emosi dalaman anda dan juga secara tidak langsung mengganggu proses kehamilan.

Mungkin anda juga ingin membaca:


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE? Untuk mengetahui harga produk shaklee, BOLEH KLIK DI SINI
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA (SHAKLEE ID 887938)

011-3201 4534 (Sms/WhatsApp)

FatimahBtTony@gmail.com

Kedai Vitamin FatimahTony.Com (FB Page)

VivixShaklee.ByFatimah (IG)

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

 

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..

MODAL SERENDAH RM 79.50 (SM) / RM90.10 (SS). BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

(Visited 60 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge